Sunday 31 August 2014

Salam Kemerdekaan- Lahirlah cinta ku pada tarikh keramat itu.

Siang tadi 31 Ogos menjadi tarikh sejarah buat negara Malaysia tercinta. Doa restu untuk para pejuang tanah air yg.pastinya telah bertungkuslumus berusaha memerdekakan negara dari cengkaman musuh sesama manusia, kemiskinan dan gejalah sosial.

Bagi aku kehadiran 31 Ogos mencatat sejarah tersendiri kerana 'Restu' lahir jam 12.45 minit tengah malam dikala itu..namun kerana terlebih 45 minit, doktor catatkan kelahirannya memasuki 1 september.
ok 'happy birthday' untuk anakanda tersayang.
Semoga Allah permudahkan segala urusan, selamat dunia akhirat, bersemangat dalam hidup,jangan putus asa dalam perkara2 yg.melelahkan,Allah lindungi dari segala bala petaka, Allah makbulkan segala doa dan hajat..amin.
Salam teramat sayang.
Assalammualaikum dan salam merdeka utk semua.

Sunday 17 August 2014

17 Ogos 2014-ahad- pergi bermatlamat kembali bermaklumat

saat ini terasa sangat sepi, Ir dan irliani ke ibu kota, jauh disana terpaksa menyeberangi laut cina selatan.
Anakanda Lia dapat tawaran melanjutkan pelajaran di ibu kota. Dia punya cita cita yg.sangat tinggi. Sebagai ibu, aku hanya mampu mengaminkannya dan melengkapkan segala keperluan.  Jauh disudut hati aku tak ingin dia pergi..namun aku bimbang perasaan terlalu sayangkan dia, menjadi penghalang untuk dia menjadi insan berpendidikan..terpaksa aku kuatkan semangat dan merelakan dia berjauhan dengan ku.  Terasa sangat sunyi..ada Lia didenyutan jantung ku. wahai hati ibu..sabarlah..

Semoga anakanda Lia dapat menyesuaikan diri dan tabahkan hati, fokus pada pelajaran dan tidak terlalu sentimental  seperti ibu.  Dia seperti camar putih.
Belajar terbang menyonsong angin dipermukaan laut berombak.
Semoga berjaya Irliani.

saat bersama dipagi aidil fitri yg.baru berlalu. Menjadi kenangan bersama.
Salam sayang.

Thursday 7 August 2014

yang tercatat dipagi satu syawal 2014


Saat ini jam 9.50 minit malam 7 ogos-hari khamis.Esok hari jumaat 8 ogos.
Bulan syawal semakin matang dilangit sana..meski bentuk bulatannya belum penuh, namun cahayanya sudah cukup terang menerangi halaman rumah ku.

Senja tadi aku ke tanah pantai ditemani Lia, mama Yanti dan suaminya.  Jon sekeluarga bertolak petang tadi untuk urusan memperbaruhi pas kerja mereka sekaligus meninggalkan ladang tembikai yg.sedang menanti hari untuk dituai.  Entahlah semua yg.terjadi ketentuan Allah.

Pagi syawal ke masjid untuk sembahyang sunat aidil fitri. Ayu dan suhaila tak dapat serta.
Mungkin kerana aku sekeluarga sudah melalui pelbagai aktiviti disepanjang tahun 2014 ini, maka kehadiran hari raya terasa seperti biasa2 saja.
Mira tidak bersama, mungkin sebab itu aku rasa tak meriah..aku letih..tak ada apa yg.aku sediakan untuk hari raya tahun ini..namun alhamdulillah aku,ir dan anak2 sempat melalui ramadan dengan tenang dan aman, sempat menghabiskan sembahayag tarawih, berpuasa penuh dengan izin Allah.
inilah cahaya hidup aku, menemani aku ke masjid utk.sembahyang hari raya bersama sama.  Tak sempat ambil gambar Ir, entah dia kemana.
aku dan anak menantu aku sempat lah bergambar dengan bunga pujaan ini, ia tersenyum mengiringi senyuman Hartini menantu sulung aku yg.cantik hihihi.
Ini keluarga abang sepupu aku sebelah ayah abang Baudin serta isteri dan anak anak.
mesranya anak anak saat bersama meski jarang bersua.

saban tahun keluarga ini sentiasa berkunjung..ada ikatan persahabatan, persaudaraan yg.tulin antara kami.
Semoga berkekalan selagi dunia berputar.
Pakcik dan makcik aku, kedua orang tua ini amat bererti dalam perjalanan hidup aku bersama Ir.
Pakcik aku ini guru besar yg.sudah berpencen, makcik suri rumah sepenuh masa.
Apa apa hal aku mesti cari dan mengadu dengan kedua orang tua ini..mereka melayan aku sekeluarga seperti anak sendiri.Terimakasih pakcik dan makcik.
keadaan bunga bunga matahari aku pada 6 ogos.Mekar dan setiap pokok mengeluarkan banyak kuntum.
Cantik kan, tak rugi menanamnya.


Ok lah sekadar catatan untuk kenangan, buat  tatapan Mira dan Ayu yg.sentiasa didalam hati mama.
Assalammualaikum.