Saturday 29 June 2013

Catatan kenangan akhir jun 30, 2013

Hari ini 30 jun, 2013 ahad yg.tenang lagi ceria.
Pada petang 28 jun hari jumaat ada kesempatan melawat tanah pantai bersama Aida dan suhaila.
Ada banyak aktiviti yg.kami lakukan.
Jom tengok gambar kenangan.
Aida dan suhaila berkerja sama menanam benih pilihan mereka.

hehehe pandai pula suhaila buat batas, maklumlah tanah dah gembur sedia.

ala kecik nya batas mereka buat ni..seminggu lagi boleh nampak apa yg mereka tanam.

               kawasan bahagian hadapan tanah pantai yg.masih dalam dalam proses memasang pagar. Pakcik ni tolong aku pasang pagar dan menyediakan tiang2 pagar. Upah pasang pagar dia minta aku rm300 utk.1 ekar, tiang pagar 1 batang dia minta harga rm3 ringgit, dia dah sediakan 170 batang tiang x 3 ringgit tambah upah 300 ratus ini baru urusan 1 ekar lebih, kalau ada 15 ekar lagi..hehehe..entah bila lah projek aku ni siap, buat masa ni aku pagar sikit2 dulu utk.buat tanam sayur2, kacang tanah dan ubi manis dan kelapa mawar dan pisang.  Nasib baik pakcik ni sanggup nak tolong aku secara berdikit2.
Ini gambar kenangan hari ini akhir jun 30 haribulan, pagi ahad yg.damai.  Gadis berbaju merah ini gadis sarawak, entah kenapa aku nak berkawan dengannya.  Dia berkerja dengan sebuah syarikat kesihatan milik syarikat singapura dan Jepun.  Dia berkerja secara berkumpulan, hari ini dia cuti dan tinggal dirumah sewanya.  Aku rasa dia bosan dan sunyi.  Aku ambik lah dia ajak jalan2 tengok panorama desa kota belud.
 Aku ajak dia dan suhaila ke tanah pantai, suhaila pun seronok tengok pantai.
                                         Cantikkan gadis miri sarawak. Ada naluri sayang dihati ku kepada gadis ini. Teringat Ayu dan Miming yg.tak ada disisi.
    Suhaila mengukir jejak di dada pasir pantai diawal pagi tadi dengan riang sekali..maklum ada kawan baru.
                                    Beginilah pemandangan laut dihadapan tanah pantai yg.sedang diusahakan.
                                    Besar benar angan ku untuk memajukan tanah persekitaran ini.

 wira hijau ku seperti bersatu dengan alam, diawal pagi begini.Perbukitan hijau tersenyum melihat kami diakhir jun  ini.
 Cuaca semakin panas meski baru mencecah jam 7.30 pagi, kawasan terbuka.
                                     Pantai yg.bersih, ombak berlari, terdengar suara ombak. Merdu sekali.
Ok lah catatan akhir jun ini.Assalammualaikum.

kemboja merah dari Pantai Timur

Hari ini sabtu 29 jun, 2013 yg cerah ceria. Kemarin 28 hari jumaat.Aku terima bingisan dari sahabat blog
Laman Husna.com
Aduhai tersangatlah gembiranya menerima keratan bunga kemboja merah dan kemboja cina dari adinda MaszzOmar.  Terimakasih banyak banyak, bertambahlah bilangan koleksi pohon pohonan di halaman 'dalam lingkaran ini '
                                           Kotaknya melambangkan Negeri Pantai Timur dengan deruan ombak dan bayu lembut laut cina selatan, kanak2 bermain layang2 di pesisir pantai sebelum mentari terbenam..ada shyadu di hatiku.
                                       Semoga pemberian ini akan hidup subur dihalaman rumah ku.
                                   Anak pokok kemboja cina, yg.cantik dan indah dari laman Husna.
                                      Ada pokok 'patah tulang' yg.warna hijau tu lagi..hehehe..mungkin boleh buat ubat.
 Sekali lagi buat MaszzOmar terimakasih banyak2, kamu dalam doaku.  Bertambahlah lagi sahabat blogku yg.benar2 mewarnai 'dalam lingkaran ini'
Ok assalammualaikum salam ceria persahabatan.

Thursday 27 June 2013

Pokok matahari seperti tak bermaya,

27 jun hari khamis yg.panas berbahang. Kelmarin selewat enam petang hujan turun setitik dua, memang tidak mampu menyegarkan rumput dan bunga2 ku yg ketandusan di halaman.  Meski aku berusaha menyiram semua yg menghiasi halaman, namun banyak yg.kecundang.

Bunga mata hari ini, rasanya tak akan mampu bertahan sehingga menyambut hari raya nanti.
                                  Benih matahari yg ditanam persediaan hari raya, menjadi kehitaman terbakar ,ni kah yg dikatakan kesan jerubu? rumput2 seperti telah disiram racun.

deretan pokok bunga matahari, yg.kononnya persediaan untuk menghiasi halaman, namun apakan daya, cuaca panas ini, membuatkan ianya nyawa nyawa ikan.
                                               Dalam jarak dekat, beginilah rupanya..masih kah ada harapan?..
Ok lah sekadar sebuah keluhan kecil mengandungi pelbagai dugaan.Salam sahabat.

Sunday 23 June 2013

Emosi Alam.

Cepatnya masa berlalu.Hari ini 23 jun, hari ahad yg.tenang lagi santai meski cuaca panas berbahang.
Ketiadaan hujan membuatkan projek menanam tanaman yg.dirancang ditanah pantai yg.sedang diusahakan terpaksa ditangguhkan.

Sebenarnya pokok2 masih boleh disiram untuk membolehkan ia hidup, masalahnya suhu yg.panas berlebihan diikuti jerubu membahayakan pula kesihatan diri sendiri. Tak ada pilihan, semuanya terpaksa diperlahankan.
Masa yg bergerak pantas, usaha dan tindakan berjalan perlahan.
Dua situasi yg.bertentangan, dapat ke menghasilkan impak maksimum yg.diharapkan??..

Ada masa rancangan perlu gagal untuk menguji semangat dan iman. Itu saja kesimpulannya.

Emosi laut.  Laut bila bergelora perlu dijauhi.  Bila tenang dan ia santai, manusia menggunakannya untuk bermain.

Gambar ini aku rakamkan sewaktu menyaksikan pesta perahu naga pd.15 dan 16 jun.yg berlalu.Masa ni acara belum bermula.  Aku malas nak tunggu.. aku lebih gembira mendengar bisikan ombak yg.mengejek tingkahlaku manusia yg.hanya tahu menggunakan sumber pemberian Allah, tapi tak mahu mengenali Pencipta Nya.


        'dan dengan pemeliharaan kamilah kapal kapal yang belayar ditengah lautan', petikan ayat dari alquran.
                                 Setiap kali melihat laut dan kapal, aku teringat maksud ayat ini.

                                           Pemandangan pantai teluk likas.
                                         Barisan perahu yg.akan berlumba.Banyak penyertaan dari negara2 luar. Australia dan New Zeland pun ada.
Ok lah salam ceria.  Selamat menunaikan ibadat puasa sunat 15 syaban esok hari.  Semoga keberkatan dan perlindungan Allah untuk kita semua.Assalammualaikum.

Wednesday 19 June 2013

Sendirian di rumah teringat lah mereka yg.bernama 'anak'

Melayari alam maya untuk mengimbang rasa sunyi saat sendirian dirumah, lantaran yg.lain masih disekolah kerana ada acara sukan.Kelmarin Irnie Aida menjadi johan acara jalan kaki.Hemm begitulah semuanya berkisar tentang anak. Aku jumpa dan sangat sukakan slot vedio yg,ini.

Jom luangkan masa mari dengar.Sangat indah dan merdu.
Semoga mendapat idea selepas menonton vedio ini, tentang semangat mendidik anak.

Tuesday 18 June 2013

Sedapnya terung bakar.

Hari ini 19 jun, hari rabu,Cuaca panas terik, rasa kasihan melihat  pokok2 persekitaran.Bunga2 dan pokok2 sayur termasuk pokok terung giant yg sedang rancak berbuah mengalami gangguan.Panas matahari yg.berbahang membuatkan pokok basil, kemangi dan tomato menjadi kering dan tidak bermaya.

 Hari ini aku dapat menikmati terung giant bakar yg.rasanya menyejukkan tekak.
Resepi terung bakar ini, tidak semua menyukainya, dan terlalu jarang orang mengetahuinya. 
Terung bakar ini menu kegemaran aruah nenek aku, dia seorang bidan kampung di zaman hidupnya.Ibu aku pun memperkenalkan menu ini kepada ku sejak aku kecil2 lagi.
Ibu kata musim panas terung bakar sesuai dimakan kerana ia menyejukkan perut.

Jom tengok gambar.
Terung sebelum dibakar, cuci dan lap kering.
  Letak atas api gas menyala, sampai kulit luar terbakar hitam macam dalam gambar ini.Bila dah terbakar macam ni, celup dalam air, hati2 panas sangat.
 Kupas@keluarkan kulit luar yg.terbakar guna tangan je.Macam dalam gambar ni.
 Keadaan isi terung yg.dah dibersihkan kulit terbakar tadi.
Potong mengikut suka dan carik2kan menjadi hirisan kecil macam dalam gambar ini.
Campurkan garam,sedikit perasa, gula kalau mau, limau nipis atau kasturi atau asam cuka untuk rasa,
isi ikan bakar atau ikan goreng apa2lah yg.diingini, cili padi untuk rasa pedas gaul dan bubuh air masak atau air suam.
                                         Dah siap, saya campurkan udang geragau dan cili api yg.masih hijau mengkal sebab wangi dan sedikit bawang besar dan bawang putih.
Ramuan ini tanpa minyak dan sesuai untuk mereka yg.jaga bentuk badan dan awet muda hehehe..
                     
Nenek saya pesan jangan terlalu makan benda2 berminyak dan berlemak nanti 'mandul'. Masa saya darjah 5, nenek selalu bagi saya minum akar2 kayu dan makan ulam- ulaman, sebenarnya itu makanan dan minuman nenek, cuma saya yg rajin ikut beliau makan apa2 yg.diramunya.Emak saya kata saya sangat rapat dan mesera dengan nenek.  Cuma bila saya dah bersekolah menengah, nenek pergi dulu dan tak sempat melihat saya berjaya.

Bila fikirkan semula, bayangkan anak2 zaman ini, mereka makan hampir 90% makanan mengandungi lemak dan minyak, kfc, kek,makanan segera, makanan ringan, kekacang..menu2 moden entah apa2 lagi..sebab tu, timbul macam2 penyakit.

Zaman saya dibesarkan, ibu ajak makan benda2 yg.dirbus saja.
Udang rebus, ikan rebus, ketam rebus, sayur rebus, tak ada istilah sup, bening..semua benda rebus air..tapi bahan tetap cukup..haliah, asam, serai, kunyit..daun kunyit, limau nipis, kasturi, cili..semua bahan segar.

Zaman ini semua ramuan dah siap dalam botol..betullah sama rasanya, tapi tetap ada bahan pengawet, agar benda tu tahan sampai sebulan dua, setahun dua atau lebih lagi.  Jadi dapat kah dikurangkan perkara2 ini?
Yang rajin mungkin boleh, yg.tak ada masa?..jawapnya jom MacD, jom KFC atau jom jalan2 cari makan.  Nah jumpalah menu bersantan, berminyak, berkari...terlebuh makan garam, gula..apa2lah.
Agak2 ada tak masalah terlebih makan 'Pahit'..hehehe.
Ok salam ceria dan assalammualaikum.



Friday 14 June 2013

Jom Tanam Terung giant

Hari ini jumaat 14 jun 2013.Sepanjang siang cuaca agak redup, tiada hujan tiada bahang mentari. Cuma ada angin sedikit kencang.
Jam 5 petang tadi, aku terpaksa memetik terung giant ku yg.dah agak matang, sebab bimbang akan terlupa dan akhirnya akan menjadi benih.  Sebelum menjadih benih biarlah aku sekeluarga menikmati tuaian pertama ini.  Jom tengok gambar terung giant.

                                            Gambar ini diambik pd.6 jun yg.lalu.Buah terung ini, baru sebesar ini.
                                             Hari ini 14 jun, buah terung ini dah sepanjang ini, lebih kurang 21cm.
                                     ukur lilit buah > < 16 cm.
                                     Nak petik pun liat rupanya, dia macam tak mahu dipetik.
                                                Jom timbang , nak periksa beratnya pula.
                                               Ada 3 biji, ada dua tu, yg.paling besar.
                                   3 biji dah mencapai berat 600g. Nak bakar terung, wangi sangat.
Ok lah saya dah bertanam terung, anda bila lagi..hehehe, diakhiri dengan salam ceria.Assalammualaikum.

Thursday 13 June 2013

Mengimbau cerita bunga Bakawali



(gambar copy dari google)
Hari ini khamis 13 jun.Saat senja menghampiri, langit berwarna merah kesumba, terasa jarum jam bergerak perlahan sementara menunggu azan maghrib.
Terlanjur membaca catatan blog kawan2..tercuit hati menatap sekuntum bunga bakawali yg.dikongsikan oleh mak Aji dari blog Greenfingers.com
Bunganya putih bersih dan tentunya sangat istemewa.
Ia mengingatkan aku pd.cerita dibawah ini.  Saya habiskan masa menonton filem ini, tapi azan dah berkumandang. Oleh itu, aku masukanlah filem ini dalam entry aku untuk ditonton kalau cukup masa.  Kalau ada masa harap Mak Aji tengoklah khasiat Bakawali yg.ada dihalaman Mak Aji itu  melalui filem ini hehehe..
selamat menonton.



Mengimbau cerita2 penglipurlara masa lalu.Masa aku kenal apa itu bunga2, aku selalu menginginkan ada taman2 bunga macam dalam filem melayu ini..antaranya bunga bakawali.
Salam ceria.

Wednesday 12 June 2013

Alhamdulillah, inilah persekitaran hidupku

Hari ini hari rabu 12 jun. Sudah 3 hari berada dipenggal kedua persekolahan, dah 3 hari aku berpuasa sunat bulan syaban.  Tidak terasa masa berlalu. Hari hari tetaplah sibuk, banyaknya kerja dihadapan yg.menunggu.
                       
Namun bila bangun dari tidur, bila aku buka tingkap bilik tidurku..ada benda yg.tak berubah.
Dia terpacak gagah dengan rekabentuknya yang sangat besar menjadi tanda diantara kekuasaan Allah.  Hari2 aku menatap wajahnya meski dari jauh.
Dialah "gunung kinabalu" yg.selaluku perhatikan.Ada memori bersama gunung ini.


Keluar keperkarangan rumah ada bunga sripagi yg.menghiasi pokok mawarku yg.telah kehabisan bunga.  Mereka saling menyokong diantara satu, agar aku tidak sunyi barangkali.
Lihatlah pokoknya pokok ros, tapi bunganya bunga seripagi.Ada titisan air embun bergenang didedaun ros yg.hijau. Menyejukkan mata, hijau kombinasi biru unggu.
                                           Zinnia tetap tersenyum lama, selalu menyapaku dalam bahasa senyap yang kami saling mengerti.Aku tersenyum sendiri.  Ada rakan nak benih zinnia putih ini, lambat lagi nak matang, sebab itu tak dapat nak kirim lagi...sabarlah ya.

                                             

Di bawah tingkap bilik tidur, pokok bunga ini dah tinggi melangit nak kejar tingkap tidurku ditingkat atas agaknya..ini satu kerja juga nak mencantasnya.
                                         warna kuning menceriakanlagi warna2 dipersekitaran kediamanku.
        Bunga telang jenis kelopak berlapis.Benih ku terima kiriman rakan blog 'tangan panas panas sejuk.com'
Bunga matahari yg.tidak berapa menjadi, akibat suhu yg.berubah2, siang panas berbahang, petang hujan lebat mencura, dan belalang pun berpesta menjadikan kelopang bunga matahari ku ini, diantara ulam yg.tersedap dilidah sang belalang.
beginilah kehidupan yg.membuatkan hari2 hidupku dipenuhi kesesakan aktiviti.10 jam tugas rasmi disekolah, bakinya aku agihkan dengan pengurusan dalam rumah dan luar rumah iaitu menjaga kesejahteraan isi rumah@anak dan suami, luar rumah pokok2 bunga dan sayur sayuran dan sedikit pokok2 buah yg.belum berbuah.

Aku selalu bayang kan kalau aku tak ada aktiviti selepas 10 jam tugas rasmi, apa aku buat kan..tentulah semuanya akan sangat membosankan.  Alhamdulillah, esok nak puasa lagi, puasa sunat hari khamis dalam syaban.  Jom puasa.
Ok lah salam ceria dan assalammualaikum.

Sunday 9 June 2013

Hari esok yg.penuh pengharapan.

9 jun hari ahad cuti akhir untuk sesi persekolahan penggal ini.Esok hari isnin 10 jun bermula hari persekolahan penggal ke2.Semoga semuanya berjalan lancar seperti yg.telah dirancangkan dan semua guru, pelajar dan murid akan hadir ke sekolah dengan penuh semangat dan minat.

Sepanjang siang tadi 9 jun, aku sibuk mengemaskini  bibit pokok kelapa dan pokok mangga yg hendak ditanam didua kawasan tanah yg.berbeza yg.sedang dalam perancangan aku sekarang ini.
Tak mula lagi projek bertanam tanaman tetapi sudah terasa bahang penatnya.

Ini kawasan tanah pantai yg.aku terlibat mengusahakannya.
belum siap pagar, tetapi tanah sudah siap digembur tinggal bersedia untuk dibuat batas.
Kalau dah siap pagar, aku nak tanam ubi keledek dan kacang tanah di kawasan ini.  Tanah ini sangat subur dan sesuai untuk jenis ubi, labu manis , tembikai dan kacang tanah.
Bibit kelapa mawar dan kelapa pandan yg.hendak di tanam di tanah pantai.
              Masih tak cukup bibit kelapa ini, terpaksa campur dengan kelapa biasa yg,jenis pokok tinggi.
      Bibit pokok rambutan jenis laici dan yg.tak ada biji, bibit ini aku beli dinusery pertanian Daerah Tuaran.

   Bibit pokok mangga jenis taiwan dan manila, bibit ini aku juga  beli dinusery pertanian Daerah Tuaran.
                                     lemon dah berbuah, tapi tak sempat nak tanam, pokok ni dah 2 bulan aku simpan.
                                Ini limau nipis juga sudah berbuah, mungkin nak tanam minggu hadapan.
Ok lah..kerja semakin banyak, semuanya mesti diselesaikan dengan tenang dan sabar. Hari2 esok ku menjadi lebih mencabar dan penuh pengharapan, semoga Allah merestui usahaku ini. Assalammualaikum.