Tuesday 31 December 2013

'Perpisahan ini' akhiri dengan senyum untuk mu '2013'

Berminggu aku tak mencatat dalam ruangan ini 'disini dalam lingkaran ini'
Di ulit kesibukan demi persiapan tugas rasmi dan menyiapkan keperluan anak2 utk.kembali ke sekolah.
Selain itu ada lagi yg.benar2 membuat aku sibuk.Hal ini nantilah kongsi cerita sebagai catatan permulaan kehadiran tahun 2014, iaitu esok.

Saat aku menulis catatan ini jarum jam menunjukkan ke angka 11.35 malam. Agak sunyi dan gelap gelita diluar sana.  Ini lah malam terakhir aku dan kita semua menghirup udara tahun 2013.  
Tentu banyak peristiwa yg.telah dilalui sepanjang berada ditahun 2013.

Bagi aku azam dan pencapaian yg.terlaksana di tahun 2013 hampir 87peratus terlaksana, alhamdulillah.
Biasanya azam utama aku ialah 1. Memperbanyakkan puasa sunat.2.Melaksanakan puasa sebanyak mungkin di bulan rejab, syaban dan puasa penuh di bulan Ramadan. 3.Berjimat cermat.4.Menyintai dan dicintai sepenuh hati.5.Menjadi insan yg.cemerlang dan berdaya saing,biasanya aku ingin selalu menang.

Kini tahun 2013 beberapa detik sahaja akan berlalu..selamat tinggal kenangan, mohon maaf kepada rakan maya yg.selalu tempat bergurau kata, maaf banyak2 dan terimakasih kerana selalu berkongsi ilmu kehidupan.
Ok lah, meski akan berpisah dengan tahun yg.banyak mencabar kematangan usia ku, namun aku akhiri dengan senyuman semanis coklet warna baju aku ni..hihihi..baju kenangan saat shoping dengan anakanda dr.Rashid, Mira,Irliani, Irnie Aida, dan Irna suhaila.
                                        Wajah akhir siang tadi, saat menghantar Irfa Amira ke airport.
Ok lah salam ceria selalu.'Selamat memasuki gerbang tahun 2014' semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah walau dimana jua berada. Assalammualaikum.

Thursday 26 December 2013

Betik Elbino

Hari jumaat 27 Disember , semakin menghampiri penghujung tahun 2013.Tak apa lah yg.berlalu tetaplah akan berlalu. Ini gambar terbaru  betik elbino yg. pernah aku ceritakan mengenai kecintaan ku pada betik yang satu ini.
 Sewaktu aku melihat betik ini tumbuh dan berbuah dihalaman orang, selalu aku berazam untuk memilikinya. Pokoknya sangat rendah sekitar 3 kaki sampai ke pucuk, daun dan buahnya seperti merayap atas tanah, terlalu rendah dan buahnya tidak lah terlalu panjang sekitar 1 kaki panjang.  Istimewanya betik ini daunnya berwarna kuning, buahnya juga berwarna kuning seperti warna kulit pisang emas yg.sudah masak.

Aku minta betik ini terus dari tuan pemiliknya, kebetulan masa itu ada sebiji yg.sedang masak.Aku bertanyakan nama betik ini, katanya 'betik elbino'..hasil pemberiannya benih betik ini aku semai elok2 dan ini lah hasilnya.  Masalahnya kenapa tak jadi 'elbino'?.. rasa hampa sebab tak dapat warna keemasan itu.
Betik yg.ini menjadi hijau dan besar lagi panjang, betik ini belum cukup besar masih terlalu muda.
                                                     Ada sepepok yg.waktu kecilnya daunnya seakan2 menjadi kuning, putik buahnya juga berwarna kuning, tapi bila besar sikit ia gugur, dan ada yg.dah lekat macam dalam gambar dibawah ini, ia bertukar jadi hijau..tak juga jadi elbino.  Tak apalah mungkin belum rezeki memiliki si elbino itu.  Kawan2 kalau ada yg.memiliki benih betik elbino, tolonglah kongsi dengan saya.
                                                  Yang bawah ini betik sekaki masih ada 2 pokok bertahan dan berbuah lebat.
                                           Ini betik sekaki yg.sudah sampai ke tahap harus berlalu. Akhirnya ia jadi begini keran dah lama berbakti membekalkan buah2 yg.enak untuk aku sekeluarga, lama juga ia bertahan.  Dari 5 pokok 3 pokok telah rosak termasuk yg.ini.

                                    Bak kata peribahasa, patah tumbuh, hilang berganti. Nah pokok2 betik sekaki yg.akan berlalu, telah pun digantikan oleh pokok2 betik jenis elbino yg.tak jadi elbino ini..tak pasti lagi rasanya ada kah sama dengan betik 'sekaki' yg.benar2 sedap dan tahan penyakit.

Ok lah sekadar sebuah catatan untuk kenangan dihari mendatang.Assalammualaikum.

Friday 20 December 2013

Aktiviti cuti 2013

21 Disember hari sabtu yg.tenang..seperti biasa cuti2 begini dapatlah digunakan untuk bermalas malasan memanjakan diri. 
Cuti di disember tahun ini benar2 telah diisi dengan aktiviti dalam rumah sahaja.  Apa tidaknya satu persatu saudara mara datang bertandang juga kawan2 anak.  Best sangat dikunjungi keluarga2 sekian lama aku  tak bercuti panjang dikampung.

                           Ini keluarga kawan anak, mereka jalan2 ke pantai timur sabah, lalu singgah ke rumah.Alhamdulillah sempatlah berkenalan sesama saudara seIslam.Alhamdulillah.
 Ok lah sekadar suatu catatan kenangan, bahawa kita pernah bertemu, bersama saling menghulur salam, salam persahabatan.  Semuga dirahmati Allah. Salam ceria.

Monday 16 December 2013

Rambutan Budak Sekolah berbuah sulung.

Hari ini selasa 17disember 2014.  Sepanjang hari kelmarin hujan turun diawal pagi sampai petang.Persekitaran becak dan menambahkan kemalasan nak memulakan aktiviti berkebun.Cuti semakin habis.  Awal pagi hari ini, cuaca nampak cerah.
Aku periksa pokok2 buah yg.ku tanam dipersekitaran rumah, ada beberapa pokok betik jenis sekaki yg.dah lama berbuah, betik albino yg.tak jadi albino, beberapa pokok mangga, pokok limau nipis, kasturi dan lemon, 3 batang pokok rambutan dan pokok2 kelapa baka rendah jenis pandan, mawar dan matag dari
sm Rose blog"semua menjdi.com"

Dari 3 batang pokok rambutan yg.ku tanam diawal disember 2011 yg.lalu, kini ada sepohon yg.telah berbuah sulung.Namun buahnya cuma 6 biji.  Alhamdulillah senang benar dalam hati, sekurang2nya aku tahu pokok rambutan aku ini, adalah betina, sebab orang kata pokok rambutan juga macam pokok betik ada yg. 'jantan' sehingga menjadi peribahasa melayu, "jangan seperti pokok rambutan jantan, orang berbunga, dia berbunga, orang berbuah, dia haram tiada"


                                  Inilah pokok rambutan yg.sedang berbuah sulung.Dahan yang lain belum berbunga.
Dahan yg.tinggi dah ada buah..nampak tu..alhamdulillah.

        Nah beginilah bentuk buahnya..alhamdulillah.Nanti nak lepaskan semut kerangga biar dia berumah di pokok ini, untuk mengelakkan serangan lalat buah dan bena putih, menurut ilmu perkebunan yg.dikongsikan tuan Iskandar dari blog 'tanam sendiri.com'  Ada beberap yg.busuk, tapi itu tak ada isi cuma putik buah yg.tak menjadi.  Harap2 lepas ini dia akan berbuah banyak.  Ini jenis rambutan longkah dan manis, namanya "rambutan budak sekolah" hehehe.. entah dari mana pokok ini dapat nama itu..pernah dengar tak nama rambutan ini?
                                      Aku agak biasa juga ke tanah"malaya" tak pernah pun dengar nama buah rambutan dengan nama ni, tak apalah..yang penting ia dah berbuah.Alhamdulillah.
 Ok, salam ceria dan assalammualaikum.                                  



Friday 13 December 2013

Mawar berbunga lebat.

14.12.13. hari sabtu yg.tenang. Meski Ir belum pulang, ku teruskan hari2 bersama anak2 gadis ku dan anakanda Rashid yg.semuanya 'pemalas' hihihi..maklumlah suasana cuti semua orang nak lepak tempat tidurkan..dan manja manjakan diri menikmati tidur sepuas hati.  Kalau dah musim sekolah, kena bangun jam 5.00 pagi dan balik rumah jam 5 petang..sepanjang siang diluar rumah.  Inilah masanya nak tidur sampai lupa sarapan pagi.  Anak2 zaman sekarang.

Bagi aku, ini saja lah hiburan aku, tak sangka lepak hari2 dengan pokok2 bunga dihalaman , mereka membalasnya dengan mengeluarkan kuntum2 yang aduhai..indahnya.
Inilah kali pertama pokok2 mawar ku berkembang mengeluarkan kuntum2 yg.agak banyak, walau pun beberapa hari yg.lepas aku dah petik banyak untuk buat mandian.

Jom layan gambar.

                                        Jenis mawar ini sangat mudah dijaga dan wangi.Mawar desa.


                                            Matahari ini kumpulan kedua yg.baru mekar, besar2 bunganya..cantik kan.
                                   Setiap kali melihat bunga ini, ada satu nama terlintas dalam hati, iaitu ..hihihi..terimakasih kerana membekalkan benih bunga impian aku ini..aku akan pertahankan selama mungkin benih matahari baka op ini.Ia tahan penyakit.

                                           Aku suka buat background desktop.

                                              sekeliling halaman dihiasi bunga matahari, mudah lagi nak jaga..dan kembangnya sekitar 2 ke 3 minggu lamanya..sehingga bertukar menjadi benih.Berbaloi menanamnya.

                                 Mawar ini juga berbunga lebat meski kuntum2nya kecil, tapi harum semerbak.

   Pink yg.besar ini sangat harum, menurut cerita, ia mawar gurun..sukakan cuaca panas, tambah cuaca panas tambah kuat harumnya.
  Rumpunan mawar ku tanam menghiasi tebing 'kolam hias' ku.  Masih bertahan ikan2 didalamnya meski semangat untuk menjaganya hampir2..layu..bila malam, bangau putih selalu datang mengendap ikan yg.ada.
 Ok lah sekadar satu catatan  dari hati untuk kenangan milik bersama.Assalammualaikum.

Wednesday 11 December 2013

11.12.13. baju coklet dan anak2

11.12.13 - hari Rabu yg.ceria.  Saat ini jarum jam diangka 9.40 malam.
Seawal jam 10 pagi tadi, aku bersama Acit, Miming, Lia, Aida dan Suhaila ke K.Kinabalu. Kami pakat  nak jalan2 pergi makan dan mencari keperluan peribadi.  Aku lah menjadi driver sekaligus menjadi ketua rombongan kerana aku lebih tua, ibu dan cikgu mereka meskipun semuanya dah besar panjang.. hahaha.
Seronok.Alhamdulillah.
Meski ir dan  'Ir Junior' belum balik dari tanah Malaya, kami berusaha utk.menceriakan hari2 yg.dilalui dengan cara yang selamat.
Lepas makan2, kami masuk ke store pakaian di tongs wisma merdeka.
Suhaila gembira sangat dapat beli seluar panjang corak tentera amerika..
Miming gembira dapat beli blouse RM.lima ringgit.. hihihi..tapi lawa..yg.lain macam macam lah.

Aku tak nak beli apa apa, tapi akhirnya miming cadangkan aku beli baju ni.  Aku tak periksa pun, angkat je lah..sampai rumah, bila dah cuba, wah cantik nya...hahaha..inilah baju kenangan aku ketika shoping dengan anak2.  Benar2 menjadi baju kenangan.

                                             warna coklet ni, mungkin nak jadikan warna tema untuk tahun 2014.
Kebetulan tarik hari ini tarikh sangat cantik sebab mengikut urutan 11, 12.13. maka perjalanan hari ini ku abadikan bersama baju coklet aku ini sebagai satu kenangan yg.amat manis, setanding manisnya sekotak  'coklet'..hihihi.  Nak pakai baju ni masa jemput Ir di airport nanti.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan.Salam ceria dan assalammualaikum.

Tuesday 10 December 2013

colorful mountains - nak dijadikan cerita.

10 disember hari selasa yg.tenang. Saat ini jam diangka 8.40 malam.  Benar benar rasa sunyi. Menghilangkan kebosanan aku jejalan melihat pelusuk dunia dihujung jari tentunya melalui dunia internet.
 Ku layari google image, aku jumpa gambar gambar pemendangan ini. Bukit bukau yg.berwarna warni, seperti kek lapis sarawak. Terlalu indah dan unik. Rupa rupa nya bukit bukau yg.berwarna warni ini terdapat diseluruh pelusuk dunia, ada di Irland, di  tabriz iran dan banyak lagi.

Nak dijadikan cerita, aku miming dan Rashid beberapa hari yg.lalu pergi ke pasar raya, membeli keperluan dapur.  Di luar beranda pasar raya tersebut ada beberapa orang gadis dan anak muda sedang menjual batu2 permata, ada batu permata utk.cincin dan ada untuk buah kalung. Harga diantara RM 80 hingga 500.
Siap dia uji batu2 permata itu dengan alat pengesan batu ori atau kaca. Banyak batu2 dengan pelbagai nama dan warna, terlalu cantik.

Gadis yg.menjual itu bercerita tentang batu2 bukit yg.terdapat  di negara cina.  Mereka meneroka bukit bukau tersebut utk.pembangunan dan terjumpa lah batu2 bukit yg.cantik2, lalu dijadikan permata dan buah manik utk.perhiasan.

Aku selalu meragui tentang batu2 permata yg.dijual dikedai perhiasan termasuk batu2 cincin yg.diikat dengan emas atau perak suasa.  Selalunya aku anggapkan itu adalah kaca atau plastik  yg.diubah bahan kimianya.

Tetapi selepas menemui berita dan gambar  tentang kewujudan bukit bukau yg.berwarna warni ini, memang betul lah cerita gadis penjual permata tersebut, bahawa batu2 permata yg.mereka jual itu adalah ori.
Jauh disudut hati aku mengharap akan terjumpa lagi kumpulan gadis2 yg.menjual permata2 ini.
Aku sangat berkenaan buah kalung berwarna merah oren betul betul macam warna bukit di gambar akhir.

colorful mountains - unique rock formations in china.

Formed of layers of reddish sandstone, the terrain has over time been eroded into a series of mountains surrounded by curvaceous cliffs and unusual rock formations
Alangkah bagusnya suatu hari ada peluang melawat tempat2 ini.
Villagers walk a path between two stunning rock formations
Rakan2 yg.berkemampuan, kalau pergi melancong, pergilah tempat2 ini dan kongsikan gambar dan cerita tentang gambaran sebenar  kewujudan perbukitan nan indah ini.
The World Heritage Committee decided to include China Danxia Landform in the World Heritage List at its 2010 meeting held in Brasilia, capital of Brazil

Walkers can be seen against the stunning backdrop of the rock formation in Gansu province, China

Blues, reds and golds are among the colours visible in the breathtaking rock formations
Maha suci Allah yg.maha kaya lagi maha pencipta. warna oren yg.akhir ini kelihatan macam kain yg.dah siap ditenun.
The unique hilly terrain of the Danxia Landform is close to the city of Zhangye, in the north west of China

ok lah, terpaku sebentar menyaksikan keindahan alam diluar sana. Assalammualaikum.

Sunday 8 December 2013

Sirap Roselle- Pernah buat?

9 Disember  hari isnin yang cerah. Melihat pokok roselle dikebun terbiar begitu saja..meski dalam hati  selalu berazam ingin membuat sirap dengan buah yg.cantik ini..
sekian lama baru hari ini berjaya memetik buahnya yg.agak melambak.  Aku tak pernah cerita pokok ini ada dikebun, mungkin kesibukan kerja sehingga aku tak terlayan pokok yg.cantik ini.  Masa petik buah lupa bawa kamera.
Kita layan gambar yg.ada saja lah ya.

Pernah tengok buah roselle?

Inilah bentuk dan warna buahnya.
                                         
                  warna buahnya merah dan cantik.gambar ni cantik buat desktop background .
                                        Buah yg.banyak ni, bersihkan dan asingkan kelopak seperti gambar dibawah ni.
                                      selepas kelopak ditanggalkan ada bijibenih, rupanya ada yg.dah matang.Benih ini dah boleh tanam, tetapi keringkan terlebih dahulu.

Kelopak yg.dah dibersihkan masuk kan dalam periuk, masukkan air dan gula, biarkan mendidih, kacau dan biarkan kelihatan pekat.
                                          Bila dah pekat, tapiskan dan dapatlah sirap roselle yg.pekat untuk stok.
                                        Bancu satu jag ikut banyak mana nak minum, baki yg.pekat simpan dalam peti ais.
                                         Beginilah rupa sirap roselle yg.dah siap.Jag kecil tu sirap pekat belum tambah air.
                                      Sirap dalam jag kaca ni dah bancu, tapi belum campur ais kiub, masih panas suam.
                                    Yang  ini hampas kelopak roselle, yg.dah lembut tapi terasa kenyal..dan manis.  Ada dua kegunaan, satu buat halwa dan yg.ke dua kisar dan kacau sekali lagi dan tambahlah apa2 wangian dan gula, buat jem roselle.  Bagi aku mungkin nak buat jem.

( resepi sirap dan halwa roselle ini aku guna resipi yg.dikongsikan oleh Tuan Iskandar dari blog 'tanam sendiri.com' entry pd.22/7/2012). Tuan Iskandar terimakasih banyak2, benih roselle itu juga saya pesan dari tuan.

Cukuplah untuk aktiviti aku hari ini.  Alhamdulillah.  Salam ceria.

Saturday 7 December 2013

Jom mandi bunga

8 Disember hari ahad, cuaca sejak awal pagi amat terang benderang. Di langit langsung tidak ada awan. Biasanya beginilah keadaan cuaca di daerah ku ini. Sekitar jam 5 hujan akan turun tanpa henti sehingga subuh.
Cuaca yg.panas begini membawa aku berendam ditab mandi.

Bunga2 yg.banyak berkembang ku jadikan bahan mandian...aaah segar dan nyaman sekali.
Saat berendam dan menikmati aroma wanginya mawar dan segarnya warna bunga mata hari, terbayang kesengsaraan saudara2 seislamku yg.mungkin dan saat ini mengalami kesusahan hidup akibat banjir di tanah semenanjung malaysia juga diseluruh pelusuk dunia. 

cuma ada doa kepada Allah semoga mereka yg.ditimpa bencana banjir dapat bersabar dan selamat walau dimana juga berada.
                       kuntuman bunga yg.mekar di halaman akhirnya menemaniku ditab mandi utk.berjam lamanya.
                                           mandi berendam air bunga melembutkan kulit, terasa amat selesa.

Aku relex dan santai dalam air rendaman bunga2 hasil dari halaman sendiri.Alhamdulillah.
Ok salam ceria.

Thursday 5 December 2013

Hilang upayah tanpa dia.

6 disember hari jumaat.. buat dadih oren..perasa buah buahan.
Ketiadaan Ir dirumah, rehat dirumah pun jadi tidak gembira..
Kerja banyak tapi malas nak buat, makan boleh lah..hihihi.
                                      1 bungkusan dadih.
                                           Hasilnya dapat 40 cawan besar ni.
                                      Isi dalam cawan tebal macam ni. Modal sekitar rm 12.  Untung kan buat sendiri.
                                      Tapi aku malas, mujur miming tolong buat..hihihi..makan rajinlah..tapi benda2 macam ni aku malas makan sebab manis..kalau ulam dan sayur2 hijau aku suka, tapi kena tanam sendiri, masalahnya aku tengah malas sangat, aku rindukan sesorang..hilang upayah tanpa dia.
Ok lah salam hari jumaat.  Salam ingatan mesra.Assalammualaikum.