Saturday 30 March 2013

31 mac, petikan gitar dan irama ini..aku suka


Hari ini akhir Mac, hari ahad yg.terang benderang, Esok dah 1 April, masa kembali ke sekolah.Ayuh!

Selesai menyiram pokok2 sayur dan bunga, diawal pagi tadi, terasa rindu mendengar lagu2 M.Nasir.
Aku bukalah PC dan dengar lagu2 koleksi yg didownload.Bestlah untuk hiburan hati, sendiri sendiri.

Mari dengar petikan gitar M.Nasir, suara dan aliran pemikiran perjuangan seninya.
Untuk kawan di Bumi Fiji tu hehehe..jom dengar gitar si penyair kesayangan ku ini.

Salam ceria di akhir mac ini.Assalammualaikum.

Friday 29 March 2013

Peria Jantung betuk seindah nama, seenak rasa.

Awal pagi hari ini, sabtu 30 mac. Periksa buah2 peria yang belum cukup matang hari itu.
Woww..bila buka bungkusannya, betul2 cantik bentuknya macam simbol jantung . Bentuk yang ini sedikit leper dan tirus bahagian hujung bawah. Allah maha pencipta dan maha kaya.


                                               Lain lagi bentuk ini, macam hempedu pula.
                                              Ini lain lagi bentuknya.
                                            Ini macam jantung pisang.


                                                             Ini dah terlebih biar, jadi benihlah.  Benih peria jantung ni..hanya 3 butir yg.dikongsikan oleh Tuan Iskandar, aku tanamlah dengan penuh semangat sebab kalau tak tumbuh, tuan Iskandar sendiri sukar untuk mendapatkan benih ini, ia terlalu mahal menjengkau ratusan ringgit per gram.

Banyak agaknya khasiat peria ni sebab itu ia sangat mahal.
          Aku pun dapatlah benih, tapi benihnya cuma 5 butir.Alhamdulillah bolehlah untuk dibiakkan semula.
                                     Ada enam bungkus lagi dipokok, mungkin itu untuk benih.Itu pun kalau ada benihnya, kalau kosong akan membazirlah.

Ini pula kacang panjang renik, benih sebahagian pemberian sahabat blog, Tangan panas panas sejuk.com, shafirul suffian.Terimakasih kawan.  Sebahagian lagi beli masa pameran MAHA 2012 dihari itu.


Ini benih kailan kongsi yg.dikirim oleh Tuan Iskandar blog'tanam sendiri' bila tabur atas batas semua hidup.  Tapi  cuaca terlalu panas membantutkan pembesarannya.  Saya tak tahu nak petik ke atau tunggu dulu, sayur banyak stok, entah bilalah nak makan peria, bayam, kacang panjang..kalau duduk dekat2, dengan rakan2 peminat sayur, aku dah bagi2 ngan koorang.
                        

Oklah..assalammualaikum.



Psikologi dan Agama

saat ini dah jam 2 pagi, sekejap lagi subuh 30 mac akan jelma.Aku tidur awal selesai majlis kenduri satu tahun ibu tercinta.Alhamdulillah.Awal tidur, awal pula bangunnya..paksa mata lelap tak dapat juga..macam2 datang menerawang dalam fikiran.

Entah salah satu yg.beria ia sanagt datang dalam fikiran ialah tentang Tuhan, agama dan permasalahan manusia.  Semuanya mengingatkan aku tentang subjek2 psikologi yg.aku belajar di universiti.

Antara subjek teras sekolah psikologi yg.sangat berkesan dalam hati aku ialah subjek psikologi Agama.
Aku kena buat kajian dan siapkan assignmen bertajuk "peranan agama dan psikologi dalam menangani keganasan terhadap wanita.Tuliskan hasil kajian dari tiga pandangan agama yang anda pilih.cara penyelesaian dari 3 agama tersebut  dan pandangan serta penyelesaian psikology "

Masa tu aku pilih agama Islam, agama Yahudi(Zionisme) dan agama Kristian.Kebetulan bulan puasa, kerana mesti siapkan kajian dan essie, maka malam2 ramadan, orang islam baca al quran, aku baca dan meneliti kitab injil yg aku pinjam dari kawan dan perpustakaan UMS.
Lepas itu baca kitab yahudi, baca cara online dan risalah2 dari sumber majalah dan taklimat sister kristian, member kawan aku.
Banyak lah yg.aku dapat tahu, pandangan dan perbezaan dengan agama aku, Agama Islam.
Secara psikologi..kenapa wanita sangat tersiksa dizaman jahiliyah dan kemudiannya masih berterusan dalam masyarakat seluruh dunia, ialah "Ibu kita siti Hawah isteri Nabi Adam dipersalahkan dan dikutuk kerana mempengaruhi Nabi Adam memetik buah ketika di taman syurga dan mengajak memakannya" juga termakan hasutan ular"...ada satu agama tu, dia menuduh Ibu kita Siti Hawa sebagai pendosa dan terkutuk, lalu tuhan membalas kaum wanita dengan penderitaan mengandung, kesakitan melahirkan anak dan setiap bulan didatangi dan disibah darah kotor, hasil dari perbuatan mereka yg.menyebabkan Nabi adam bapa sekalian manusia terjebak dalam DOSA dan memikul beban hidup didunia ini.

Kesan psikologi pandangan agama ini, membawa kepada pengasingan kaum wanita dan penindasan.
Huuu...haru birukan..Nasib baik lah Allah perbetulkan pandangan dan olahan akal manusia yg.terbatas ini dengan menurunkan Alquran dan Rasulullah serta Hadisnya untuk panduan hidup manusia. Alhamdulillah.

Aku pun siap jugalah kajian dan buat pembentangan dalam kelas yg dihadiri pensyarah dan 400 student psikology dari junior sampai senior, yg belum ambik subjek tu.
Banyaklah peristiwa lucu dan soalan2 luar dugaan, kontravisi dan tak puas hati, bantahan2.
Aku gelak aje hahaha siapa suruh..aku cakap benda yg aku kaji dan baca rujukan aku jelas.  Bukan aku yg.kata, kitab tu yg.kata.

Tapikan..terbaru ni..aku jumpa slot dalam youtube ini.
Kalau aku jumpa slot ni awal2 dulu di tahun 2003, aku tayang adegan ni, so boleh lah student2 yg.marah2 tu..tengok sendiri dan fikirkan apa aku cakap dan kajian serta pandangan aku tu dari sudut 3 agama yg.aku pilih tu..taklah terjadi perang mulut..hahaha..
Aku harap, member2 lama aku dapat tengo vedio ini, dan aku sudah jawap persoalan mereka mengenai wanita disisi 3 agama yg aku kaji.

Ok jom tengo vedio ini.Penambahan ilmu aje..

ok..selingan untuk aktiviti berkebun, tak kanlah asyik cerita makan dan tanam sayur kan, biar kita seimbangkan pengetahuan agar tidak sehala.
Salam ceria.

Thursday 28 March 2013

peria katak yg.terbiar

Saat ini jam10 malam 28 mac, hari khamis yg sepi.  Esok jumaat 29 mac 2013.
Esok majlis kenduri aruah ibu.Esok
jumaat genap setahun pemergian ibu tersayang.Semoga ibu dan ayah sentiasa dalam perlindungan Allah yang maha penyayang.

Walau pun cuti sekolah aku tetap sibuk, sehinggakan tanaman disudut halaman terbiar.
Jom tengok apa dah jadi dengan buah peria katak ni.

dari luar bungkusan dah nampak warnanya.Apa yg terjadi?


                                             Bila pembungkus disiat, lah dah hancur rupanya.Bolehlah buat benih.
                                           Ada lagi yg sedang2 untuk dituai .Dah cukup besar agaknya ni.
                                               ini pun dah sesuaikan untuk dituai.

                                          Ini pun ok kan.
                                           Kalau di timbang 4 biji peria katak ni beratnya sekitar 450g
                                       periaa yg.dah tua ni, 3 butir biji benihnya.Ingatkan banyak.Tapi memang cantiklah warna merah benih peria ni, oren nya pun lawa.
Nak tanam peria katak lagi lepas ni.Tapi pokok untuk buah2 yg ini, masih subur dan banyak lagi buah peria yg sedang membesar.  Terpaksa sabar dulu.Ok lah salam mesra dan ceria selalu.
Assalammualaikum.

Wednesday 27 March 2013

Perdana Putih dan Ir JR.

28 mac hari khamis yang sunyi.
awal pagi aku bangun memeriksa tanaman yg.ada didepan mata.

Melilau mata memerhati deretan kereta yg tersadai dihalaman, terasa sebak dihati melihat 'perdana putih' yang menjadi teman rapat kepada Ir Junior..perdana itu nampak sepi seperti hati ku. Ir Junior melangkahkan kakinya memasuki terminal berlepas dihari kelmarin 27 mac..aku relakan kepergiannya..meski terlalu berat hati ku  dan terlalu sedih.

Dia tak pernah berjauhan dari ku dan Ir..aku sangat bersahabat dengan anak2 ku. 
Tapi apakan daya tugas aku sampai ke titik itu sejak mereka dilahirkan, ibubapa jaga sampai habis sekolah menengah dan universiti, bila anak2 melangkahkan kaki untuk menyahut tugas yg diamanahkan, melangkahlah mereka keluar sebagai orang dewasa.

Selamat tinggal zaman kanak2, selamat tinggal .dunia ketiak ibubapa..anak2 ku itu melangkah sebagai insan dewasa, hanya ada doa kepada Allah ..anak2 itu dapat menggunakan sepenuhnya ilmu yg.dikumpul dan dipelajari semasa dalam asuhan ibubapa dan guru2 disekolah dan universiti.
Ada airmat rindu diremang subuh ini.

Ini kenangan sebelum irJunior pergi.

                       Malam 27 mac, kami pergi menikmati udara laut diawal malam di restoran
'suang suaka' tempat ini masih tidak dikomiselkan..sangat indah dan tenang tempat ini, orang ramai boleh memancing secara terbuka ditempat ini.




sekejap je orang ni dapat ikan..seronok tengok mereka memancing.

                                       Kami pesan makanan ni, nasi putih, ikan tenggiri sup, udang masak stim, dan udang goreng tepung kfc. hemm sedap. Dan jus mengikut selera masing2.
                                Awal paginya 27  mac- rabu hantar Ir Junior ke airport.  Kami pun senyum saling mendoakan semuga selamat pergi dan selamat kembali bila ada kesempatan untuk bersama lagi.
 Anakanda Habib datang antar Ir Junior anakanda Hartini juga hadir bersama.Untuk Ir Junior, anda sangat2 berharga dalam kehidupan ini..semua yg.kamu kenali sangat menyayangimu.Jaga diri dan berhati hati.


Ok.catatan rindu dipagi ini.Assalammualaikum.

Sunday 24 March 2013

Peria Jantung, bentuknya macam jantung?

Assalammualaikum.

hari ini cuaca agak lembab, malam tadi hujan lebat tapi turunnya sekejap.Alhamdulillah.
Hasil tanaman diawal februari sedang mendatangkan hasil dipenghujung mac ini.
Bayam dah dapat dituai, sawi, pucuk labu semua dah dapat dituai.

Hari ini saya petik buah peria jantung.  Mari tengok peria jantung sama tak bentuknya macam jantung?..buatlah kesimpulan sendiri.  Sesuai tak namanya peria jantung.

Jom tengok gambar.

Masa kecik bungkus buah peria ni dengan kertas A4, tapi selang beberapa hari terpaksa tukar dgn.surat khabar sebab kertas tu tak berjaya membalut kesemua buahnya.



Bila buka kertas ni, dah besar macam ni.Dah boleh petik ni kan.
                              Macam bentuk jantung ke?

                                 Ada 6 biji besar macam ni, berat nya sekitar 450 g
                                 Ini bentuknya lebih padat tapi tak cantik.
                                           Ini macam sakit jantung, dah kuning..dah tua kut?
                                      Ini tak sempat membesar.

                                    Ini belum cukup matang kan, kena tunggu beberapa hari lagi.

                                     Bila ukur panjangnya lebih kurang 23 cm.



                                   Beratnya 450 g >.
Begitulah ceritanya peria jantung yg.sentiasa dalam penantian, nak masak mungkin akan dibuat jus peria untuk kuruskan badan agar ada bentuk macam peria ni , eee cantik ke peria ni..tembab adalah.
Buahnya lebih kurang kalau jadi semua dalam 14 biji..belum petik semua tak muat peti ais..kalau terpaksa tua dipokok biarlah boleh buat benih.

Kepada tuan blog 'tanam sendiri.com. tuan Iskandar, terimakasih banyak2 atas kiriman benih2 yg.bernas itu.Kalau beli kat kedai belum tentu tumbuhnya.Terimakasih tuan
Ok sampai lain kali cerita peria katak pula, yg.comel2..berjalur putih.
Salam ceria.

Friday 22 March 2013

Selasi di sudut Halaman

 Hari ini hari sabtu 23 mac 2013.cuti sekolah selama seminggu bermula.  Meski pun dikatakan cuti, tapi ada banyak kerja sekolah yg.perlu disiapkan, periksa kertas ujian, key in markah, buat headcount, program sekolah..macam2lah..oleh itu yg cuti adalah anak murid, cikgu2 tetap berkumpul disekolah selagi tugas tak siap.

Apa pun hobi berkebun tetap diteruskan walau seminit dua..tak kira panas atau hujan..siang atau malam..hati meronta ronta kalau tak meluangkan masa bersama pokok pokok semaian dikalangan bunga mahu pun sayur.

aktiviti pagi ini nak mengalihkan keluarga herba ke tapak yg.dikenal pasti sesuai untuk herba2 ini.
Jom berkenalan dengan keluarga herba 'Basil'
Semua benih herba ini boleh dipesan dari tuan Iskandar blog Tanam sendiri.com
'Tuan Is' selasi ini sudah tumbuh dan berbunga.Terimakasih banyak2.

Ini herba selasi atau Thai basil..batang merah daun macam kemangi, tapi lebih halus dan baunya lembut.

       Ini herba Tulasi atau holy Basil, batang merah berbulu halus, urat2 daun juga berwarna merah

                                          Ini sweet Basil, bau nya sangat wangi dan lembut, ini boleh buat ulam makan mentah macam pudina, saya firsttime makan masa di CH, lepas tu teringin nak makan nya lagi, di daerah ku herba ini tidak ada ditanam atau dijual, tak ramai yg.mengenalinya.

                                            Yang ini herba kemangi atau Lemon basil.Batang hijau daun halus berbanding dengan herba lain diatas, baunya sangat kuat dan sedap dicampur dalam ikan masak singgang.  Kemangi dalam bahasa tempatan bajau kota belud, ialah 'bawing' ini banyak dijual.
                                           Ini herba Basil Horapha @ Liquorice..batang hijau, daun lebih lebar dari kemangi, silap pandang benar2 kelihatan seperti kemangi, tetapi mempunyai perbezaan bau yang ketara.Kemangi baunya lebih kuat.

                                        Perbandingan Basil Horapha dengan kemangi.Maaflah gambar tak terang.

 5 jenis basil ini, saya hanya kenal kemangi untuk dicampur dalam kuah ikan atau sayur rebus air atau masak lemak, dan sweet Basil untuk buat ulam.  Yang 3 jenis lagi saya tak pasti sepenuhnya, yg mana Tuan Is keringkan untuk dibuat teh.Dulu saya ingatkan sweet basil itulah selasih, sebab itu sangat memuja selasih..sebab sweet basil tu, lebih sedap dari ulam raja atau mana2 ulam daun yg pernah saya rasa.  Saya dah tanam herba keluarga basil, rakan rakan bila lagi?..jom nyanyi lagu selasih kusayang.

Ok salam ceria dan mesra selalu. Assalammualaikum.





Thursday 21 March 2013

Tetamu Yang tak diundang

Hari ini khamis, cuaca panas dan kering melebihi hari hari kemarin. Pokok sayur banyak yg.layu.  Aku didatangi oleh dua tetamu tanpa diundang..Apa agaknya hajat mereka?..tak pernah mereka berani memasuki sempadan kami.Kini mereka berani..demi desakan hidup barangkali, makhluk ini memerlukan air.  kawasan takungan air dipersekitaran telah habis kering kontang, lopak, parit  dan aliran sawah padi habis kering, agaknya kalau kami boleh berkomunikasi..tentu mereka berkata,
' aku nak minta air dan sedikit makanan'.

Aku biarkan bangau putih ini merayau memeriksa keliling rumah ku dan dia ke bilik air belakang lalu terjumpa sisa nasi yg tertinggal dipinggan milik si eyor, ku perhatikan gelagat burung ini, hemm dia lapar.Aku biarkan saja.

 Beberapa jam kemudian, yang satu ini pula muncul, agak ngeri melihat bentuk badannya macam komodo yg beracun sangat ditakuti oleh penduduk sumatera.
Mujurlah bukan komodo hanya biawak air yg kehausan.  Aku halau dan dia pun faham, aku tak mampu melayannya. 

Jom tengok gambar.





entah hilang ke mana..tetiba hilang.
Catatan peristiwa hari ini, macam2. ok assalammualaikum salam mesra.

Cantikkan

http://1.bp.blogspot.com/-zwg2csK4Soc/UUrA9dtqywI/AAAAAAAAHYw/XvrST0oO6a8/s1600/Jawara+Bloger+2013.jpg

Cantikkan, ini kiriman dan pemberian sahabat jauh DedeThea, tempat membuat rujukan jenis masakan yg.ku gemari. Ribuan terimakasih DD.

Baguskan bersahabat dalam blog, nak buat rujukan tentang tanam tanaman ada kawan sekali gus boleh pesan benih, nak tahu pasal penyakit, ada sahabat dikalangan doktor, nak tanya resepi yg sedap2 tanya sahabat pakar masak memasak yg.jauh dan dekat,.dalam negara atau luar negara.  Nak sekadar teman2, ada teman2..bestkan tidak sunyi, namun yg bikin sunyi bila line macam siput termakan garam. hehehe..
oklah sekali lagi DD terimakasih.

Wednesday 20 March 2013

tak biasa dengan terung ni.

Hari ini seperti kelmarin, cuaca tetap panas dan tiada setitik hujan yg.turun.  Hari hari berkerjakeras menyiram pokok2 buah dan sayur yg sedang giat diusahakan.  Ada rasa letih dan sedikit malas menguasai diri.  Namun rasa kasihan melihat pokok2 yg gigih mengeluarkan hasil meski tuannya hampir berputus asa.

Ada beberapa jenis terung yang berjaya ditanam.Namun yg,satu ini berlainan rupanya.  Ia tidak berwarna ungu..ia kehijauan dan putih jalur.  Adakah ia dah sesuai dipetik atau dah terlepas musim?.kalau dah tua nak buat benih, kalau masih boleh dimakan, nak juga rasa, aku terlepas pandang pokok yg satu ini, aku tak tahu ini terung jenis apa dan sesuai di masak apa..sebab tahun lepas memang ada oder benih terung dari blog 'tanam sendiri.com'
assalammualaikum.

Tuesday 19 March 2013

Menanti Hasil

19 mac, cuaca sebelah siang terlalu panas.  Walaupun begitu semua tanaman yg.diusahakan tetap berjuang dengan cara mereka untuk terus hidup dan memberikan hasil pada tuan kebun yg.mengharap.

Selang beberapa minggu, jagung manis ini sedang mengeluarkan bunga.
                                       Labu manis dah besar.
                                        sawi dah boleh dituai.
                                            Agak memuaskan juga pertumbuhannya.
                                             terung ini agak cepat  pertumbuhannya.
Ok lah catatan hari ini.Salam ceria selalu.  Assalammualaikum.