Thursday 27 February 2014

Yang Di Tunggu dah tiba

27 februari hari khamis yg.tenang, meski diulit kesibukan yg.merimaskan, keinginan untuk berkebun tetap menjadi keutamaan namun tertanggu kerana masih menanti sesuatu yg.sangat2 dihajatkan.
Hari ini penantian itu berakhir setelah yg.ditunggu dah tiba

Jom tengok gambar.
 Kesemua benih ini aku pesan dari blog tanam sendiri.com.Berjenis2 labu dan tembikai.
                                      Labu manis giant , mesti buahnya besarkan, semoga aku berjaya menanam labu ini.
                                            cili oscar pun ada.
                             Benih tembikai ini akan disemai dan ditanam di tanah pantai.
                                               Tembikai isi oren tak pernah rasa.

                                        Melon aroma mas madu ini, mesti cantik buahnya..akan disemai sebaik mungkin.
                                  Ada benih roselle, ini nak tanam dipenjuru halaman.Semoga benih2 ini akan berjaya menghasilkan buah yg.akan berkitar semula menjadi benih simpanan.
Gembiranya hati dapat menyemai benih dari pelbagai nama, rupa dan rasa.Jutaan terimakasih kepada tuan Is dari blog Tanamsendiri.com..sudi membimbing dan memberi suntikan semangat serta setia menyediakan benih2 bernas dari koleksi yg.mahal dan sukar didapati dipasaran.  Doakan hasil nya berjaya.
Ok salam ceria selalu, assalammualaikum.

Sunday 23 February 2014

Kasihan betik elbino.

24 Februari, hari isnin yg.panas berbahang.  Pergerakan hari ditahun 2014 ini terasa  beredar dengan pantas.  Kesibukan untuk menghadapi hujung mei dan awal jun menjadi keutamaan dalam mengisi aktiviti sepanjang tahun ini.
Gambar hari ini, jom kongsi tengok.
Tiang kongkrit telah siap didirikan

                                          Kasihankan betik elbino ini, kecil saja pokoknya dan semakin tak ada harapan nak tunggu ia berbuah banyak.Bila aktiviti menyimin lantai bawah dan atas, pokok2 ini terpaksa dibuang.

               Ini lah rupa bentuk buah betik ini, pokoknya sangat rendah dan buahnya besar dan panjang2

 Kedudukan bangunan yg.ditambah...dulu tempat ini menjadi taman bunga matahari yg.besar2 dan merimbun.
                              Buah betik elbino yg.terdesak untuk masak, 2 biji ini dah nak ranum. Besarkan buahnya.
Bila tengok betik ini jangan tanya, aku guna baja apa, sebab betik ini membesar dan berbuah besar dan panjang, baka betik ini memang begini, cuma warnanya tak menjadi elbino.  Masa mengalih kan ke tapak penanaman, aku gembur tanah yg.telah dicampur pasir, tanah tapak rumah dan tanah bakar, tanah kawasan tempat bakar sampah, siram dengan air kolam ikan hias di halaman rumah..

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan bahawa aku pernah memiliki betik esotik ini. Salam ceria selalu.

Sunday 16 February 2014

Majlis Pertama di Tanah Pantai

Saat ini hujan lebat .Warna hitam mewarnai gelap malam.Jarum jam ke angka 10. Suasana sangat sunyi, hanya aku dan Lia masih setia mengadap skrin PC. Ahad siang tadi 16 februari, aku dan ir menghantar tiang pagar ke tanah pantai.Kerja2 memagar tanah pantai masih belum selesai.

Kelmarin 15 februari hari sabtu, aku dan anakanda Rashid menghadiri majlis perkahwinan anak gadis  encik Jumin.Majlis dibuat di tepi pantai, kawasan tanah kepunyaan en Jumin. Kedudukan tanah ini sebaris dengan tanah pantai tempat aku, cuma tanah pantai kepunyaan ku terletak paling hujung.
Ini lah majlis pertama dibuat di kawasan tanah pantai sejak ia mula diteroka setahun yg.lalu.
Majlis agak meriah, ramai tetamu datang.
Jom tengok gambar kenangan.

Khemah tempat majlis diadakan.


Pasangan pengantin dari negara Jepun.Pengantin perempuan dari suku dusun kota belud, dusun krestian.Gambar atas rombongan jepun disambut oleh ayah pengantin lelaki juga dari jepun.Aku perhati adat mereka, mereka tak bersalam tapi saling tunduk hormat beberapa kali.

                                              Anakanda Rashid, selesa berbual dengan wanita jepun, yg.memakai baju kurung songket hijau, suaminya guru pembimbing BI, di sekolah aku, orang British..hihihi..isterinya org.jepun.
 
  ramai anak muda orang putih hadir,berpakaian kemeja putih, mungkin pekerja syarikat yg.menjadi rakan2 setugas pasangan pengantin.
                                        Cikgu Zinin salah seorang cikgu dari sekolah aku bersama mr.David.
                                             
Anakanda Rashid berkesempatan bergambar dgn.En.Jumin, ayah pengantin perempuan, tak dapat ambik gambar pengantin perempuan, terlalu ramai orang..aku nak pinjam traktor pakcik Jumin ni..dia ada traktor sebab tu, dia cepat membangunkan tanah yg.dimilikinya..dia tanam kelapa sawit dan bahagian yg.dekat pantai dia buatkan rekreasi pelancongan, sedang dalam usaha persendirian.  Aku tak dapat kejar usaha pakcik ni.
                                         Biarlah anakanda aku ni, rehat sepuas hati sementara menunggu penempatan bertugas..masih dalam proses penyusunan penempatan.
                                         Kanak2lah yg.riang bila jumpa air.
Irama gong bersahut sahutan dengan gendang dan gamilan, memecahkan suasan sunyi di pantai itu..ombak tetap menyanyikan irama dari lautan yg.terbentang luas.
                                      Gadis2 pengapit pengantin perempuan,bergaun merah jambu, tak terlepas ingin bermain air dan pasir.
                                  Ok.dah jam10.45 malam, nak tidur, sekadar catatan kenangan, salam ceria dan assalammualaikum.


Friday 14 February 2014

Andai ini warna emosi, tentunya cantik sekali.

Hujan renyai2 sejak subuh tadi, menyebabkan cuaca terasa sejuk dan membentuk pemandangan cantik pada bunga2 yg.tumbuh dihalaman.  Awal aku bangun untuk menikmati bunga2 yg.mekar dihalaman.
Jom tengok titisan hujan dikelopak bunga.
Kuntum seri pagi yg.menghiasi kolam ikan hiasan dihalaman rumah

                                        Warna ini membuat emosi jadi lembut dan ingin berpuisi seperti hari hari kelmarin yg.diulit masa luang yg.panjang. 
                                          Zinnia putih yg.mengingatkan aku pd.Ummuaidan di bumi Fiji, bayangkan bunga dari halaman ini telah tumbuh dibumi Fiji jauh disudut samudera..ada doa yg.mengalir untuk keluarga itu.

Memerhati titis titis hujan dikelopak mawar ini, mengingatkan aku pd.seorang adik rakan blog yg.sangat sukakan hujan, jauh disudut hati ada tanda tanya , ada kah dia telah menerima kiriman yg.aku titipkan pd.10 januari yg.berlalu.  Sekadar sebuah ingatan dan tanda persahabatan.

Mawar merah jambu ku yg.cukup tabah menentang cuaca tak kira hujan atau panas terik selagi aku menghulurkan kasih sayang untuk terus menemani dan menyayanginya. Alhamdulillah.
                Esok2 akan ada lagi kuntum2 besar yg.akan dipersembahkannya utk.ku..lihat tu, kuntum yg.belum mekar.  
Terlanjur tengok titisan air hujan di kelopak bunga, terbaca pantun dan puisi diblog Nizam.Arif, melihat kegigihan Tuan Is diblog tanam sendiri.com, emosi menjadi berwarna, membuat aku ingin menyanyi sambil menghayati senikata lagu Alleycat ini 'Joget terluka'..indah  sangat pantun2 yg.digubah serasi dengan iramanya.  Lagu ini utk. sigadis yg.sangat suka kan hujan,..diri aku, ummuaidan dibumi Fiji dan Nizam yg.tak jemu2 menulis ayat2 puitis bersulam benda2 tersirat membantu aku merenung semula emosi diri tentang kecintaan pd.indahnya sastera melayu.  Terimakasih utk.sahabat semua.

Jom dengar untuk hiburkan diri saat bersantai, sambil2 blog walking. Ok.assalammualaikum.







14 februari, pembinaan membesarkan ruang rumah bermula.

14 februari, hari jumaat yg.tenang.  Kesibukan membataskan aktiviti aku untuk membuat catatan dihalaman di sini dalam lingkaran ini.  Persediaan menyediakan majlis untuk Ir Junior, menjadikan hari2 yg.aku dan Ir lalui setiap hari begitu padat, tugas rasmi dan membuat aktiviti ini, aktiviti menambah ruang  rumah untuk majlis itu nanti.
Sepanjang minggu lepas, bahan binaan ini disediakan.
Hari ini tukang  sudah memulakan tugas 'merelong tapak' binaan.
  Lokasi yang di pilih lokasi tempat bunga matahari dan terung giant, semakin terhad ruang untuk berkebun sayur dan bertanam bunga..apa nak buatkan.
                                          Mujur betik elbino dan betik sekaki tak terlibat buat masa ni.
                                            Sekembali dari sekolah, lubang untuk tiang telah siap digali.
                                    Lokasi pandan wangi terjejas.Tak apa lah nanti boleh tanam lagi.
 Beberapa akar utama betik ini telah tercedera, tak tahu apa nasibnya, sempat ke tidak masak betik elbino ku ini.  Ada sayang dihati ku melihat tanam tanaman ini terpaksa dialhikan dan dibuang dengan percuma lantaran ruang halaman sangat terhad.  Tak apalah ini lah pengorbanan.
Oklah sekadar sebuah catatan kenangan untuk hari ini. Disamping sibuk renovet rumah, aku dan anakanda Rashid sibuk juga ke tanah pantai untuk memantau kerja2 memasang pagar dan membajak batas2 untuk projek mananam tembikai.  Baru 4 hari berulang alik ke tanah pantai nampaknya kulit aku semakin gelap dan kulit muka menjadi hitam kesan cahaya mentari dan udara pantai.
Salam ceria selalu.Ada rindu dihati ku untuk selalu bersama rakan2 dialam maya.

Tuesday 4 February 2014

Hijau menjadi perang, kuning menjadi hitam.

Hari ini 4 Februari, hari selasa yg.panas namun terasa hembusan bayu dingin seperti udara di kaki gunung kinabalu.
4 hari cuti sempena tahun baru cina, aku mulakan semangat berkebun dengan membersihkan tapak tanaman yg.ditumbuhi rumput liar yg.tidak terkawal.
Gambar dibawah ini menunjukkan rumput hijau yg.memenuhi ruang tapak tanaman sayur hijau yg.aku tak berdaya untuk merumput nya. Kelihatan warna hijau dan segar.

                                     Tidak berdaya untuk merumput, hari sabtu 1 februari, aku guna racun rumput.  selang 3 hari rumput yg.hijau segar dan nyaman bertukar warna menjadi perang, kering dan mati.  Ada rasa bersalah dalam hati, namun apakan daya, ini jalan yg.sedikit mudah untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam.
                                          3 kawasan petak ini nanti akan menghijau semula dengan tumbuhan sayur hijau yg.lebih berfaedah dan mendatangkan hasil.Bukan kah ini lebih baik.  Cara ini untuk memujuk hati yg.rasa bersalah kerana membunuh rumput2 liar yg.membekalkan banyak oksigen dipersekitaran halaman rumah ku.
                                                           
                                                         KUNING bertukar menjadi HITAM.
Peredaran masa membuatkan  si 'raja kuning' ini menjadi hitam, kusam dan hilang segala daya tarikannya. Ia umpama hidup manusia.Muda, cergas, cantik tetiba bertukar menjadi tua dan tak berdaya.  Gunalah masa yg.terluang utk.perkara kebaikan. 
Ok lah untuk catatan di awal februari ini.  Salam ceria selalu.Assalammualaikum.