Thursday 31 January 2013

Benih ku semai di lingkaran JaNuaRi

Hari ini khamis 31 januari.
31 Hari berada dalam lingkaran bulan pertama ditahun 2013 ini telah ku isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.  Antaranya melaksanakan tugas pentadbiran dan tugas seorang guru.  Tugas ibu dan tugas isteri.  Banyak yg.mencabar dan banyak juga yg.menarik.
Untuk diri ku sendiri?
Aku ada menyemai benih sayur sayuran jenis buah dan daun.  Tidak ketinggalan memberi perhatian pada pokok2 bunga ros .masih bertahan hidupnya.  Bunga matahari ada beberapa pokok, lavender dan terbaru ini aku seakan terdorong untuk bertanam orkid.  Mungkin kehadiran tahun 2013 ini akan menambah koleksi bunga yang aku akan jatuh hati.

Malam ini malam terakhir aku berada di halaman Januari, justru itu biarlah aku abadikan wajah tumbuh tumbuhan yg.sempat aku usahakan untuk dibawa dan diawasi pembesarannya di sepanjang febuari hingga di penghujung disember nanti.
Inilah bunga kesayanganku, sangat sederhana namun aku sangat menyayangi nya.  Bunga2 ini sedang dalam rawatan pemulihan yg.hampir nyawa2 ikan setelah aku tinggalkan mereka selama 7 minggu saat pergi bercuti 'cuti cuti malaysia' yang lalu.
Bunga Ros sedang berbunga dengan kuntuman yg.agak banyak dan besar2.






kedua dua orkid dibawah ini pemberian makcik yg.bertugas di kantin sekolah.


                                                Pokok mulberi baru berusia 3 hari dengan hari ini.
                                                 Labu venus yg.juga baru berusia 3 hari.
                                                   Peria jantung baru berusia 3 hari.
                                                      Peria pak Bonong@katak hehehe..ku beri nama baru utk.nya
                                                      jagung manis juga berusia 3 hari.

                                                      Labu air berusia 3 hari
                                                      saki baki sawi yg.masih ada.
                                                   Barisan bunga zenia dan sawi yg sedang berbunga.
                                                    bunga marigoal yg.semakin tua.

Pokok bunga matahari menunggu saat utk.berbunga.
                                                   
                                                            Ini pokok betik sekaki jantan, aku tebang pokok nya sebab tak ada buah cuma keluarkan bunga, jiran2 ramai dah ambik bunga tu untuk dibuat sayur. Aku tak pernah cuba.  Aku tebang dan nampaknya ia tumbuh semula mengeluarkan cabang baru, ini untuk membuktikan apa kah cabang pokok jantan akan bertukar menjadi betina dan mengeluarkan buah, kita tunggu hasilnya.  Rasanya saya pernah ceritakan kisah pokok jantan berbuah selepas ditebang dengan pemilik blog 'dedaun alam'
                                                   pudina yang semakin subur.

Esok satu Februari, ada azam baru dihati ku. Ok lah aku mengantuk nak tidur, selamat malam kamu yg.sentiasa ada dalam ingatan mesraku. Assalammualaikum.

Wednesday 30 January 2013

kejapnya masa berlalu.
Tak terasa kita telah berada 29 hari dalam bulan januari 2013.
Banyak perkara ingin diselesaikan namun tak juga selesai.Masa tidak mencukupi untuk menyelesaikan nya terus.
Hari mendatang berbagai persoalan yg.timbul.Masihkah kita aman seperti hari ini.Semoga Allah melindungi Malaysia tercinta dari segala bala dan musibah..amin.

Semankin rancak ideologi perpecahan dihembuskan ke telinga muda mudi yg berjiwa 'muda'.Ahh risaunya, bagaimana nak membentuk akhlak anak murid, para pelajar supaya mereka belajar mendengar dan memahami perkara2 yg tersirat bukan sekadar belajar benda2 yg tersurat..

Tak apa lah.Ok lah sekadar sebuah keluhan, dalam menolog seorang aku.

Tuesday 29 January 2013

eee Pokok Mulberi ini dah tumbuh. Alhamdulillah.



Saat ini jam 9.00 malam waktu Malaysia Timur, cuaca sangat tenang, malam masih muda.Di langit  ada bulan Rabiul Awal  sedang mengembang penuh 17 hari usianya.Terang benderang halaman rumahku.

Petang tadi 29 januari hari selasa, aku sempat mengambil gambar benih2 semaian yg.telah ku terima pd.25 januari hari jumaat,  lima hari yg.lalu.  Hari ahad 27 januari, aku semaikan ditapak semaian yg.telah aku sediakan lebih awal.  Alhamdulillah nampaknya berjalan dengan baik.

Jom tengok gambar.
Ini keratan mulberi. Dah tumbuh mata tunasnya.Baru berusia 2 hari.





      Ini benih jagung manis.
Terpaksa semai dalam beg semaian, sebab belum pasti tapak yg.sesuai untuk nya.  Ia juga baru berusia 2 hari. Ada 6 butir semuanya dan kesemuanya tumbuh.  Peria jantung dan labu venus juga sedang bercamba dgn.jayanya.

                                                                               Ini bunga mata hari yg.hidup tanpa masalah buat seketika ini, harap2 ia akan berbunga dan ceria.
Ini semaian benih bunga mata hari baka op.  Semaian ini nampak tak sihat, ada anak siput mengintainya atau semut.  Persediaan bunga untuk hari raya agar lebih meriah seperti tahun lalu.
                                                                      


Ini kembang bunga mata hari yg.teruk dilanda hujan, nampaknya ia bertahan.  Alhamdulillah tidaklah aku kehilangannya terus.

Agak2nya pokok ini ada harapan tak untuk hidup?
Aku biarkan ia terus begini.Pokok ini ada kisah semasa berkunjung ke Tapak Warisan Pertanian Putera Jaya.  Nanti cerita kisahnya, bila pokok ini selamat.  Yang kerdil terpinggir tu, pokok alovera, ambik dari pasu adik ipar.Kalau ia hidup baru pindahkan dipasunya sendiri.Tunggulah.
Ini rosmary yg.sempat aku beli masa berkunjung ke CH, asalnya pokok ni rimbun dan besar, tapi entahlah.. nampak gaya ia sedang berjuang untuk menyesuaikan diri dg.cuaca di daerah ku.
Ini pokok lavender, jenis luar negara, masa beli di CH ia sangat subur dan sedang mengeluarkan putik bunga, tapi hari ini beginilah keadaannya.Dah jadi 'dembula'@ aruah.Tak apalah ku relakan kepergiannya meski ada sayang dihatiku.
                                              Ini pula pokok rosalia, aku dapat masa singgah di tandas hentian petronas menuju ke utara tak ingat tempatnya, cantik dan kemas sangat suasana bilik air tempat tu, ada kakak sedang bersihkan cermin lalu aku minta anak pokok ni, masa minta pokok ni, ia cuma sebesar pencuci  putik kapas, daunnya cuma ada 2 helai sebesar duit 5 sen.  Hari ini dia sudah sebesar ini..hehehe bunga kenangan.Kalau ia hidup akan ku jadikan hiasan meja dipejabatku.
Ini pokok kari, boleh hidup tak lagi pokok ni?..tak apalah akan ku jaga sehingga ke saat akhir hayatnya.Ada kenanganku bersama pokok kari ini.Semoga ia hidup.  Tolong doakan.
                                                       
        
Ini pokok2 orkid yg.ku beli semasa berkunjung ke Padang Besar.
Aku tak pernah berminat untuk menanam orkid, tapi sejak selalu nampak bunga orkid yg cantik di blog 'tangan panas panas sejuk' dan sedikit dorongan dan pandangan dari nya, ku cuba beli orkid ini,  harganya murah, 3 pokok rm 8.00.
Betul ke cara aku tanam ni ? benar2 tak ada idea.



Dibawah ini dua jenis  orkid pemberian abang Daud suami kakak siti yang tersayang.
Aku tak tahu bunganya macam mana, aku tanam pokok ni guna tanah bercampur pecahan batu bata.  Aku tak ada idea langsung, main tanam ikut logik.
Kedua dua pokok orkid ini nampak hidup,aku tak tahu akar2 tu nak kemana, banyak akar baru berserabut.  Pokoknya nampak memanjang, akar2nya juga memanjang.  Sesiapa yang ada info, tentang cara sesuai untuk orkid ini harap sudi memberi saranan.Terimakasih.


Ok lah sekadar catatan dan perkongsian gambar kenangan, bahawa aku per nah berusaha menanam tumbuh tumbuhan ini dari segala jenis yg.berbeza..
Assalammualaikum.








Monday 28 January 2013

Saat ini  terluang sedikit waktu untuk  melawat teman2 di alam maya.
Rasa terharu bila sahabat  maya DedeThea pemilik blog ' Tentang Makanan', mengitirafkan  blog 'disini dalam lingkaran ini' sebagai sahabat yg.layak diberi Appreciation”  lalu aku dapat award ini.
Cantik kan dan tentunya nilai pengertian tentang persahabatan itu lebih dihayati oleh mereka yg ingin menghayatinya.

Selalu aku menyalin resepi dari blog 'tentang  makanan' ini.Resepinya mudah dan ada citarasa ku  di dalamnya, terutama 'sambal hijau arjuna' hehehe..

Terimakasih DD.  

AWARD PERSAHABATAN

                                          
Sambil menghayati lukisan award hayati puisi persahabatan ini.Indah dan memberi inspirasi.

Jom layan.  Ini juga utk Azie, Nor di bumi Fiji, kak Mimi, kak Roy, kak Ani  dan Norly, DD, juga  Hartini @ 'hartaku'
Terimakasih kepada penulis puisi ini, ia indah dan serasi dgn.muzik yg mengiringinya.
Salam ceria untuk anda.



Friday 25 January 2013

Biji benih dah ada, jom semai.

Hari ini jumaat 25 januari.Jam 9.00 pagi tadi selamat terima kiriman benih sayur yg dipesan dari blog.tanam sendiri. 
ohh seronok sangat.
aku kongsikan gambar benih yg.aku selamat terima.Banyak jenis..hehehe tengah seronok ni.


Dalam sampul ni ada:

Ada banyak jenis sayur2 daun dari jenis bayam dan salad juga sawi.Terimakasih tuan.
Ini yang saya tak sabar nak tanam, ia perlu segera di tanam, keratan mulberi dan benih labu dari berbagai jenis.
Saya terima benih labu yg.sangat cantik.  Bagai mana agak rupa buahnya. ahh tak sabar mau tengok hasilnya.
Ini benihnya labu venus. Cantik sangat.

Ini lagi berbagai jeni labu yg.tentunya mempunyai perbezaan rupa bentuk dan rasa.
Yang jelas labu2 ni berbeza benihnya dgn benih Venus Fi 822 di atas.

Benih peria jantung dapat tiga butir, peria katak dan satu bungkusan khas untuk semua jenis basil.
Wah wangi sungguh sampul ini semerbak bau selasih yg.hendak ku tanam dihujung halaman hehehe..
Harap2 tak ada musuh tanaman diawal februari ini.

Kepada tuan Iskandar sekeluarga, terimakasih banyak2, cara mengawit dan membungkus benih2 tu, tentunya memakan banyak masa dan tenaga.Terimakasih tuan.

Saya pernah ke CH dan supermarket yg menjual benih2 sayur, satu pek entah berapa butir saja isinya, harganya sekitar rm 3 hingga ke rm6.  Itu pun belum pasti bernasnya.  Justru itu apa yg blog tanam sendiri usahakan, telah banyak membantu dan tidak mensia2kan usaha peminat yg.suka bertanam sayur sendiri.


Ok lah.  Assalammualaikum.Salam ceria.Kepada miming, nii benih sayur ku banyak, miming punya macam mana..

Tuesday 22 January 2013

Kuntuman bunga yang disayangi, Insan jauh yang dikasihi..

Saat ini jam menunjukan 2.50 minit petang waktu malaysia timur, hari rabu yg.cerah.
Benar benar aku rindukan mereka yg.jauh dimata.  Kami pernah bersama menikmati pemandangan langit waktu senja ditepi pantai.  Langit berwarna merah keemasan, mata hari terbenam seperti memasuki perut laut.Sangat cantik..entah bilalah ia akan berulang..
                                           sama tapi tak serupa, warna oren
                                                     warna kuning
                         sama warna tapi berlainan jenis, berlainan bau, berlainan bentuk, namun ia tetap bunga, bunga kesayangan penyeri halaman.
  Bermacam warna dari jenis yang sama..ia tetap bunga, bunga kesayangan  mengisi jawapan pada persoalan minda.
Ok lah, salam ceria, assalammualaikum.