Wednesday 26 November 2014

Tembikai Lembah Seribu Bintang

Kesibukan sekian lama menjarakkan aku dari dunia maya, ada rindu namun harus disisihkan begitu saja..sesekali melawat blog kawan yg.menjadi rakan blog disini dalam lingkaran ini.Banyak cerita, banyak maklumat dan keseronokan yg.aku tertinggal, namun apakan daya..

Cerita terbaru aku tentang hasil tanah lembah seribu bintang..iya..akhirnya segala usaha hampir 2 tahun setengah, menampakkan bunga2 kejayaan.Alhamdulillah.
Jom tengok gambar.
akhirnya Jembatan Sikal teruji, apa bila ia dilalui oleh lori yg.memuatkan 6 tan tembikai. Aku keluarkan bajet sendiri membuat jambatan ini.  Bila dah siap ramai pula beria- ia nak ikut guna..dgn.pelbagai alasan.

 hasil sedang tuai.
 kebanyakan buahnya seberat 7 ke 10 kg.
 ada juga mencecah 13 kg.
 Proses menimbang hasil.Seronok sangat saat ni..macam tak percaya..tetiba aku ada kebun.
Kebun tembikai dilembah seribu bintang.
Proses memetik buah@keluar buah akan berlangsung lagi pada esok pagi jumaat 28.nov.2014.
8 tan lagi akan dikeluarkan.Semoga sagalanya selamat dan diberkati Allah.
Anakanda Irma Restu juga akan balik esok.Oooakan terlerailah rinduku pada gadisku yang satu ini.
 
Alhamdulillah syukur kepada Allah semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua didunia dan akhirat.Amin.Assalammualaikum

Thursday 6 November 2014

Semaian bunga Matahari dah berhasil.

Dah jam 2 pagi dah masuk hari jumaat. Baru selesai semak kertas soalan peperiksaan penggal akhir.
Dari siang tadi aku tak rehat sampai saat ini, terasa pelik kerana aku tak rasa mengantuk.
Teringat mereka yg.tiada disisi.Ada rindu dihatiku.

Hari selasa kemarin dulu, aku sempat jual pokok bunga matahari yg.aku semai dan terlebih baju beberapa bulan yg.lalu.  Dengan pelbagai cara penjagaan, akhirnya ia sempat membesar dan mendatangkan hasil.

Seperti gambar ini
Aku semai banyak tapi yg.benar benar sihat sekitar 150 pokok saja.
 Bila kelihatan layu, aku rendam dalam besen air..dia sihat semula.  Entah apa masalah pokok matahari aku ini.Mungkin dah terlebih matang dan perlu dipindahkan ke tanah.

Aku jual pokok ni 10 ringgit untuk 4 pokok, banyak dah yang terjual kalau harga beg semaian, baja dan tenaga penjagaan  rasanya dah balik modal..baki yg.tinggal ini kalau dah tak ada permintaan bolehlah ditanam utk.menyambut tahun baru 2015 nanti..InsyaAllah.
sekali jual dalam rm300 sekejap je..baru kawan2 sekolah yg.beli.Jom tanam bunga mata hari.
Ok lah sekadar catatan utk.di nihari jumaat ini.Salam ceria dan assalammualaikum.

Sunday 2 November 2014

Roselle dalam penantian

Bila hari sabtu awal pagi aku mesti bergegas keluar rumah untuk menikmati titis titis embun di hujung dedaun pokok pokok yang tumbuh dihalaman rumah. Benar benar indah.
Ini benih roselle yg.aku semai dalam plastik semaian.Dah tumbuh, ada 6 pokok semuanya.

Baki benih yg.agak banyak aku taburkan atas tanah yg.aku dah gemburkan. Malas nak masuk dalam plastik semaian. Jom tengok gambar.
Semaian dalam beg plastik dah tinggi. Semoga hasilnya akan dapat di nikmati secepatnya terutama untuk 'Restu' yg.tak pernah menikmati pemandangan buah rosselle yg.tumbuh dihalaman.
Baki benih aku tabur atas tanah yang dah digembur, dah tumbuh semuanya.
Awal pagi aku bangun dan periksa tempat semaian roselle, wah ada perompak jahat yg. ingin memgambil hasil usaha aku. Nasib baik aku dah pagar ruang semaian ini dengan racun siput.  Lemas terus tak bermaya.Siput jahat yg.selalu memakan semaian bunga2 mata hariku dan anak anak pokok zennia yg.ingin membesar.
Tak rugi aku bangun awal, dapat tengok pemandangan dan memeriksa tetamu yg.tidak diundang. Pokok rosselle ini kalau dah besar aku hanya perlu menjarakkan pokok nya dan tanam terus dipersekitaran ini..semoga ia akan membesar dengan cepat dan dapat dinikmati hasilnya dihujung desimber nanti.InsyaAllah.

Ok catatan diawal november ini, salam ceria dan assalammualaikum.