Monday 26 May 2014

'photo booth backdrop' dan kesibukan ini.

Hari ini 26 mei, hari isnin yg.sangat meletihkan.  Sempena mengurus hal2 majlis perkhwinan
ir Junior, aku terpaksa memohon cuti  'crk'. 
Semakin dekat dengan acara, aku masih menginginkan banyak perkara, terpaksa shoping beli itu dan ini.  Dah terlanjur buat pelamin sendiri, lantaran perkakas saki baki buat pengubah suaian rumah masih banyak, aku sekali lagi memohon jasa tukan rumah aku, saudara Sikal buat kan aku 'photo booth  backdrop.'
  Beginilah reka bentuk yg.aku angan angankan..
aku nampak reka bentuk photo booth ini masa di hotel  Grand Blue Wave Shah Alam.  Bentuk ovel.
'photo booth  backdrop.'

Semuanya berjalan lancar.
 

                                               Buat dua.
                                   Dah siap, baru nak cuba menyusun reka bentuk bunga2nya.. .
     Masa semakin suntuk ..masih sempat nak cuba cuba..entahlah..tapi seronok buat perkara perkara yg.mencabar ni.
                                            Tulisannya terpaksa lah prin di kedai, bunga kena buat yg.kecil sikit  dan daun hijau kena banyak..apa pun akan nampaklah hasilnya di hari sebenar perlaksanaan 1 jun..kawan2 yg.kebetulan melancong ke Kota Kinabalu dihari itu, jemputlah hadir di kediaman kami di K.Belud.
1 jam 30 minit dari bandar KK. jemputlah.  Kalau nak hadir email saya dulu.

Pelamin pun masih dalam percubaan, tengah sibuk nak pilih jenis kain dan padanan warna..seakan beginilah ideanya.
hihihi..entahlah..penat dan letih sangat  tapi tetap rasa seronok..segala yg.terlintas di otak..tetap berusaha  nak diterjemahkan menjadi realiti...itulah aku.
Ok lah sekadar catatan kenangan untuk hari esok.Assalammualaikum.

Wednesday 21 May 2014

catatan kemarin

Hari berselang, minggu berlalu, tiada catatan dapat dikongsikan, namun aktiviti tetap diteruskan, hari demi hari. Sesekali ada kamera terselit dalam beg tangan, dapat juga abadikan beberapa detik perkembangan aktiviti untuk diabadikan sebagai kenangan.

Jom kongsi cerita perkembangan tanah pantai.
 Batas2 tembikai yg.sudah lama tersedia, kini baru selesai kerja2 membuat lapik plastik  tutup bumi. Kelihatan gunung kinabalu terpacak rata dikaki langit.  Cantik kan.

                                         Pondok pantai yg.dah lama siap namun tak sempat dicat, semakin warna kayunya pudar dihakis panas mentari dan tempias hujan, pudar ..kasihankan.  Kini rumah ini dihuni oleh sebuah keluarga kecil, cuma 3 orang ahlinya, ayah, ibu dan seorang anak lelaki baru berusia 2 tahun..keluarga inilah yg.sedang menjaga dan berdikit2 mengerjakan projek tembikai aku di tanah pantai ini.
Tunggulah hasil usahanya.
                                   Kemarin kemarin juga, aku bawa abang aku 'abang Haji Mat' melawat tanah pantai.  Abang sangat khuatir aku melaburkan duit yg.banyak mengurus tanah ini, abang bimbang usaha aku tidak berbaloi, namun aku berdegil hihihi..aku cuma ingin 'mencuba'..semoga abang dapat mendoakan kejayaan aku.  InsyaAllah.
                                    ' Peria katak' diluar pagar..peria ini bekas tapak peria yg.aku usahakan dihari2 kemarin, namun kesibukan, ia hidup sendiri mencari haluan sendiri sendiri..kasihan kan.
            Ini pula berusaha panjat pokok limau nipis yg.subur daunnya..ia nampak selesa disitu, berdua-duaan.
                                           Ini  menyendiri, lebih baik beginikan..berteman kelikir dan selut tanah merah pabila hujan melanda.
                                     Ini buah yg.dah terlebih matang,benih bertabur dicelah pokok limau nipis. Cantik merah biji peria.

                                       Nampak sihat dan menyelerakan, sedap buat ulam.  Namun aku tak petik buah2 ni..aku biarkan terus matang nak simpan buat benih. Bila dah ada kesempatan nanti..aku akan tanam dan urus mengikut adatnya bertanam sayur.


 Ini hasil yg.terbiar..bolehlah buat benih.  Terung kari ini pokoknya masih terus berbuah.Tak habis nak makan.
Inilah catatan kemarin kemarin yg.akhirnya dicatatkan juga sebagai catatan hari ini, sekadar untuk sebuah kenangan yg.aku masih aktif berkebun walau masa semakin mengecil.Ok lah salam ceria selalu.Assalammualaikum.

Tuesday 13 May 2014

Jom buat pelamin.

Majlis perkahwinan anakanda Ir Junior akan berlangsung pd. 1 Jun 2014 hari ahad mendatang.
Pengubahsuaian rumah dah 80% siap. Perkakas kayu banyak berlambakan.  Ini membuatkan aku teringin membuat pelamin sendiri.

Bahan yang diperlukan 3 keping papan lapis setebal 36mm, kayu beruti 1x2, 16 batang. Untuk buat tiang..dan siling pelamin bentuk 'half moon'
Untuk dua  tiang dah siap.

Lukis bentuk separuh bulatan di papan lapis dan potong. En.Sikal tukang rumah aku, tolong potongkan untuk aku.
 bentuk' half moon' dah siap
 
 gambar bawah ni, proses buat dinding 'half moon' untuk lekat bunga.
 dah siap ia seperti dalam gambar dibawah ni..
                  gambar bawah ni untuk pentas.Siap.
                                           Tiang yang dah siap dan dicat putih.
 Tiang dan siling pelamin bentuk 'half moon' siap dicat dan tunggu kering.
                                 bahagian tepi siling pelamin ini nak tebuk lubang nak pasang lampu 'down light'..tentu cantik kan.                                 
 bentuk binaan asas pelamin yg.telah siap untuk dihias.
empat tiang pendek untuk tapak bunga.
Proses pilih warna kain dan jenis kain hiasan nak tunggu 'Ming ming' balik, biar dia yg.akan pilihkan.  Setakat ini, untuk hiasan pelamin, aku dah sediakan bunga2 rose putih dan kuning.
Senangnya buat pelamin.  Nanti hasil sepenuhnya akan dikongsikan bila majlis itu berlangsung.
Mungkin ia seakan begini gambar bawah ni..cuma pilihan warna yg.berbeza.

atau yg. ini.
Entah lah tunggulah 'ming ming' gadis merah jambu ku.
Ok lah salam ceria selalu.Assalammualaikum.

Monday 12 May 2014

Bila musim berlalu



Siang tadi 12 mei, hari isnin yg.ceria.
Dah jarang mencatat kenangan 'disini dalam lingkaranini'.  Memang ada rindu nak bersenda gurau, namun masa sangat tidak mengizinkan. 
Apa pun aku ingin catatkan kenangan yg.satu ini.

Pokok bunga gambar di bawah ini, menjadi pokok hiasan di jalan2 raya. Bila musim kemarau panas ia akan berbunga lebat.  Setiap kali pokok ini berbunga selalu aku terpikir ia di tanam melalui apa.
Tersimpan hajat untuk menanamnya.



Nak dijadikan cerita..
Hari sabtu 10 Mei, sekitar jam 1, aku dan Ir nak ke Kota Kinabalu..dalam perjalanan, kereta demam, catatan suhu enjin sampai ke angka 100%...lalu mati, mujur tepi jalan yg.agak luas..tidaklah menganggu lalu lintas.

Dalam proses menunggu bantuan , aku perhati pokok2 dipersekitaran, alangkah gembiranya aku berdiri dibawah pokok yg.bunga nya menjadi impian aku selama ini, aku tidak mengecamnya,
lantaran musim ia berbunga telah pun berlalu. 

Aku mendongak sambil memerhati kalau2 ada benih yg.sudah matang dan mengharap akan ada yg.gugur ke bumi.
 Jom tengok gambar.
                                               Deretan pokok kayu berbunga cantik bila musim bunga.
                                         Sabar menanti.
                                         Pokok menumpang, sempat lah aku fikirkan kesabarannya menunggu sehingga sebesar ini dan kelihatan cantik.

                                         saki baki kuntuman bunga pokok  angsana

                                           Tak sangka jumpa benih pokok ini. Ia seperti kacang buncis. Tak sangka betul begini bentuk buahnya.

               Bila dikopek, benihnya sangat nipis seperti kertas tisu tentunya sangat mudah disebarkan angin.
Alhamdulillah..nah terjumpa satu yg.benar2 sah matangnya.
                                      Pohonnya tinggi dan boleh membesar sebesar pokok balak, namun benihnya begitu kecil dan begitulah caranya membesar dan menghiasi permukaan bumi. Hebatkan.
                                             Ada lagi kuntuman bunga yg.bertahan dan menunggu masa ia luruh.

                                          Akhirnya bantuan pun tiba, kereta ditunda, bayar RM400. balik KB, dengan rancangan membeli bunga2 pelamin tak kesampaian.Namun sangat berpuas hati kerana, Allah izin kan aku melihat sendiri bentuk benih pokok bunga yg.selalu ada didalam anganku setiap kali musim bunga menyimbah pandang.Harap2 benih ini akan tumbuh.InsyAllah.



Cantikkan pokok2 kayu yg.merimbun dengan bunga.
Gambar no.1 dan yg.akhir ni, ambil dari google.Mohon rela dari pemiliknya, sekadar utk.perkongsian cerita maya.  Ok. salam ceria.Assalammualaikum.