Monday 25 November 2013

Dia ni , cantik kan.

25 November, hari isnin yg.ceria.  MUsim hujan membuatkan pokok2 bunga matahari ku hidup subur, mengeluarkan bunga yg.banyak dan sangat meriah.


Yang atas ni, kuntumnya sangat besar. Ada mentadak yg.sedang santai menikmati aroma wanginya kuntum bunga matahari diawal pagi sabtu ini. Mentadak ini ingin berehat seperti aku.
                                   Kuntum yg.ini juga besar namun kelopak bunganya jadi keriting mungkin terlebih air.
                            Kuning berbaur unggu...lavender borneo ku tetap anggun dan mempersona.
                                  Bunga matahari ku yg.mengeluarkan kuntum yg.besar2 lagi banyak.

                                      Ada beberapa pokok lagi yg.belum mekar dan mengeluarkan bunga.
                    Bahagian kawasan  ini walau dalam rimbunan rumput liar, ia tetap tumbuh dan ingin bersaing.
Apa pun hujan yg.turun setiap waktu petang telah membantu pertumbuhan bunga2 dihalaman, alhamdulillah.
o k lah sekadar sebuah catatan kenangan.Assalammualaikum.

Saturday 23 November 2013

Bahawa kita pernah bersama.

Saat ini 11.40 malam 23 November, hari sabtu yg.ceria. Baru sebentar tadi berlangsung pertandingan Bintang Kecil peringkat suku akhir disiarkan di saluran TV 101 -RTM jam 9.00 malam. 

Suka nya hati apa bila salah seorang anak muridku , berjaya terpilih ke peringkat separuh akhir.
Watak dan penampilannya memang terserlah sejak ia ditahap satu lagi.Dia sangat berbakat.Gadis kecil ini benar2 membuat aku menitiskan airmata saat dia melontarkan vokal suaranya.  Doa ku semoga gadis ku ini akan terus berjaya mencapai segala cita cita nya untuk menjadi seorang yang dia ingin menjadi.

                        Bahawa kami pernah bersama mencipta pelbagai kenangan, kenangan guru dan anak murid.
                                        Tahun lalu 2012 aku guru sains mereka
                                                Tahun ini, aku guru P.Moral dan guru PJK mereka.

Kenangan bersama hari raya 2013, saat mereka bertandang ke rumah.
                                          
                                         Perserta Bintang Kecil. Dia cantik kan .'princess padili'
                                              Jean, princess dan Guean gadis2 kecil ku yg.manja.
                                              Charels dan Chua, pemuda harapan bangsa.
Aku akrab sangat dengan murid2 p.Moral ini..tahun 2014 mereka akan memasuki kelas tahun 6. Chua pelari jarak jauh dan mempunyai bakat besar dalam acara lompat tinggi.  Charels sangat berbakat dalam acara lari pecut 100 m.

Aku selalu terasa seandainya anak2 murid ku ini mendapat peluang dilatih secara teratur dan sekolah ku mendapat kemudahan layaknya sebuah sekolah seperti yg.terdapat di bandar, khususnya sekolah2 dibandar2 semenanjung, tidak mustahil Malaysia akan mampu melahirkan ramai remaja yg.berkebolehan diperingkat antarabangsa.  Namun apakan daya, harapan tetap lah menjadi harapan lantaran keterbatasan kuasa dan suara.

Ok lah sekadar satu catatan kenangan bahawa kita pernah bersama dan saling terikat oleh satu rasa, rasa saling menyayangi dan menghormati. Salam ceria selalu.

Friday 22 November 2013

Buah mangga masak ranum, bukan milik ku.

Saat ini jam 3.40 petang siang jumaat yang tenteram.  Aku masih sibuk mengemas pokok yg.hidup tepi pagar. Dalam asyik mencantas dahan2 pokok yg.tak diperlukan, ternampaklah buah2 mangga jiran aku yg.dahannya tumbuh terjuntai dalam pagar aku. Kebanyakan buahnya dah masak ranum.

Tuan nya pernah pesan, buah2 yg.ranting nya dah masuk dalam kawasan aku, dia izinkan untuk aku memetiknya.  Tapi namanya juga orang punya, aku tak pernah beranikan diri menyentuh buah2 tersebut.  Masa membersihkan kawasan bawah dahan pokok mangga ini, ada beberapa biji dah jatuh.  Aku pun soundlah tuan pemilik nya.  Dia pun datang dan memetiknya.

Besar2 buah mangga ni, tapi tak tahu apa nama mangga ni.

Ini tergolek tepi simen pagar aku.Sudah dimakan burung.

                                                       yang ini masih nampak elok.

                                                    Yang masih tergantung didahan tu dah nampak ranum.
                                          Tuan pemilik pokok ini bagi aku banyak, tapi aku ambik 4 biji dah lah, diterima sebagai sedekah semoga .arwah ayahanda mereka yg.menanam pokok buah ni mendapat pahala dari Allah atas amal jariah yg.ditinggalkannya ini, anak cucu dapat merasa.Alhamdulillah.
                                          Mangga ini jenis tebal isi dan biji benih nya nipis.
                                         Manis sekali dia juga berbau wangi hihihi..
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan.  Assalammualaikum salam ceria selalu.

Thursday 21 November 2013

Bila anak2 berkumpul.

Alhamdulillah anaknda 'ir Junior' selamat sampai dari sarawak.
Kesempatan bercuti berkumpul bersama menjadi penantian aku setiap kali hadirnya cuti panjang persekolahan.
Meski 'ir Junior' dah pun berkerjaya, dia tetap meneruskan aktiviti bermain vedio game ini..siap dia beli  xbox360. 
Apa lagi riuhlah rumah dengan gelak ketawa riang anak aku yg.dah pun besar panjang semuanya.  Gembira hati melihat kemesraan mereka.
                                      Malam kedua 'ir Junior' di rumah dia keluarkan lagi permainan ini.
Seronoklah mereka bermain adik beradik, benar benar permainan mengimbau masa mereka berada di sekolah rendah. Yang paling bongsu jaga bank.  Cuma seorang yg.tak dapat hadir si sulung ' ayu'.
Alhamdulillah anak anak ini benar benar menjadi sahabat pengubat dan penawar, menjadi harta yg.tak ternilai. Beginilah hidup, cepat benar anak anak ini membesar, dan tak lama lagi catatan hidup tetap diteruskan dengan rangkaian cerita yg.semakin berbagai. Kepada Ayu gadis ku, ketiadaan mu benar benar terasa di hati yg.selalu mendoakan keselamatan dan kesejahteraanmu.

Untuk sebuah catatan kenangan bahawa kita pernah bersama.Assalammualaikum.

Wednesday 20 November 2013

Kelapa baka Rendah 17 september 2013 , dah 10 minggu usianya.

Jam 11.47 minit malam  Rabu 20 November yg.selesa.
Sepanjang siang tadi aku mulakan kerja2 membersihkan rumput liar yg.memenuhi pagar sekeliling rumah.  Terasa sangat letih, aku terpaksa mencantas dahan pokok bunga kertas yg.menganggu pertumbuhan pokok2 mangga yg.sedang membesar.


 Aku sayang nak buang pokok bunga kertas berwarna putih bercampur merah jambu, namun untuk memberi laluan kepada tumbuhan lain yg.lebih berfaedah, terpaksalah aku singkirkan mana mana pokok bunga yg.pernah aku sayang suatu ketika dulu. Sempatlah jari jemari dan lengan aku tertusuk duri pokok bunga kertas yg.keras lagi tajam.  Sakit.

                                 keadaan pokok mangga selepas dibersihkan dari rimbunan pokok bunga kertas putih.

    Sempat juga aku gemburkan tanah pokok kelapa bibit kiriman adinda sm Rose dari blog 'Semua Menjadi'
Pokok ini dah sebesar ini, pertumbuhannya subur dan sihat.Alhamdulillah. Gambar terbaru pokok kelapa ini aku ambil pagi tadi 20/11/2013- hari rabu. Di tanam pada 17 september 2013 sebaik saja ia selamat diterima.. Kini berusia 10 minggu
                                             Ku tanam kelapa ini dihalaman depan rumah dalam petak bunga 'rose kampung', andai ia menjadi dan menghasilkan buah, pokok2 rose itu nanti terpaksa dialihkan ke dalam pasu.

Aku terima kiriman bibit kelapa ini pada 17 september 2013.Ia cuma sebesar ini seperti dalam gambar  dibawah ini.  Bandingkan pembesarannya dengan gambar terbaru nya di atas.
dik Rose, khabarkan pada emak dan abah, kelapa itu sedang hidup membesar dengan sihatnya. Ucapkan terimakasih dan salam ingatan mesra untuk mereka ya. Terimakasih dik Rose.
Ok lah sekadar  catatan  kenangan untuk menceriakan hari esok. Salam ceria dan assalammualaikum.

Monday 18 November 2013

Cuti sekolah dan kebun tepi rumah.

Hari ini selasa 19 November 2013. Meski cuti sekolah sudah bermula, namun bagi diri ku urusan tugas2 rasmi ku belum juga berakhir.Masih banyak yg.perlu diselesai kan untuk menghadapi januari 2014 yang hanya ada beberapa minggu di hadapan.

Walau sibuk aku mula merancang untuk memulakan aktivit berkebun.Aku dah sediakan tapak untuk bayam hijau daun bulat, bayam merah, sawi dan beberapa jenis sayur daun yg.benihnya masih banyak tersimpan dan tidak terlayan akibat kesibukan yg.melingkari hidup harian ku disepanjang 2013 yang hampir berlalu ini.

ruang ini terpaksa disembur racun rumput, kerana sudah tidak berdaya untuk membuang rumput2 liar tanpa melibatkan racun rumput. Tapak ini akan digembur dan digaulkan tanah kompos.  Akan banyak tenaga dilaburkan.Semoga hasilnya akan berbaloi.
                                        
                                         
                                      Ini labu kundur baka besar.Ia sangat besar dan panjang.  Ia tumbuh ditepi pagar aku tak alihkannya kerana dalam perkiraan ku ia akan menjalar sekitar pagar keliling rumah, namun bila ia mula berbuah ia memanjat pokok limau purut dan menggunakan pokok limau itu sebagai tapak untuk ia berpaut dan menghasilkan buah yg.besar. Terpaksa ia dibiarkan meski ada kemungkinan ia akan memusnahkan pokok limau purut warisan dari arwah ayah mertua ku yg.manis dalam ingatan.
                                       aku nak biarkan ia seketika, hujung bulan disember ini, barulah aku petik hasilnya untuk dijadikan benih semula.  Aku cuma suka melihat buah labu kundur ini namun tak terhabis untuk memakan hasilnya, selalunya aku kongsikan dengan jiran dan keluarga.
                                   Aku pernah kongsikan benih labu ini dengan beberapa orang rakan blog, namun rasanya belum ada yg.cuba menanamnya kerana pokok ini memerlukan ruang yg.luas.
                                               Ini pokok betik, sepatutnya menjadi betik 'elbino' yg.membuatkan aku jatuh cinta padanya.namun setiap hari ia membesar. aku tak nampak ciri ciri nya menjadi elbino.Entah kenapa, mungkin aku silap menyemai benih atau ia telah terkacuk dengan debunga betik sekaki yg.tak putus2 menghasilkan buah yg.semakin hari buahnya semakin cantik.

                                       Pokok2 betik sekaki yg.aku tanam ditahun 2011, masih galak berbuah meski pokoknya sudah begitu tinggi.Semakin hari buahnya besar dan cantik.  Belum ada tanda2 pokoknya ingin berlalu.
                                        Dulu pokok ini rendah dan hanya, membongkok untuk memetik buahnya,  kerana ia hanya tinggi sekitar  dua kaki dari tanah  tetapi sekarang terpaksa guna tangga,namun buahnya tetapi panjang hampir sekaki panjangnya dan cukup manis.  Betik jenis ini tahan penyakit..dan hidup lama.
 Benihnya ku pesan dari tuan Iskandar dari blog 'Tanam sendiri.com'
Terimakasih buat Iskandar Rashid, semangat dan idea yg.tuan suntik kan, membuatkan halaman dan keliling rumah saya penuh dengan tumbuh tumbuhan yg.benar2 membantu menjimatkan belanja dapur.

 Ok lah salam ceria dan assalammualaikum.Selamat bercuti utk.anak murid dan pelajar2 tersayang.

Saturday 9 November 2013

'pengalaban' buah esotik yg.semakin pupus dan dilupakan.

Petang sabtu 9 november, aku temankan abang Mat dan isterinya ke kebun arwah ayah untuk mengutip buah kelapa tua bagi persediaan majlis kenduri perkahwinan anak abang Mad yg.kedua anakanda Md.Nawal.
Majlis pernikahan akan berlangsung pd.29 nov.2013 nanti InsyaAllah.

Dalam perjalanan, aku nampak banyak buah ini dijual sepanjang lebuh raya.
Ini sejenis buah hutan yg.boleh dimakan.
Anda pernah melihatnya?..pernah rasa ?.. mungkin ada yg.pernah melihatnya dan merasanya.

Buah ini dalam bahasa tempatan di namakan buah'pengalaban'.  Pokoknya besar, sebesar pokok jati. Ini pokok pokok yg.terawal di negeri sabah.  Hanya tumbuh dihutan tebal.  Semakin lama pokok ini semakin pupus lantaran terlalu banyak kemusnahan hutan akibat pembalakan dan pembinaan lebuh raya.

Jom tengok gambar.

warna buahnya cantik, warna merah jambu cerah dan berkilat.Kalau nak makan buah ini, ia perlu di celur dengan air panas mendidih, dan biarkan seketika.

Cara nak mencelurnya, luruh atau leraikan buahnya yg.lembut dari kelopak buah..macam dalam gambar di bawah ini.
                                                kumpulkan buah dan curahkan air panas mendidih, tutup bekas selama 7 minit, bila buah dah lembek, tapiskannya dan taburkan  garam halus secukupnya..jangan terlalu masin.
                                                     kulit berwarna pink menjadi lembut, bahagian berwarna putih akan menjadi lembut lemak dan berkrim, hanya perlu ditekan@picit semua isi bahagian dalam akan terkeluar macam cairan aiskrim vanila..lemak berkrim..rasanya sungguh sedap.  Cuma ia mengeluarkan aroma buah hutan yg. sesiapa tak biasa akan pening lalat hahaha... bila dah biasa wow..pasti nak makan lagi sebab ia lemak dan berkrim resipi semula jadi dari alam ciptaan Allah.
                                               buah 'pengalaban' lemak dan berkrim resepi berkrim semulajadi alam.
Pelbagai warna, bentuk dan rasa, pemberian Allah kepada kita untuk dipelajari dan dihargai.
Sesiapa ada peluang jangan lupakan buah ini, rasaai ia dan nikmatilah keunikan rasanya..sebagai kenangan.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan bersama buah tempatan yg.semakin dilupakan.Assalammualaikum salam ceria selalu.


Friday 8 November 2013

singkatnya waktu

Saat ini 8 november, hari jumaat yg.melega kan.
Terasa lama tidak mencatat di sini dalam lingkaran ini.Ada rindu yang tak tersurat.Rindu benar hati ini.
Alhamdulillah saat ini ada kesempatan.

Menoleh ke belakang melihat betapa waktu2 kelmari telah ku isi dengan tugas2 penting tentunya tuntutan tugas rasmi dan hak kepada yg.berhak dan selebihnya keperluan hidup yg.perlu diteruskan.
Tak ingin aku menulis kesibukan tugas rasmi dan soal hak.Aku hanya ingin mencatatkan di akhir oktober dan diawal november ini, anakanda Rashid telah tamat pengajian dari Banglore.  Aku dan 'ir' sibuk benar meraaikan kepulangannya.Aku belikannya almari buku, kerana dia balik membawa sejumlah kotak2 besar mengandungi buku2 perubatan yg.ratusan kilo beratnya.Alhamdulillah semuanya baik.

Pada hari sabtu 2 November,  Irma Restu pulang bercuti dengan kawan2nya, seramai 7 orang, mereka melawat kaki kinabalu dan tidur semalaman di rumah. Layaknya mendapat tetamu sudah pasti bilik2 tidur disediakan begitu juga hidangan makanan utk.tetamu.  Aku hanya mampu sediakan bara api untuk aktiviti panggang ikan, udang, sotong jenis bertulang,dan  ketam suri.  Sempat juga lah aku masakkan udang gala masak lemak utk.mereka. Irma Restu balik ke KL pd.hari selasa.  Alhamdulillah semuanya baik.

Melayari kesibukan, saat ini baru aku tersedar  Irma Restu ada belikan aku sekotak buah strawbery dari Kundasang..wah nasib baik terperasan didalam peti sejuk, dah hampir lebam buah strawbery ini.


Bila di makan buah ini, ia seperti telah dicampur dengan biji2 bijan, bila diamati biji2 bijan ini sudah tersedia ada terlekat  atau dihias pada kulit strawbwry ini.

Cantik benar warna dan bentuk buah ini.Benar2 cantik.

Kerana singkatnya waktu, bayam  hijau daun bulat..tak sempat di tuai, sedar lagi dah berkitar semula menjadi benih. Banyak benar benih bayam ini.


Pokok pokok terung ini mengeluarkan buah yg.banyak, tapi tak sempat nak makan dah terlebih matang.




Tak ingat apa nama terung ini
Waktu kecil sepanjang 3 inci ia berwarna unggu, bila dah besar berwarna hijau jalur putih macam dalam gambar ini. Bila cukup matang sesuai utk.dituai ia kembali berwarna unggu pudar, bila dah sesuai utk jadi benih ia menjadi kuning emas macam gambar di bawah ini.

Rasanya hanya beberapa minggu bayam dan terung ini aku tanam, tetiba ia dah bertukar warna dan menjadi tua menunggu nasibnya disemai semula atau akan hilang bersama benih2 lain yg.tidak terlayan disebabkan
' singkatnya waktu ' dan masa pun tidak lagi mampu untuk di bahagi.

Assalammualaikum, sampai disini salam ceria selalu.