Wednesday, 29 January 2014

Semangat berkebun datang semula.InsyaAllah.

Hari ini khamis 30 januari, 2014. Cuti sekolah hingga hari ahad 2 februari.  4 hari cuti ini nak gunakan utk.membersihkan petak tanaman sayur yg.telah lama dibiarka.  Sebab membiarkannya dulu masalah hujan yg.tak berhenti2 siang malam, kedua nak bagi rehat pd.tanah yg.sentiasa setia membekalkan sayur2 hijau kepada ku sekeluarga.

Harini cuaca agak cerah dan tanah pun agak mudah dikendalikan, cuma rumput liar telah menutupi hampir kesemua kawasan tempat aku bercucuk tanam.  Aku  nak bersihkannya mula dari hari ini, ini janji dalam hati aku, semuga kesampaian.
Jom tengok gambar hutan rumput ini.

                                         Petak tanaman sayur hijau kini dipenuhi rumput .Banyak tenaga yg.akan dicurahkan untuk memulihkan petak tanaman ini.  Tak apa akan dibuat perlahan2.

           Betik elbino yg.tak jadi elbino, lama dah tunggu tak masak2 juga. Panjang dan besar2 buahnya.
         sayur labu kundur baka besar, besar sangat buah ni.Sedap masak bening campur udang hidup.
          Betik sekaki yg.masih bertahan, tak putus2 buahnya, bila ia berlalu nanti saya akan rindu pokok ini.
                            Di 'Tamu Rabu' kelmarin 29 januari 2014, aku beli pokok mangga ini, ada dua jenis.  Menurut penjualnya, satu jenis mangga 'king' dan satu lagi mangga 'taiwan'.  Nak tanam sempena anakanda Rashid habis belajar, konvo pd.25 januari yg.telah berlalu.Semoga pokok2 ini akan berbuah lebat dan menjadi sedak kepada yg.berpeluang menikmati hasilnya nanti.  Menurut penjualnya pokok ini kalau dijaga akan berbuah dalam tempoh 2 ke 3 tahun.InsyaAllah.
Ok lah sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum dan salam ceria selalu.

Monday, 27 January 2014

Airmata membisikkan rasa 'Aku bersyukur kepada Mu ya Allah'

Hari ini isnin, 27 Januari 2014. Memulakan tugas rasmi seperti biasa dalam keadaan badan letihn dan tak bermaya kerana aktiviti padat yg.dilakukan sepanjang minggu lapas.
24 januari, hari jumaat lepas jam bertugas,  bergegas ke kl, penerbangan sebelah malam, cuaca sangat sejuk kerana tahun ini bumi di daerahku mengalami hujan yg.berlebihan dibandingkan tahun2 sebelum ini.
Pagi di kuala Lumpur 25 januari, hari sabtu, aku  ir dan 'ir.Junior' seawal jam 7.00 pagi bergegas ke kampus MSU @ Management&Science University untuk menghadiri konvo, anakanda Rashid.

Ramai Pelajar dari pelbagai jurusan dan majlis penganugrahan ijazah dibuat dua sidang, pagi dan petang.
Anakanda Rashid dari International Medical School (IMS) kampus Banglore, India dibuat pada sesi pagi.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Jom layan gambar kenangan.
Menitis juga airmata melihat anakanda Rashid mengadap Tuanku Permaisuri Agong Malaysia,alhamdulillah akhirnya dia berjaya tanpa tersekat dimana mana.

 siswa-siswi berarak masuk dewan kampus MSU
 Sempatlah anakanda Rashid senyum2 melihat kearah kamera kecilku, yg.aku seludup masuk hihihi, aku tak kesah suka hati aku ambik gambar kenangan..meski dilarang.
 persembahan pertama dimulakan dengan persembahan koir lagu 'o le' mayang'..peserta koir tak menari, tapi ada sedikit gerakan kain kuning selit dijari sambil diayun ke kiri dan ke kanan, gerakan setempat macam yg.selalu aku tengok kanak2 pra tadika buat, ada tanda tanya dalam hati, mungkin kerana aku seorang cikgu.  Tak apalah. Cuma aku tergelak besar bila aku kupas 'messages' persembahan pertama itu, kepada 'ir'. Aku mentafsirkan messagenya ialah kalau jatuh sakit, pergi berubat kampung dulu, kalau tak serasi@sembuh, barulah jumpa doktor..hihihi..maklumlah masyarakt sekarang ini, tak kira apa kaum pun, masih bersemangat berubat cara tradisional.

Satu lagi situasi pagi itu yg.membuat aku teringat 'Hang Tuah' pahlawan Melayu yg.bijaksana.
Hang Tuah di hantar ke negara Cina, oleh sultan utk.meninjau kekuatan tentera cina dan bagai mana rupa paras raja cina, zaman itu raja cina tak boleh dilihat wajahnya oleh orang asing, raja duduk di tempat tinggi dan tetamu tak boleh mendongak melihat muka raja, semua tetamu mesti tunduk hormat walau pun masa makan.  Hang Tuah meminta hidangan sayur 'kangkung ' yg.tidak di potong pendek, biarkan panjang2.  Cara makannya mestilah kangkung diangkat tinggi2, nganga mulut sembil mendongak ke atas, dengan cara makan sedemikian rupa, dapatlah Hang Tuah melihat wajah raja Cina, pembesar cina nak marah, tapi Hang Tuah kata itulah cara nak makan ulam kangkung tersebut. Hahaha bijakkan.

Nak jadikan cerita, persembahan koir di dewan MSU pagi itu, permaisuri Agong duduk dikerusi kuning atas pentas. Kedudukan pentas dewan, randah.Persembahan koir dibuat di bahagian atas, tingkat atas. Untuk menyaksikan koir ini, Permaisuri Agong terpaksa mendongak, melihat penyanyi yg.bersuara nyaring tapi merdu.
Lalu jiwa 'melayu' aku tersentuh.Pada akulah, patut persembahan itu buatlah dibahagian bawah.Jangan buat permaisuri Agong Malaysia, duduk mendongak tengok rakyat jelata, rasanya itu dah silap dalam adat raja2 melayu lama, tapi kalau adat raja melayu moden, aku tak belajar lagi hihihi..aku masih rasa terkilan.
                    Lembut dan lunak suara Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
                Baginda simbol 'Bonda' Malaysia.  Jauh disudut hati aku menyayangi dan sangat menghormatinya, dan berdoa semoga baginda bahagia didunia dan akhirat.
                                  Siswa-siswi bergambar didataran perkarangan dewan.Diantaranya anak aku 'acit'
 Wajah wajah ini simbol perjuangan hidup ku sekian lama.
                                              Tahniah Dr.Rashid.


Rashid dan Irfan, adik beradik kembar. Seorang cikgu, seorang doktor, ketentuan Allah. Syukur alhamdulillah.
                            Setelah dewan bersurai, aku dan ir, melangkah seperti biasa, berpimpin tangan, jom pulang..hihihi.

      Mereka bergelak ketawa, seperti biasa Ir.Junior, suka sangat mengusik Rashid.Kemesraan sikembar bersaudara.

Ok lah sekadar catatan kenangan untuk kenangan.,penerbangan balik pd. hari ahad, malam isnin, sampai rumah jam 2.30 pagi isnin. Jam 7.00 pagi hari isnin dalam kelas, dengan semangat berkobar2 nak ajar anak murid, agar pandai semoga akan bertambah bilangan guru dan doktor malaysia yg.tercinta.

Monday, 20 January 2014

Tahun Baru Cina, keinginan aku dan pokok 'water caltrop'@kacang hantu@kacang tanduk'.

Hari ini Isnin 20 Januari..hari ini aku puasa sunat hari isnin, semoga Allah terima ibadat aku ini..amin. Saat menunggu waktu berbuka, kebetulan line internet sedikit bagus, aku membelek semula sejenis tumbuhan air yg buahnya pernah aku cerita dalam entri dibulan julai 2013 yg.lalu.

Inilah buah tumbuhan yg.aku maksudkan itu.
http://1.bp.blogspot.com/-GwGS9y53Jjg/UfQxvBHN7rI/AAAAAAAABzc/5BOmSN3BetY/s1600/P1200614.JPG
Unik kan.

Begini keadaan pokoknya.Gambar  dibawah ini diambil dari google imeg.Gambar atas  aku punya.

Menurut komen kawan2 dalam entri aku yg.termuat dibulan julai tahun 2013, kekacang ini biasa dijual di pasar raya di musim perayaan Tahun Baru Cina.
Mungkin kah sekarang sedang ada berlegar dalam pasaran?..
Harapan ku, pada teman2 yg.ada terjumpa buah ini atau kekacang ini tolong belikan  kacang ini, aku nak cuba tanam.  harga barang dan belanja pos, kita bincangkan.
Aku nak sangat tanam tumbuhan ini.

Ok.salam ceria dan salam mesra persahabatan.

Friday, 17 January 2014

Aktiviti Musim Banjir.

Hari ini sabtu 18 Januari , sekian lama terputus  talian internet, menyebabkan aku tak dapat menulis catatan kenangan dihalaman disinidalam lingkaran ini. Hujan yang turun mencurah hampir seminggu menyebabkan banjir melanda daerahku, termasuklah sekolah aku.Bekalan elektrik juga mengalami gangguan beberapa jam hampir setiap hari.  Mujurlah tak ada sangat harta benda yg.rosak.

Kawasan rumah dan kejiranan aku, sebenarnya tidak pun dinaiki air cuma tak dapat keluar ke mana2 kerana banyak jalan2 perhubungan terputus.  Hujan yg.turun siang dan malam, menyebabkan aku tak dapat menguruskan tanam tanaman di persekitaran rumah.  Hanya mampu perhatikan air hujan yg.turun mencurah.  Bunga2 matahari yg.sedang galak kembangnya bersama bunga2 mawar yg.mewangi habis luruh disimbah air hujan yang deras.

Aku tak dapat berbuat apa apa disaat cuaca berantakan. Aku buat aktiviti yg.aku sangat suka suatu ketika dulu di zaman remaja, iaitu membuat bunga rose dari bahan polistrin, kertas atau reben. 
Jom buat bunga sendiri.

Bahan yg.diperlukan seperti gambar atas.Sekeping polisterin putih dan merah, gam, pensel, kad, dan gunting.

Gunting kad manila, atau apa apa kertas keras untuk buat bentuk agar kelopak bunga sama besar.
Tekap kad yg.telah dibentuk atas polisterin, lukis, macam gambar dibawah ni.
Gunting polisterin mengikut bentuk yg.dilukis tadi. Polisterin yg.telah siap dibentuk seperti gambar dibawah ini, gunakan seterika kain, semasa seterika, letakkan kain atas polisterin untuk membentuk kelopak bunga, polestrin yg.dipanaskan, akan melentik jadi lembut, cepat2 bentukkan kelopak.

                                      Keadaan polestrin yg.telah siap digunting dan sedia untuk disterika.  Susunlah kelopak bunga rose ini megikut kreatif masing2.

Ini yang aku dah siapkan untuk warna putih.  Aku nak buat kuntum yg.lebih besar untuk hiasan pelamin
'Ir Junior"

                                Ini aku buat warna merah jambu, saiz bunga besar, sederhana, dan kecil. Cantik tak..hihihi..utk.aktiviti mengisi masa berkebun dijemari tangan seorang aku.
                                  Kalau ada masa nak beli daun dan pelilit hijau buat tangkai dan nak gubah bunga pelamin yg.bersaiz besar.  Kalau beli yang dah siap,  besar macam aku buat ni, harganya  RM 16 . Buat sendiri, sekeping polisterin ini harga nya baru 2.50 sekeping, gam 1.50...itu je bahan asasnya. Bahan ini boleh beli di kedai bunga dan kedai buku.  Jom buat jambangan bunga rose. sendiri.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan dan perkongsian.Assalammualaikum, salam ceria selalu.

Monday, 6 January 2014

sirih junjung menjadi Ferrero Rocher

Hari ini isnin 6 januari, masih dalam mud letih. Namun sempatlah menilai semula aktiviti yg.telah menyumbang kepada kesibukan dan keletihan aku.  Ada masa meneliti isi dulang hantaran balas pihak keluarga perempuan.  Antaranya coklet ferrero Rocher yg.selalu menjadi pilihan dalam hantaran ikatan perkahwinan.

Selalu juga intai harga coklet ini masa kat airport hemm memanglah  mahalkan. Seronoklah aku bahagi2kan kepada yg.terlibat buat sirih junjung dan hiasan hantaran yg.lain..rugilah Miming yg.tak dapat merasa meski banyak menyumbang dalam menyiapkan hiasan kotak2 hantaran...hihihi tak apa lah Ming, abang Acit masih ada.
 Bila memikirkan kepentingan sirih junjung yg.perlu ada dalam majlis pertunangan, rasanya bagus tukar dengan coklet inikan.  Macam tak adil pula, bila aku bagi sirih, pinang , gambir , kapur dan tembakau untuk dikunyah, semuanya tu rasanya pahit dan tak sedap, kalau tak pandai makan sirih, boleh mabuk..hihihi.

Tapi benda2 yg.tersurat disebalik sirih junjung sebagai santapan santai sambil berbual2 dimasa lalu diamalkan oleh adat raja2 dan bangsawan melayu, hingga kepada rakyat jelata, sayang pula budaya ini dibuang. 

Kemudian tersirat disebalik daun sirih, gambir dan kapur, tembakau dan pinang kesemua benda2 ini adalah ubat tradisional yg.sangat mujarab dan tak perlu disoal keberkesanannya.  Oleh itu rasanya wajarlah pihak lelaki membekalkan ubat ubatan terlebih dahulu sebagai perlindungan awal kepada pihak perempuan sesuai dengan tugas lelaki melindungi pasangan dan keluarganya.  Ahh luasnya pandangan orang zaman dulu..mereka selalu bersedia lebih awal.  Namun cita rasa zaman kini, segalanya semakin berubah.

Kalau tanya diri aku, aku nak coklet ke nak gambir dan sirih?..hahaha tentulah aku nak coklat.Gambir tu sangat pahit tau..makan sirih aku pernah mabuk.  Tapi bila anak kecil aku demam teruk tengah malam, aku lari ke halaman cari daun sirih, ramas2 dan sapu airnya dikepala bayi yg.baru lahir, Allahhu akhbar, serta merta reda panasnya..bayangkan kalau bawa ke hospital, bayi yg.baru lahir mereka suntik atau bagi ubat ubatan yg.diminum..sanggup tengok?..aku tak sanggup, aku sanggup bagi anak ubat daun2 kayu dan akar2 kayu dari sogokkan bahan kimia ke dalam tubuh mereka.  Begitulah cerita sirih junjung menjadi coklet ferrero Rocher
Ok lah sekadar catatan kenangan, baru aku tahu, hanya pihak lelaki sediakan siri junjung kan..hihihi..tak rugi aku buat sendiri.Yang tak ada anak lelaki tak merasa lah mengubah sirih junjung sendiri..Ok salam ceria.

Saturday, 4 January 2014

Aku dan Siri Junjung

Hari ini 5 Januari 2014.Entri pertama untuk tahun 2014. Berlalu cuti desimber yang panjang.Benar nama nya cuti, tetapi aku tetap dengan kesibukan melingkari ruang kehidupan seharian.  Nak dijadi kan catatan kenangan, minggu terakhir disember 2013, aku sibuk dengan membeli belah persiapan rombongan meminang untuk anak aku 'Ir Junior". Layaknya anak lelaki yg.sudah berkerja wajarlah mencari pasangan.  Dan dia telah memilihnya.Alhamdulillah.

Kini aku memasuki fasa memainkan peranan menjadi pengurus, mengurus hal2 pertunangan dan perkahwinan anak2.  Wah tersangatlah berat dan meletihkan.Dari soal2 memilih reben hiasan, bunga2 palsu hingga ke makanan tetamu sampai ke memasak makanan sehingga boleh dihidangkan kepada tetamu.  Berat ke?..hihihi..kalau masa mengandung diri sendiri je yg.angkat berat tu, bila lahir diri sendiri juga yg.rasa manisnya santapan mata menyaksikan wajah bayi comel yg.menjadi hak milik mutlak seorang ibu.

Bila hal2 pertunangan dan perkahwinan, wah tentulah melibatkan ramai orang.  Sampai ke hal2 budibicara.
Namun majlis aku berlangsung dengan meriah dan selamat.Alhamdulillah.


 Ini sirih junjung menjadi kepala rombongan untuk pembuka kata bicara. Yang aku rasa bangga sangat gubahan siri ini Rashid buat dibantu adik2 perempuannya.  Sebelum membuat seminggu sebelum kelmarin, aku beli siri dan aku gubah, ikut idea2 internet, nak cari warna bunga yg.sesuai.  Selepas ada idea, Miming pula susun elok2 dibantu suhaila. Lepas miming pulang ke IPDA, hasil gubahan biarkan begitu,...bila masa dah sampai subuh kelmarin, Rashid pula gantikan siri yg.baru dan tambah lagi sedikit 4 bekas kecil untuk irisan pinang, gambir, kapur dan tembakau, lengkap sangatlah siri junjung tu. Cantik tak?..hihihi..boleh lah kan.
Sekurang2 nya jimat buat sendiri.  Ibu2 yg.bakal ada anak teruna, berlatih lah buat benda2 ni..banyak kos boleh dijimatkan sebab kalau upah orang buat mereka caj bahan dan upah buat.  Bahan tak habis pun rm30.Bahan utamanya polestrin dan bunga je..siri baru 3 ringgit...tanam sendiri lagi lah bagus.Tanam siri tepi rumah.
                                                    Mula nya nak hias dengan bunga2 dihalaman terutama bunga zinnia yg.tahan layu dan matahari.Tapi rasa sayang pula nak gondolkan bunga2 yg.ada dihalaman, matahari pula besar sangat hihihi..ada ada je kan.. 4 bekas kecil dibawah tu dari pada kelongsong telur plastik yg.diberi oleh merry brown masa makan nasi mb hari tu..Mereka bagi dua biji bila asingkan kelonsong tu jadi 4..tak sangka pula ada gunanya.
                                      Rashid tekun menyiapkan kekemasan akhir hantaran dibantu simanis Irnie Aida.


                                             Ginilah rupa hantaran tu.
                                        Termasuk kek 11 dulang semuanya.
Ok lah sekadar untuk catatan kenangan..Nanti lah pula berita dan gambar sandingnya.
Salam ceria, assalammualaikum.