Friday 25 October 2013

Rasanya belum ramai yg.Menonton debat ini. Tun membela maruah Melayu,

Jom luangkan masa mendengar dan memahami debat ini .Lihat sendiri arah pemikiran ayahanda Tun yg.selalu diperlekehkan oleh mereka2 yg.sangat2 membencinya termasuk mereka yg.tak tahu menahu apa2 tentang siapa musuh 'Melayu' dan musuh  sebenar kita.

Carilah kebenaran, kerana kebenaran akan meluruskan jalan mu.


Assalammualaikum.  Bersihkan minda dari fitnah..sementara dia masih hidup..kita sayangilah ayahanda Malaysia ini dan keluarganya meski dalam hati sendiri sendiri...keluarga ini tak pernah memudaratkan orang 'melayu' dan negara ini.Am,bil rasa pada diri, mungkin sepanjang hayatnya ayahanda tak pernah berhenti berfikir mencari idea utk.memajukan bangsa melayu dan kebimbangannya melihat masa depan Negara Malaysia tercinta.

Thursday 24 October 2013

Tun Dr. Mahathir, dunia Internet dan diri ku.

Perdana Menteri Malaysia yg.ke 4 ini  ayahanda Tun Dr.Mahathir telah berusaha keras utk.menjadikan Malaysia negara maju mempunyai teknologi komunikasi yg.setaraf dengan negara2 maju yang sedia ada. Usaha ayahanda Tun telah membolehkan seluruh rakayat Malaysia dari berbagai lapisan telah berpeluang melayari internet yg.mengandungi pelbagai ragam jaringan, setiap halaman maya yg.diciptakan mengandungi berjuta juta maklumat @messages tersurat dan tersirat.

Terpulang kepada diri memilih maklumat yg.positif atau negetif..
Sesuatu maklumat berunsur negitif juga menjadi ilmu bila diolah oleh akal dan akhirnya boleh membentuk diri  menjadi normal dan berfikiran rasional..membantu celik akal.

Bagi diri ku, peluang melayari internet, membaca artikal dari blog catatan emosi aliran pemikiran dari semua jenis manusia di dalam dunia internet, melayari youtube terutama bacaan alquran dan tafsirnya, ceramah2 ustaz yg.ternama dan sebaliknya, ulasan2 dan hukum, dunia hiburan, ilmu2 keperluan hidup dan ilmu2 keperluan akhirat semua terlalu mudah utk.dicapai..membantu diri berkembang hari demi hari dan ia menjadi panduan utk lebih memahami kehendak diri dan arah tuju dalam mendidik anak2 dan kebahagiaan.

Mari kita bayangkan kalau lah bukan ayahanda Tun yg.menjadi perdana menteri ketika itu, ada tak calon lain seangkatannya yg.akan mempunyai idea dan begitu berani serta  nekad membawa masuk dunia IT ini dalam kehidupan kita??..

Bila hari ini kita telah memilik penambahan ilmu hal2 kehidupan, atau penambahan ilmu hal2 dunia akhirat, yg.begitu mudah dicapai, murah atau percuma..maka kita harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada insan ini.
Ayahanda Tun dan isterinya  Bonda Tun Siti Hasmah.

Jom rehat sambil meneliti nostalgia percintaan mereka..mereka contoh pasangan cinta sejati.
Bonda lafazkan senikata lagu 'gubahan ku' penuh perasaan
'duhai kasih pujaan ku, cintaku hanya pada mu'

ok lah sekadar 'refresh' kepada diri agar sentiasa bersyukur kepada Allah  dan berterimakasih kepada mereka2 yg.berbudi kepada diri kita dan bangsa kita.


Sunday 20 October 2013

"Gubahan ku" ..lagu memori masa kecil.

Saat ini bulan mengembang penuh dilangit biru, halaman rumah bermandi cahaya.cantik pemandangan malam ini.  Suasana begini membuat aku ingin menyanyikan lagu ini.
'Gubahanku'..oleh Broery Marantika. Masa aku darjah Lima, aku dah pun suka lagu ini..abang aku no 4, pandai main gitar, selalulah aku nyanyikan lagu ini dan dia main gitar..

Abang sulung aku Abdul Hamid dan kakak aku no 2 bernama Hamidah , dah lama meninggal dunia, kelmarin anak kak Hamidah yg. no.2, lelaki telah meninggal dunia.
Malam semalam aku online dan chat ngan anakanda Irma Restu serta Rashid di Banglore, tetiba aku ajak mereka nyanyi sambung lagu 'gubahanku'..entah apa kena angin aku rasa nak sedih je..saat ini malam ini aku nyanyi  lagi lagu ini, aku cari senikatanya diyoutube, tak sangka pula bonda negara Malaysia ini pun minat lagu ini..menitis airmata aku mendengar bonda menyanyi.

Jom dengar Bonda menyanyi.


Tak jadi cari senikata lagu ni..aku kalau nyanyi lagu ni tunggangterbalik senikatanya..hihihi terhibur pulak dengar bonda menyanyi.
Gadis2 ku diluar sana..lagu ini utk dihayati 'walau apa pun terjadi, tabahkan hatimu selalu'
Salam ceria.

Saturday 19 October 2013

warna-warna yang cantik dalam lingkaran ini.


       Hampir 12 hari tiada ruang untuk lepak dihalaman maya.Ada rindu tak terucap.Terasa sedih bila melihat halaman semakin sunyi.  Ada angin sepi menyentuh ubun hati.
Hemm beginilah hidup.

11 hari menyepi, tentulah disebabkan kekangan masa akibat berbagai peristiwa yg.tak terelak.
Dalam kesibukan membuat persiapan menyambut  hari raya aidil adha, abang kandung arwah ibu  meninggal dunia kerana sakit tua.Ayahanda Haji meninggal pd.hari isnin 14 oktober jam8.30 pagi.

Tugas disekolah semakin menghimpit lantaran sesi persekolahan 2013  akan ditutup pd.16 november hanya beberapa minggu sahaja lagi...

Ada kenduri sana sini, kenduri kematian, kenduri kahwin, kenduri doa selamat..ada jemputan sana sini.hhuu..

Namun dalam kesesakan dan rasa kehilangan..ada benda yg.mudah melegakan hati bila menatap rupa dan warna mereka..
Warna warna ini menenangkan hati yg.gundahgulana.  Nasib baik mereka sentiasa tersenyum mendengar keluh kesah dihati ini.
Inilah persekitaran yg.sangat aku sayang.

Saat hujan turun halaman rumah basah 'ngeremo'
                                            namun mereka ini tersenyum gembira kerana cuaca menjadi sejuk.
                                        Cantik kan warna ini..kedua2nya bunga keembong@balsam, mudah tumbuh.
                                         
                                         Keluarga warna merah jambu atau keluarga unggu?         
                                           Rose ini merah jambu?
                                        Orkid ini merah jambu atau unggu?
                                           Zinnia ini?..
                                                      Ini unggu .
                                                       Ini keluarga unggu.
                                  Biru atau unggu? telang ini ada masanya ia berwarna biru, benar2 biru.


keluarga kuning

                                              keluarga putih.


..dan putih ini seperti hati ku yg.melihat hidup ini seadanya.

Aku rindu pada satu warna..'warna sari' hihihi..ok lah gurau2 ..sekadar sebuah catatan kenangan..assalammualaikum.

Tuesday 8 October 2013

sunflower, murid dan aku

Hari ini aku ke tanah pantai dan telah ku tanam 6 pokok sunflower@bunga matahari hihihi..sunflower tu ayat anak murid.Nak di jadikan perkongsian cerita..

2003 kurikulum negara malaysia telah membuat perubahan iaitu matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris.Di tahun-tahun sebelumnya iaitu sebelum 2003, mata pelajaran sains belum diajar ditahun satu, dua dan tiga.Sains hanya diperkenalkan kepada murid hanya ketika berada di tahun 4,5 dan 6.
Tetiba menjelang tahun 2003, sains diperkenalkan ditahun satu dan disampaikan dalam bahasa english pula.
Murid bandar mungkin tak kisahlah, terutama yg. bergaul dengan kaum cina dan india, english perkara biasa terutama di semenanjung Malaya..hihihi..
Di pedalaman sabah suku kaum masih tebal dengan bahasa ibunda masing2, bahasa melayu pun menjadi bahasa ke dua di sekolah, apa tah lagi bahasa Inggeris nya.

Alang kah sengsaranya nak perkenalkan istilah sains dalam bahasa inggeris untuk anak murid yg pegang pensel pun masih dibantu, apa lagi utk.belajar mengeja dan membaca dalam bahasa inggeris.Membaca dan mengeja dalam bahasa melayu pun payah, memberi nama2 dalam bahasa melayu pun susah.
Kenapa?..sebab emak bapa mereka bercakap bahasa suku masing2 ketika berada dirumah
Bila masa pula anak murid ni, jumpa bahasa inggeris?..
Akhirnya PPSMI pun dibubarkan..

Kesannya anak murid saki baki kurikulum PPSMI ini, bertengkar tentang nama bunga yg.ada dibawah ini..
murid A, kata 'ini 'bunga' sunflower' murid B kata bukan, ini 'bunga matahari'..lalu mereka berpecah dalam dua kumpulan, masing2 nak menang..lalu beranikan diri, wakil datang ke meja guru dan meminta sokongan guru..murid B datang dulu, kemudian diikuti murid A dan puaknya..

sebagai cikgu, saya menangkan kedua duanya dengan menjelaskan sunflower dan bunga matahari ada lah sama tapi bahasa yg.berbeza.
Lalu keesokan harinya saya bawakan mereka bunga mata hari yg.sebenar.Hampir semua mereka tak pernah lihat bunga ini.
Wah teramatlah kagumnya anak2 kecil ku ini.

       Bunga ini mampu menceriakan halaman rumah.Benih asal dari kiriman Tuan Iskandar blog 'tanam sendiri.com'

                                        Semaian yg.telah banyak terjual..dah dapat balik modal benih dan harga belanja beli beg plastik semaian dan baja bunga.
                           Ia hidup merimbun disamping bunga 'lavendar Borneo' berasal dari sahabat Indonesiaku.

                                  Semaian ini telah ramai yg.membelinya.Ia mula beredar dihalaman peminatnya.
                                     antara percaya dengan tidak aku dah menjualnya ratusan ringgit.Aku jual sepokok 3 ringgit tapi kalau beli 2 pokok hanya 5 ringgit.Ramai berminat 4 pokok 10 ringgit. Oleh itu rasanya projek menjadi pengedar semaian sunflower dimasukkan dalam aktiviti 2014,InsyaAllah.Kerjanya mudah saja.
Oh bunga matahari ku yg.subur lagi indah..kau tetap dipuja selagi bernyawa..ahh dalam hati teringat pula bunga2 mawar yg.tiada tandingan hihihi..

ok.lah sekadar catatan untuk perkongsian, terutama golongan peminat kebun tanam sendiri, jom jadi pengedar pokok2 bunga matahari, sasaran kita sekolah2 didaerah masing2..beritahu GB, nak hias sekolah hiaslah dgn.sunflower, boleh buat aktiviti p&p..jangan jual mahal2 sangat dengan pihak sekolah, yg.penting ada aktiviti yg.mendatangkan hasil..ok.Assalammualaikum.

Monday 7 October 2013

walau tak cantik, ia milik sendiri..ada senyum didalam hati.

                                                       Hari ini Isnin 7 oktober, jam 4 petang tadi aku dan Ir ke tanah pantai. Tukang yg.membuat pondok kecil memberi tahu kerja2 pembinaan  telah selesai. 
Keadaan cuaca yg sentiasa hujan setiap pagi dan malam kerja2 mengecat tidak dapat dilaksanakan.
                                                      Beginilah keadaan pondok kecil di tanah pantai .
                                    Mula di bina pd.hari ahad 29 september dan siap pada hari ini isnin 7 oktober.
                                                        Alhamdulillah.
                                         Ada kesempatan ia akan di cat juga.
                                           Saudara Sikal selaku ketua tukang, tersenyum lega meninggalkan tempat ini setelah 9 hari bertungkus lumus menyiapkannya dengan penuh sabar.

Rumput2 yg.tinggi ini akan kelihatan cantik apa bila diratakan rumputnya..nantilah ada kesempatan.
                                        saat ini, hujan dan angin sedang bertiup seperti melepaskan lelah yg.panjang.
            Ok lah, projek pondok kecil telah selesai, mungkin minggu depan selepas raya haji, nak mula membersihkan batas2 tembikai yg.sedang dipenuhi rumput liar.  Nak cari pekerja utk.merumput batas.

Wednesday 2 October 2013

M A S A L A H ???..

Kelmarin petang 2 oktober, hari rabu, aku ke tanah pantai memeriksa perkembangan pondok kecil yg.masih dalam pembinaan.Ia berjalan dengan jayanya.  Aku ada masa meneliti kacang tanah yg.aku tanam seiring dengan ubi kayu  di awal jun lalu.

Gambar atas batas kacang tanah yg.besar lagi panjang seiring dengan batas ubi kayu.

(keadaan pokok kacang terbaru)

Pokok kacang ini cecara normalnya ia dah kelihatan seperti ini.
Ada satu batas besar dan panjang, tapi ia mengalami masalah.

Apa masalahnya??. Jom tengok gambar.



Masalahnya kenapa tak ada isi??..bayang kan satu batas bersekala besar, semua jadi begini.
Sayang benar mata memandang.

Kepada rakan2 yg.boleh memberi pendapat, pendapat anda sangat2 dihargai untuk dijadikan panduan utk.penanaman sekali lagi. Assalammualaikum.