Monday 24 March 2014

Patin asam Tempoyak

Hari isnin 24 mac, tentu saja suasana cuti sekolah sepanjang minggu ini dipenuhi azam ingin lakukan aktiviti yg.berfaedah disamping menyiapkan segala tugas2 rasmi yg.terbengkalai.
Untuk satu kesempatan di hari ini, aku siapkan menu untuk makan tengah hari 'Patin asam tempoyak'.

                                      Patin ini berwarna putih, tak tau nama perjenisannya.  Patin ini menurut penjualnya, dipancing dari sungai 'kinabatangan' didaerah sandakan.Jenis yg.hidup liar, 3 ekor ni, harganya RM 28. aku tak tahu mahal ke murah, di semenanjung ikan patin yg.selalu aku nampak berwarna hitam dan diternak dalam sangkar atau kolam, tapi jenis yg.aku beli ini adalah berbeza.
 Aku tak pernah masak ikan patin, selalu tengok adik ipar aku 'som' masak asam tempoyak daun kesom.
Aku call' tok cik' dibumi Pahang. Gembira dengar suara Tok Cik, dia sihat je, alhamdulillah.  Dia pun ajar aku cara nak masak ikan patin ni. Aku siang macam dalam gambar ni lah.eee banyak sangat lemak ikan ni. Yg nampak kuning tu lemak, bukannya telur. 
                                    Isi nya pejal dan tak ada bau hanyir. Kalau ikan patin yg.selalu tok cik siang, satu dapur bau hanyir, riuh cari asam limau untuk buang bau hanyirnya.  Jenis yg.putih ini tak ada bau.
                            Baki tempoyak banyak lagi, aku pun banculah macam yg.'Cik' suruh.
                                 Aku gaul semua bahan yg.telah dikisar, macam gambar dibawah ni. Nanti kalau dah mendidih baru masukkan tempoyak yg.telah dicairkan. Angkat kalau dah pekat dan campur daun kesom.  
Ir junior sangat suka makan gulai tempoyak ikan patin ni. Harap2 rasanya sedap macam yg.Ir junior harapkan.  Ok lah sekadar sebuah catatan yg.aku pernah juga masak ikan patin. Salam mesra dan assalammualaikum.

Friday 14 March 2014

Selalunya M.Nasir jadi pilihan

M. Nasir

Keroncong Untuk Ana 2

Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/m-nasir-keroncong-untuk-ana-2.html#.UyOhCpi2Eg
Seperti biasa, awal pagi usai menyiram bunga2 dihalaman, hati kembang berbunga ingin berpuisi, ada lagu berirama manis ku senandungkan cukup untuk jiran2 sebelah menjengah mengintai vokal suara aku yg.jarang2 mereka dengar..hihihi suara aku boleh lah untuk aku membuat 'Ir' jatuh cinta dipandang pertama suatu masa dahulu..hahaha..ini pun tajuk lagu m.Nasirkan

Jom blog walking sambil dengar lagu ini.Suka irama lagu ini, serasi dengan senikatanya..



M. Nasir

Keroncong Untuk Ana 2

Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia

Sebenarnya, masa menghayati warna2 bunga dan wangiannya, hati menerawang melihat dan mendengar kesedihan hati insan lain yg.kehilangan insan2 tersayang. Tak ada apa yg.dapat dibuat cuma doa pada Allah negara kita dilindungi dari ditimpa musibah..yg.kehilangan tabahkanlah hati.Kepada Allah jua kita akan kembali. ok.salam persaudaraan dan persahabatan, assalammualaikum.
M. Nasir

Keroncong Untuk Ana 2

Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/m-nasir-keroncong-untuk-ana-2.html#.UyOhCpi2Eg0
M. Nasir

Keroncong Untuk Ana 2

Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/m-nasir-keroncong-untuk-ana-2.html#.UyOhCpi2Eg0
M. Nasir

Keroncong Untuk Ana 2

Setelah lama berjauhan
Baru kini engkau terasa
Sedalam mana cinta
Yang terbenam di lubuk hatiku

Apakah sebenarnya
Rahsia yang engkau sembunyikan
Hingga sanggup berpaling
Dari hakikat sebenar-benarnya

Marilah ku huraikan
Kekusutan yang engkau alami
Sambil kita nyanyikan
Keroncong cinta kita dahulu
Ana

Bentangkanlah lembaran
Kasih sayang baru untuk kita
Dan semuga hendaknya
Akan bertapak mahligai bahgia - See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/m-nasir-keroncong-untuk-ana-2.html#.UyOhCpi2Eg0

Meski terpinggir masih terus berbakti.

 14 Mac, hari jumaat yg.tenang.jam menuju ke angka 10 malam. Teringat Rashid yg.masih berada di bumi Bali, Indonesia. Ir Junior di dataran sg.Kut, di daerah Mukah sibu sarawak. Mira di Jitra dan Restu di ibu kota Malaysia.  Tak ada kuasa seorang ibu, menghalang takdir hidup, meski tak ingin berjauhan, namun hati terpaksa rela, ini lah kehidupan.  Rindu benar aku terhadap nama2 ini, hanya doa semoga Allah melindungi dan permudahkan segala usaha anak anak ini.Amin.

Sekembali dari bertugas, teringin nak masak sayur terung masak lemak ikan masin.  Bila periksa saki baki terung kari, pokoknya yg.ku tanam di bulan jun 2013 tahun lalu masih terus berbuah, dan tak habis makan.
Pokok induknya telah kering, namun tunas2 baru tumbuh dan tak sangka boleh menghasilkan buah yg.banyak.
Sebenarnya pokok terung ini telah terpinggir sekian lama kerana kesibukan yg.tidak terelak, namun dalam diam ia masih terus berbakti membekalkan buah2 yg.segar untuk aku sekeluarga.Alhamdulillah.
                                                 Beginilah keadaan pokoknya yg.dah hampir rebah.



                                       Meski cuaca panas terik sempatlah aku meramu daun kemangi dan bayam merah dipenjuru halaman.
                                        Aku petik buah terung kari ini, kesemuanya ada 13 biji, tak habis makan, nak biar dipokok takut terlebih matang. Baki nya terpaksa simpan dalam peti sejuk dan entah bila lagi nak mengulainya semula..tak ada peminat terung dirumah ni.
Ok lah sekadar sebuah catatan untuk hari ini.  Salam ceria dan assalammualaikum.

Tuesday 11 March 2014

Aktiviti rasmi di Mac ini.



Memasuki bulan mac, kesibukan bertambah parah.  Tidak terasa siang tadi telah memasuki 11 mac, hari selasa.  Awal bulan mac, aku sibuk benar turun naik pejabat sumber manusia, cawangan di daerahku.  Pelbagai jenis dokumen aku perlukan dan lengkapkan untuk memohon pekerja asing.  Turun naik pejabat disamping tugas rasmi, membuatkan aku benar2 letih.

Alhamdulillah siang tadi 11, Mac surat kelulusan qota telah dikeluarkan untuk dibawa temuduga.
Esok hari rabu 12 mac, aku ke mini Putera Jaya cawangan  utk.menghadiri temuduga sebagai majikan mengenai pengambilan pekerja asing.  Doa kanlah aku berjaya.Aku perlukan 4 orang pekerja untuk melaksanakan kerja2 menanam buah buahan dan sayur sayuran..di tanah 'Lembah Seribu Bintang'
                                                   Diantara dokumen yg.diperlukan
                              Antara borang yg.perlu dilengkapkan.  Semua ini akan dibawa ke jabatan imegrisin unit Jabatan Tenaga Kerja.
Esok aku akan ditemani anakanda Lia dan anakanda Tini dan ibunya. Rashid melancong ke Bali, bersama rakan2nya....dah terbiasa Rashid ada dirumah, bila dia tak ada dibilik..terasa benar ketiadaannya. Semoga Allah melindungi Rashid dan rombongannya.  Rindu benar dengan Ayu, Ir Junior dan Ming Ming di Jitra.
Ok sekadar sebuah catatan kenangan. Salam ceria dan assalammualaikum.

Friday 7 March 2014

Betik elbino isinya kenyal berbeza dari betik yg.lain.

Hari ini sabtu 8 Mac.  baru ada kesempatan mencatat perjalanan betik elbino yg.sentiasa dalam perhatian.   6 mac hari khamis begini keadaannya.

                                                 Dah matang, namun masih belum lembut, terpaksa peram.


                                            Sebelum itu sempat ambik  ukuran, panjang si elbino ini.Panjangnya > < 18 inci, 1 kaki setengah lah sebab 12 inci =1 kaki .hihihi panjang kan.
                                        
                                   Hari ini nak buat jus si elbino ini, wah..ini warna isinya. Isinya kenyal dan tidak semanis betik sekaki.Rasa nya ia sesuai untuk kesihatan mereka yg.tak suka benda2 yg.terlalu manis.
Alhamdulillah, sejak aktif berkebun dihalaman rumah, bermacam jenis tanaman dapat dirasai dan dipelajari. Pelbagai warna dan pelbagai rasa..Tuhan kata, apa yg.kamu tanam itulah yg.kamu petik..ok..apa lagi yg.ditunggu, jom ramai2 mari berkebun dihalaman rumah.  Hijaukan bumi kita, jangan lepak tengok 'raja lawak', tengok derama, tengok 'sure hebo tv.3'..hahaha..bukan kempen jangan tengok rancangan astro, cuma jangan buang banyak masa depan TV..leka dek rancangan ASTRO yg.sajikan macam2 ada..

Salam ceria, assalammualaikum.

Saturday 1 March 2014

Tanah Pantai 'Lembah Seribu Bintang' , aku dan keluarga ini.

1 Mac hari sabtu mencipta catatan manis untuk kenangan di hari mendatang.Hari ini seawal jam 7 pagi, aku,
anakanda Rashid, ke tanah Pantai 'Lembah seribu Bintang'.  Kami ke tanah Pantai utk.memeriksa kawasan  tanah yg.sedang di radu dan dipagar.

Disamping itu aku membawa bersama keluarga bakal ayah mertua Ir Junior.  Aku meminta jasa ketua keluarga ini untuk menilai dan memberi cadangan cara yg.betul untuk aku mengusahakan tanah ini agar berbaloi dengan wang ringgit yg.telah aku laburkan.  Banyak perbincangan kami termasuk masa depan tanah ini.  Andai ia menjadi kenyataan dan berjaya, maka tarikh 1 Mac 2014 hari ini menjadi kenangan manis kami bersama dalam menentukan hala tuju peningkatan kehidupan ikatan keluarga kami.  Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Jom tengok gambar kenangan.

                                        Keadaan pagar yg.masih belum stabil.
                                        Kawanan lembu yg.bersedia untuk merempuh pagar ini andai ada tanaman nanti.
                                       Keadaan tanah yg.sedia untuk dibuat batas.
                                         Anakanda Rashid setia menemani aku setiap hari berhujan berpanas menyelia kerja2 pembersihan dan aktiviti memagar tanah yg.dilakukan oleh pekerja tempatan.
              Luas kawasan yg.diradu untuk dibuat batas, yg.tak pasti nak tanam apa, rasanya tembikai.Masih mencari pekerja , tapi masih berusaha untuk melengkapkan syarat untuk mengambil pekerja asing, susah juga terlalu banyak procedure nya.  Harap2 akan berjaya.

                                       Kawasan tanah yg.belum dibuka tapi sudah berpagar.
Selesai kami meninjau kawasan, 'Lembah Seribu Bintang' ayah anakanda Tini bawa kami melawat kebun kelapa milik seorang saudagar cina yg.menjadi kawan baiknya dan dia menjadi pengurus semasa ladang ini mula2 beroperasi.
                                          
                                         Ini jenis kelapa pandan, berbuah rendah.
                                           Air kelapa ini benar2 manis dan wangian pandan.

              Berbuah lebat lagi rendang.  Ini pengelaman pertama aku memasuki kebun kelapa yg.begitu subur.  Aku tak pernah tahu di daerah ku ada kebun kelapa yg.berbuah rendah.
                    Keluarga Indonesia yg.menjaga kebun ini, mereka sangat mahir hal2 perkebunan dan rajin.
Ok lah catatan kenangan untuk hari ini.Puas jugalah makan dan minum air kelapa.  Terimakasih untuk 'ayahanda' anakanda Tini dan ibunya kerana sudi memberi pandangan dan panduan untuk aktiviti jangka panjang dan sudi pula ajak bersiar2 melawat kebun kelapa  pandan. Salam ceria dan assalammualaikum.