Wednesday 27 February 2013

puteri taugeh yang terpingit, putih melepak.

jam 9.malam saat ini 27 februari hari rabu.

Petang tadi terpaksa luangkan masa membersihkan taugeh yg disemai dalam tong hitam tanpa udara dan cahaya.  Benar2 taugeh ini menjadi seperti puteri pingitan.Tidak dibenarkan terdedah pada cahaya mata hari takut kulitnya menghitam macam puteri afrika.

Jom tengok hasilnya.
Hari ini ia berusia genap 5 hari, beginilah wajahnya.






                                         Bila diukur dengan putik kapas, ia tinggi semampai benar2 'super model' bak kata DR.H., berkulit putih melepak dan berrambut kuning .Cantik dan sihat puteri taugeh ku ini.
                                   nak makan campur sup ayam.

Ok lah salam ceria selalu.

Tuesday 26 February 2013

Taugeh hari ke 4. Lupa tutup besen berisi semaian taugeh.

Assalammualaikum, agak lama tak menulis dalam halaman ini. Sibuksangat.  Tapi kali ini kena kongsi juga gambar cerita taugeh yg disemai pagi sabtu 23 februari, 3 hari yg.lalu.  Jom tengok taugeh hijau.

Cerita taugeh yang direndam hari jumaat malam sabtu, rendam banyak 300g,



cuci bersih2, biasanya aku guna alat ini untuk memutar kacang hijau ni agar kulit mati biji2 kacang ini tertanggal dan bersih, kalau tidak bersih akan memberi kesan pada taugeh yg.terhasil.
                                        selepas dibersihkan airnya kelihatan bersih dan jernih.
                                        Pagi hari sabtu 23 februari, tabur atas semaian taugeh yg.sudah disediakan sejak tahun 2012. Hari ahad dan hari isnin, taugeh dibiarkan dalam tong hitam dan sentiasa disiram pagi dan petang setiap hari.  Hari ini selasa 26 februari, taugeh masuk hari ke empat.Bila periksa besarnya baru macam dalam gambar ini.

keadaan taugeh hari ke 4, kalau nak masak dah boleh dimakan, umur taugeh sebegini sangat manis dan rangup.  Aku semai dalam tong hitam menggunakan jaring nyamuk dan alas tuala bersih yg.disediakan khas untuk peralatan taugeh.

Memandangkan jaring nyamuk yg.ke tiga hilang, malas nak cari, baki taugeh yg.telah direndam aku taburkan atas guni, yg ku letak kan dalam besen kemudian tutup menggunakan dulang besar.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, aku siram taugeh yg.berada di tong hitam dan yg.didalam besen.

Balik dari sekolah terus nak siram taugeh lagi, alang kah terkejutnya bila, aku dapati besen yg. ku tutup dengan dulang, dulang itu telah beralih tempat,aku ke yg terlupa?..kerja siapa ek?..tak apalah.. besen taugeh itu tidak tertutup, cuma ditutupi oleh lapisan guni.  Apa bila ku buka lapisan guni tersebut, taugeh itu telah bertukar menjadi hijau.

Cepatnya taugeh ini membesar bila terkena panas mata hari dan udara.

                                      memendangkan tak guna lapisan dawai jaring nyamuk, terpaksa cabut segenggam dan gunting ekornya, boleh lah..cepat jugalah proses buang ekor taugeh ini. ekor taugeh tu, boleh buat kompos..jangan buang.
                                      Bila dibersihkan beginilah hasilnya.
                                           Bila ditimbang, wah dapat 500g. didalam tong hitam ada dua lapis lagi belum dituai, itu akan dituai pada hari ke 5 iaiatu esok hari rabu.Yang itu nanti buat stok utk.goreng popia inti taugeh dan isi ayam..nak baut petang hari jumaat nanti.Insyallah.
                                    Tumis taugeh hijau ini dengan udang kering dan sos tiram, hemm sedap.

Ok lah sampai disini, taugeh pertama ku di tahun 2013.  Itupun hasil kempen DR.Hasnah dari blog

Dr. Hasanah's Entries.blogspot.com. Terimakasih Dr.Has.

Rakan2 yg.masih tidak pasti cara membuat taugeh, boleh belajar dari slot vedio ini.
Aku guna kaedah divedio ini.


vedio ke 2 ni nampak lebih mudah.saya guna vedio yg.pertama.


Thursday 21 February 2013

Di Februari ini Orkid Liar dan aku.

 Saat ini jam 10 malam,21 Februari hari khamis yang ceria.  Kelmarin hari rabu..makcik kantin bagi aku bunga orkid liar, yg.menurut ceritanya orkid itu kalau berbunga berwarna putih dan sangat wangi.  Dia bagi sepokok dan masih kecil.Aku sangat gembira tak terhingga.

Sedang aku mencari kertas untuk membalut pokok itu, pekerja am sekolah 'Lusia' menyatakan orkid itu banyak terdapat pada dahan pokok kayu jati yg.tumbuh di tepi padang sekolah tempat aku selalu membawa murid membuat aktiviti PJK atau membuat pemerhatian tentang pokok2 renik dan lumut hijau dipangkal pokok yg.sudah berusia ratusan tahun.

Pokok kayu jati ini sangat besar  dan dahannya rendang..salah satu dahannya yg.besar aku gunakan untuk melatih anak murid melontar tali ke atas dahan pokok tersebut, Apa bila tali itu berjaya dilontarkan, aku akan ikatkan  dengan kemas dan anak murid ku akan berganti2 bergayut ala2 tarzan,.mereka belajar kemahiran mengikat tali, lontaran atas, berkerja sama dan seronok..mereka juga belajar mencengkam dan menangkap tali yg berayun ke arah mereka..ada banyak kemahiran sebenarnya yg mereka pelajari..seronok sangat, masa 1 jam tak terasa berlalu, dan lokasi ini sangat teduh dan redup, bayang pokok ini sangat besar.

Berbalik cerita orkid, sebaik aku mengetahui ia ada tumbuh di antara dahan yg.merimbun itu, aku meminta bantuan tukang kebun sekolah untuk menurunkannya.  Bila aku sampai , ya Allah, beratus2 pokok telah diturunkannya.  Bila aku tanya kenapa ambik banyak sangat, dia kata alang2, sebab ada banyak lagi yg.tumbuh di dahan yg.lain.  Lagi pun menurut ceritanya Guru Besar, berkira akan menebang pokok tersebut.  Aku tak sampai hati nak tinggalkan pokok orkid yg sangat berharga ini.
Aku tak tahu apa aku nak buat dengan orkid liar ini.Menurut cerita tukang kebun, bunga orkid jenis ini ada 3 warna, putih, kuning dan merah..tapi dia tak pasti yg. mana satu.

Bertambahlah perasaan aku nak tanam semua agar boleh dapat kesemua warna itu.  Tapi macam mana, ruang yg.terhad dan ilmu menanam orkid langsung tak ada.

Merenung nasib orkid liar ini. aku rasa sedih, lebih lagi sedih bila mendengar berita 'Guru Besar" nak tebang pokok jati berusia ratusan tahun itu..tak ada sebab untuk menebang nya kerana pokok itu langsung tidak menganggu padang sekolah.  Tak ada perbincangan, dia bertindak ikut 'OTAK' nya saja.
Tak kan pula aku nak adukan dengan pihak yg berkuasa, sebab di daerah ku ini, ada banyak pokok2 berusia ratusan tahun tumbuh ditepi2 sungai dan jalan raya, yg akhirnya terpaksa ditebang demi pembangunan.
                                         
                                          Ini lah pokok orkid liar, penuh satu kereta surung.
    Anak pokok orkid ini warna merah, apakah ini lah jenis yg.mengeluarkan bunga berwarna merah itu? Benar2 aku tak ada idea mengenainya.
     didalam beg plastik hitam itu juga mengandungi pokok orkid Liar.


                             Dah kembang orkid yg.ku beli dari padang besar dibulan disember 2012 yg.lalu.
Orkid dan mawar mempunyai kecantikan yg berbeza, unik dengan penampilan yg.tersendiri.
Mawar penuh duri, wangi dan mudah mati..
Namun orkid sangat setia bertahan lama,
tanpa duri namun jarang ada yang wangi..
Semuanya membuahkan ilham untuk aku lebih merasa dan terasa..inilah kehidupan.

Rasanya dah tengah malam. sampai disini salam mesra dan selamat malam semua. Assalammualaikum.

Friday 15 February 2013

Peria jantung vs peria pak bonong@katak.

15 Februari hari jumaat yg.tenang meski cuaca agak panas terik siang tadi.  Saat ini dah jam 11 malam. Dalam cuaca agak panas aku sempat mengambil gambar sayur2 yg telah aku alihkan ke tapak tanaman beberapa hari yg.lalu.  Beginilah keadaannya.

Ini peria jantung.Ku tanam sebaris dengan peria pak bonong@ katak..hehehe nama tempatan utk katak dalam bahasa kami.  Kalau awal pagi peria ni nampak segar dan ceria tapi bila tengah hari ia nampak tak bermaya.  Tak ada masa utk.membuatkan atap utk.nya.  Kasihan tengok peria2 ni.  Siapalah agaknya yg akan terus hidup dan berbuah banyak, tunggulah hasilnya.

Peria jantung cuma ada 3 pokok.

4 pokok dari yg paling hujung hingga ke hadapan ni, peria @katak.


Dibawah ini pokok labu venus.
semasa belum tanam ditapak tanaman, daunnya cantik dan sihat.  Tapi bila sudah tanam ditanah..dia dah kelihatan sakit macam ni.Sebenarnya dia sihat cuma sedang teruk diserang kumbang kuning pemakan daun.  Pagi petang aku duduk mengintai kumbang tamak ni..asal jumpa aku terpaksa bunuh, jahat sangat.  kasihan pokok labu venus aku ni..entah sempat ke hidup labu ni.


Ini pula labu venus tinggal sepokok belum tanam lagi.Kalau ini pun diserang kumbang kuning tu..tak tahulah apa nak buat.

Ini pula labu air atau labu putih.  Nampak sudah ada kesan gigitan kumbang tamak tu.


Ini pokok jagung manis..hanya tinggal 4 pokok yg setinggi ini yg 3 pokok lagi nyawa2 ikan.

Ini labu manis baka op yg mula2 tanam di tahun lepas, isi nya sangat padat dan empuk.

Ini semaian tomato yg benihnya berasal dari Fiji pemberian adinda Ummuaidan.Terimakasih dik.  Nampak bernas benih ni..cuma masih terlalu awal untuk menduga keberuntungan nasib nya.

Ini pula semaian keenam2 herba basil/tulasi /kemangi/selasi yg diedarkan oleh blog Tanam Sendiri.com.  Dah bercamba dah.



Tapak depan rumah ni aku dah bersihkan dan gembur semula, kerana pokok2 ros yg.tumbuh indah di ruang ini di tahun2 lepas, habis mati sewaktu aku tinggalkan untuk cuti2 malaysia.
Yang tinggal hanya bunga marygoal kuning dan oren.  Tak apalah, rasa nak tanam bunga matahari di tapak ni. atau rumah orkid.

 Ok lah sekadar sebuah catatan biasa namun menyimpan gambar utk.dikenang selagi ada hayat dikandung badan.ah teringat pula lagu lama..tak ingat lagu siapa.
Assalammualaikum.












Tuesday 12 February 2013

Senyuman manis di 11 Februari 2013

Kelmarin 11 Februari hari isnin yg.ceria.Alhamdulillah, ada kesempatan mengadakan sedikit jamuan sempena hari ulang tahun kelahiran Irnie Aida ke dunia ini..
Matlamat sebenar jamuan  selain meraaikan Aida, aku dah lama dan terasa rindu untuk berkumpul bersama abang Mat sekeluarga, abang Lim sekeluarga.Alhamdulillah.Sempatlah aku masak dan hidang kan nasi ayam madu, ayam kari, buah, sup dan sedikit minuman ringan.
Anakanda ustaz Mohd.Shafizul mengetuai jamuan dengan membacakan doa selamat.


Best sangat anak2 saudara aku ini iaitu anak abang mat dua orang  berjaya menjadi ustaz dang sedang bertugas di dua buah sekolah yg.berlainan.  Anak abang Lim jadi doktor dapat pula jodoh  doktor juga.
Lalu kami berkumpul membentuk sebuah keluarga yg. rasanya sangat lengkap.  Apa tidaknya, kalau sakit ada doktor, kalau mati ada ustaz tolong uruskan jenazah. kalau untuk mengajar akademik ada cikgu, ada enjeniar.. semoga Irnie Aida akan berjaya mencapai cita citanya..Aida pernah berkata cita citanya kalau besar nanti nak jadi 'inspektor polis'..masa tu dia baru tahun 3.  Entah ada lagi tak cita cita tu dalam dirinya..yg jelas dia aktif dalam kelab persilatan dan catur.  Kita doakan lah semoga Allah makbul kan segala hajat di hatinya.Amin.


Aku benar benar rindu untuk berkumpul dengan abang2 aku.  Abang Lim seperti tahu perasaan aku nak berkumpul sekeluarga, walau pun aku tak dapat menjemputnya, bimbang menganggu disebabkan dia dan anaknya Dr.Faizal, sememangnya sibuk, tetapi entah macam mana, abang dapat datang sekeluarga..anakanda Faizal bawa sekali isterinya anakanda Dr.Nellysha.,selain mereka adik shelawati dan anak2 nya juga dapat hadir ditemani abang Rosli. 


Pertemuan dengan Shelawati membawa kepada perbincangan tentang kereta pertama milik ku yg pernah aku beri pada Shela dengan harga RM 1000.  Sebenarnya kereta itu sangat2 aku sayang.  Tapi disebabkan suatu masalah aku beri kereta itu pada shela pada tahun 2008 awal tahun, kalau tak silap dalam bulan Februari juga. Yg aneh nya kereta itu seakan kembali kepada ku pada bulan Februari juga.
Hari khamis ini kereta itu akan berada semula di halaman rumah ku. aku akan sayang dia seperti mula dulu, kini dan selamanya.  Nantilah aku tulis entry khas untuk 'white Malaysia' aku itu.


Untuk Irine Aida kesayanganku, selamat panjang umur, murah rezeki, menjadi anak yg.soleha. tahu jaga diri, ibadat dan bijak bertindak dalam segala perkara.Allah bersamamu selalu.


semasa menikmati jamuan terlupa nak ambik gambar2.Hanya dapat kongsikan yg ini aje.

                                       anakanda Thasa dan anakanda dr.Nellysha...menantu2 aku ni cantik2 dan manis2 semuanya, juga peramah dan mesra.  Semoga kemesraan berkekalan.Amin.
                                      Dr.Rashid dan adik nya Irnie Aida.  Rashid rajin mengajar adik2nya hal2 agama dengan penuh diplomasi.  Ada rindu di hati ku saat Rashid, Ayu dan Mira tidak bersama di 11 Februari kelmarin.

Ok lah untuk sebuah catatan kenangan buat tatapan hari mendatang.  Salam sayang.

Sunday 10 February 2013

Orkid Padang Besar ku dah berbunga. Alhamdulillah.

10 Februari  hari ahad yg.cerah.  Awal pagi dapatlah membersihkan petak kedua untuk menanam segala jenis sayur yg.ingin dimakan.  Jam 11. 30 pagi sempatlah aku sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak jiran yg.tergolong dalam golongan OKK 'orang kaya-kaya'.  Berbagai jenis juadah dihidangkan, Alhamdulillah.

Balik dari majlis tersebut sempatlah aku perhati pokok2 yg ku tanam dalam pasu yg hanya berusia sekitar 7 minggu., termasuklah pokok orkid yg ku beli dari Padang Besar, dalam bulan Desimber yg.lalu. Hari  ini pokok orkid ini mengeluarkan kudup bunga. Jom tengok gambar.



Ini juga bunga orkid yg.ku beli di Padang Besar jenis pokok kecil.Menurut tuan yg.menjualnya, pokoknya memang jenis renik.Aku tak sangka ia cepat berbunga.



Ini pokok 'Bangun bangun' yg ku petik dari taman Warisan Pertanian.  Aku petik rantingnya dan menyimpan niat untuk tanam.  Perbuatan memetik tumbuhan tanpa kebenaran tu salahkan.  Tapi apakan daya, aku nak juga ambik sebab pokok tu banyak ditanam dikawasan tersebut.

Lagi pun aku cuma nak ia menjadi sejarah asal usul dari mana aku dapat pokok ini, kalau beli di nusery memang boleh, tapi memang sengaja nak menjadi kan pokok ini istemewa dan ada sejarahnya sendiri hehehe..maaflah. 

Pokok ni hampir reput Aku terlupa ia  tersimpan dalam beg pakaian agak lama, bila sampai di rumah dah selang seminggu baru terjumpa, lalu cepat2 tanam.
Ini wajahnya semasa di tanam. di sampingnya ada pokok alovera yg ku ambil dari pasu adik ipar.Kecil dan hampir mati alovera ini.


Tapi hari ini,, ku dapati ia dah mengeluarkan tunas.  Semoga pokok ini akan hidup subur.



                                         Wajah alovera yg.terbaru. Ada harapan untuk membesar.

 Ok lah sekadar catatan untuk kenangan di hari mendatang.Assalammualaikum.  Salam ceria dari ku selalu.


Saturday 9 February 2013

Udang galah dari Beluran.Murah nya.

Aktiviti hari ini berakhir jam 12.30 tengahhari.  Ada saudara sebelah ibu ajak aku  ke daerah Beluran sandakan, dua hari yg.lalu untuk membeli udang.Daerah Beluran Sandakan terkenal dengan udang khususnya udang gala sungai.Aku tak dapat ikut.  Aku hanya meminta dia tolong belikan aku pada harga rm 50.
Senja kemarin dia call aku kata udang tu dah ada. malam tadi tak ada peluang untuk memasaknya. Hari ini sekembali dari aktiviti sekolah, aku masak lemak kuning udang galah ini.  Dapat lah makan udang gala sepuas hati.  Cuma 5kg.  kira harga nya 10 ringgit 1 kg lah.  Alhamdulillah, banyak telur udang ni dan rasanya sangat berbeza dengan udang nipis kulit dari laut. 







saat ini hujan lebat, tak dapat sambung kerja membuat batas..harap2 sepanjang cuti 4 hari ni, akan ada panas mata hari..agar kerja2 memindahkan semaian sayur dapat dibuat sebelum cuti berakhir.
Ok lah sekadar sebuah catatan. Salam ceria di petang sabtu 9 hb.februari 2013.

Thursday 7 February 2013

Meniti hari hari mendatang dengan doa dan harapan.

8 februari, hari jumaat.
Saat ini baru rehat selepas balik dari sekolah dan selesai tugas masak untuk makan tengah hari .
Walau pun penat tapi hati terasa ceria bila memerhati hasil semaian ditapak semaian pagi tadi dan sempat ambik gambar. Jom layan gambar dan ceritanya.

 Keratan Mulbery ini baru disemai, dan pada 31 januari mata tunas baru berputik.  Tapi hari ini 8 febuari, pokok yg masih tersemai dalam bag pelastik semaian ini dah mengeluarkan putik buah pula..biar betul ni...namun semuanya ini petanda baik, sayur2 akan menjadi di tahun 2013 ini..disebabkan cuaca yg sesuai agaknya.Alhamdulillah.  Tak rugi aku pesan bibit mulberi ini dari blog tanam sendiri.com.  Terimakasih tuan Iskandar.
                                                 di bawa ini . gambar peria jantung yang cuma ada 3 butir benihnya dikongsikan oleh Tuan Iskandar.  dah tumbuh subur dan mengeluarkan sulur paut nya.
                                                       

                                        Yang ini pula semaian labu Venus yg benih nya sangat cantik dan berbeza dari rupa paras labu2 manis yg.lain.  Tak sabar nak tunggu rupa buah labu venus ini.
                                           Ini semaian betik 'elbino' yang amat istemewa dihatiku. Bertahun aku menyimpan hati untuk memilikinya. dari begitu banyak benih ku semai setakat ini hanya 3 pokok yg muncul, harap2 tidak ada siput atau serangga jahat membunuhnya.Ibarat akan hancurlah hati dan perasaan ku andai ia termusnah hehehe.


                                             Ini jagung manis cuma ada 8 butir benih disemai, sebutir gagal tumbuh, 7 butir berjaya, dan selepas dialihkan ke tempat tapak kekal, 2 pokok daunnya di makan oleh entah yg pasti bukan siput, dalam sangkaanku mungkin kucing atau ayam jiran yg mencuri masuk bila semua orang tak ada dirumah.  Ayam2 itu mencuri masuk menyelusup ikut celah gerbang pintu besar.
 Ini kawasan tapak tanaman kekal bakal tempat segala buah2 labu venus dan peria jantung akan menjalar.Aku bersihkannya hari sabtu dan ahad minggu lepas.  Esok sabut ada aktiviti disekolah, hari ahad dan cuti 3 hari tahun baru cina ini akan digunakan sepenuhnya untuk menanam segala benih yg.telah disemai itu.
 
Kawasan petak menanam segala jenis sayur daun terutama sawi, kailan dan kubis cina dan salad.ada 4 petak tapi baru satu petak yg.selesai tanahnya ku olah.



dibawah ini keadaan tanah selepas dibersihkan dan digemburkan tetapi belum di tambah tanah kompos.


Keadaan tanah setelah ditambah tanah kompos dan tanah hitam.


keadaan tanah setelah diperhaluskan.  keadaan tanah yg.gebu akan menarik perhatian sang kucing. Harap2 kucing dirumah ini, terlepas pandang tapak tanaman sawi aku ni.

Ok lah sampai ketika ini.  Tolong doakan usaha ku tak kan sia sia.Penat sangat buat kerja kerja ni..terutama kerja membuag rumput dan membuat batas.
Assalammualaikum ceria di petang jumaat.