Thursday 26 February 2015

AKU GEMBIRA TINGGALKAN "ANAI ANAI dan LALANG" di dalam tu.


 25 Februari,hari khamis yg.terang benderang.Cuaca di februari tahun ini terasa sangat berbahang.
Dalam kesibukan dan pergolakan perjalanan hidup ini aku ingin mencatatkannya agar aku tidak lupa pada setiap detik penting yg.aku temui dan lalui.

1hb.april 2014 yang telah berlalu, aku bertukar tempat bertugas dan memulakan tugas di sebuah sekolah yg.agak selesa kerana kedudukannya yg.sangat dekat dengan tempat kediaman aku. Hanya pergerakan 5 minit dengan kereta akan sampai lah ke tempat bertugas..bestkan jimat minyak kereta..tapi yang tak bestnya ada banyak "anai2 dan lalang"..yang membuat aku selalu susah hati takut anai anai akan merosakkan helaian2 buku yg.berderet dirak2 bilik darjah, juga lalang yang mudah terbakar andai terkenan percikan api saat aku arahkan tukang kebun membakar sampah. 

Sempat lah aku abadikan catatan manis  saat bersama murid2 kecil ku ketika kami bersama dikelas 1kreatif
16 februari, hari isnin seminggu yg.lalu, aku dapat surat, surat pertukaran setara tempat bertugas.
Aku pergi lapor diri pada 16 februari hari isnin sebaik mendapat surat tersebut dari Puan Guru Besar serta merta dengan perasaan melonjak kegembiraan. Surat pertukaran itu sepatutnya lebih awal aku terima tetapi disebabkan terlalu banyak cuti, maka minggu ini baru lah aku dapat memulakan tugas di tempat baru ini.

Suasana lebih nyaman tenang dan ceria. Aku gembira bertugas dit empat ini.
Jom tengok gambar.
 Perhimpunan awal pagi pd.isnin 23 februari 2015.
 GB berucap

 Inilah wajah anak murid aku yang baru.Mereka berada di tahun 3.  Aku minta  dgn.GB mengajar di tahun 1, tapi dia bagi tahun 3.Ok lah tu..
 Murid tahun tiga, peringkat umur begini mereka sangat ingin tahu dan banyak menyoal juga membantah..hahaha..seronok mengajar mereka.Aku kena banyakkan aktiviti tanya dan jawab, kenapa mengapa...huhu..layan kerena anak anak berusia 9 tahun..tak apa seronok.
 Ini murid tahun 6, gadis2 pra remaja..aku benar benar sukakan mereka..mereka sedar diri dan tahu diuntung,ada doa yg.manis mengalir dihati nurani ku untuk gadis2 manis ku ini.


Hari ke 3 aku berada di sekolah ini iaitu pada 25hb.hari rabu, rombongan nazir sekolah dari ibu pejabat datang membuat lawatan bersama rombongan PPD dan pegawai2 SIP +
Penuh halaman sekolah dengan kereta yg.besar2.
Sempatlah ambik gambar dengan rombongan ni.Barisan yg.duduk rombongan pegawai seramai 13 orang semuanya.

 Mereka datang nak periksa isi fail kurikulum, fail panatia..segala macam fail.
Hahaha..teringat satu cerita disebuah sekolah luar bandar yg.untuk ke sekolah tersebut terpaksa turun naik bukit bukau..bila pegawai2 ibu kota datang melawat asyik2 nak tengok fail2 sekolah, apa lagi GB sekolah tu naik angin sambil berkata " kenapa kamu datang melawat asyik2 tanya fail, cari fail, bukan fail tu yg kerja mengajar, guru2 yg.berkerja mengajar, kamu tak tanya pun keadaan guru2 tu dan kesusahan serta segala usaha mereka.."..hahaha bila difikir2 logik juga kan.
 suasana saat itu..sempatlah aku turut serta sediakan jadual2 yg.memang dibawa tanggungjawab aku.
huhu bersengkang mata juga dibuatnya.
 ketua rombongan bersama PPD yg.baju merah tu.
agak kelakarlah mentang2 melawat tempat yg.penghuninya ramai suku iranun, PPD siap pakai baju mereah. sesuai dengan ungkapan orang 'dulu dulu'...dalam bahasa iranun 
"mapia mariga anan pagari" hahaha...ok lah tu.
kot hitam nilah GB sekolah aku, serius benar orangnya, tapi disebalik wajah tegasnya, dia amat peramah, suka berbincang dan setia dengan guru dan bangunan sekolah, maksudnya dia sentiasa ada disekolah..hahaha..dia keluar kalau ada mesyuarat je..I like it. hihihi..saja buat catatan utk.gelak2 bila baca semula nanti. Juga untuk tatapan Miming yg.juga bakal berdepan dengan senerio sekolah.

ok lah sampai setakat ini.Sekadar catatan untuk kenangan.Salam ceria selalu.

Monday 16 February 2015

Bila ku intai

Petang kemarin 16 februari aku luang kan masa mengintai pokok pokok teratai yg.ku tanam di sudut halaman.Alhamdulillah ia sangat mengembirakan.
Jom kongsi mengintai perkembangan teratai unggu di tangki biru.

Ini teratai yg.anakanda Masdi hadiahkan untuk ku pada 16 mei pd.tahun2012
Jenis merah dan putih.Masa berlalu, tak ada ruang nak tanam, hari demi hari ia semakin membusuk dan hancur.
Aku alihkan dalam pasu saiz kecil, dan hanya tinggal sisa akar dan sedikit pokok2 halus sebesar lidi.




penghujung tahun 2014 baru ada ruang dan peluang alihkan teratai yg.tinggal sisa akar ke dalam bekas tangki ini.
 sepanjang januari 2015 ia cepat membiak kelihatan dalam gambar dibawah ini.

Bila ku intai kemarin petang, wah ia dah ada kudup bunga..hahaha seronok nya.Nanti bila ia dah mekar akan ku abadikan lagi disinidalam lingkaran ini.

Ini teratai jenis unggu yg.aku ambil pada bulan Mei 2014bersama cikgu PRA Sekolah aku cikgu INA NAFSIR, kami minta dari pengawal keselamatan sekolah SK  Kesapang.
Bila ku intai kemarin petang wah ia dah ada kudup unggu menanti saat untuk berkembang.
Alhamdulillah indahnya penantian ini.

Ini teratai yg.aku ambik bersama anakanda dr.Rashid masa hantar Mira gi airport KK, sebelum penerbangan kami singgah di pantai Tanjung Aru di satu kawasan terbiar bekas tanah paya yg.suatu ketika menjadi tasik teratai jenis loutus.yg.indah.Bila ku amati masih ada sisa akar yg.tumbuh mengeluarkan putik tumbuhan kecil dan halus, aku korek dan semai dalam besen sebesar ini.

Ahh tak sangka, ia mau hidup dan membesar. .mungkin ia juga akan keluarkan kudup bunga tak lama lagi...tungguuuu akan dikongsikan cerita teratai yg.satu ini.
Ia akan dapat nama bila ia berbunga nanti.  Teratai DR.RASHID. tentu indah kan.
 Ok lah untuk catatan di februari ini.Assalammualaikum dan salam ceria selalu.






Wednesday 4 February 2015

Mengimbau semula

Hari ini 5 februari 2015 hari khamis yg.tenang.
Ada peluang dan kesempatan aku berpuasa sunat hari ini..InsyAllah.  Saat ini aku mengimbau semula catatan kenangan aku dalam entry di tahun tahun lepas.
Antara catatan yang sangat merangsang semangat aku saat ini ialah entry yg.aku pos pada 9 jun 2013 yg.bertajuk " Hari Esok Yang Penuh Pengharapan "

Dalam pos ini ada tersimpan gambar2 yg.sangat menyentuh perasaan antaranya pokok2 limau nipis, lemon yg.masih dalam plastik semaian yg.pokoknya kecil lagi dah berbuah, pokok2 rambutan dan mangga, pokok2 kelapa dan pembukaan tanah pantai yg.serba kekurangan.

Bila aku baca semula segala catatan dan komen rakan2, semuanya membuatkan aku rasa sangat bersemangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih..komen DR.H, yg.seperti dapat merasakan aura kejayaan usaha aku, benar2 buat aku sangat menghargai segala yg.ada dipersekitaranku.

Kini pokok lemon dan limau nipis, limau kasturi tapi mengikut encik Iskandar itu limau kumqat dah  tumbuh merimbun menjadi pokok2 yg.berbuah lebat.  Bila banding balik rupa gambarnya setahun yg.lalu ..dapat benar rasakan perbezaan hidup yg.membuat sesuatu dan tak buat apa apa dalam hidup.

Kini kebun di "Lembah Seribu Bintang " sedang dalam proses menanam semula, ladang pertama telah selesai menanam pada hari rabu 21.januari 2015 kalau ada rezeki dan Allah mengizinkannya hasil akan di tuai pada 25 Mac nanti.  Ladang ke 2 hasil akan dituai pada 28 Mac dan ladang ke 3 hasil akan dituai pada 4 april.

Sibuk tapi berbaloi.


Bandingkanlah pokok2 ni gambar atas di ambil pada 9.6.2013
gambar bawah diambil pada 31.1.2015.Pokok limau nipis @limau kapas berbuah lebat.




Pokok lemon wajah pada 9.6.2013 dan gambar bawah wajah terbaru pada 31.1.2015.

Apa pun semuanya pemberian dari Allah.Alhamdulillah.
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan sebagai imbauan di hari mendatang.  Assalammualaikum dan salam ceria selalu.