Tuesday 7 April 2015

Setelah memiliki puas hati menatap dan mengusapnya.

Hari selasa 7 April yang panas berbahang. Dah hampir 2 bulan hujan tak turun di daerah tercinta ini.
Apa pun bunga bunga di halaman tetap berusaha untuk hidup dan menyesuaikan diri dengan suhu yang panas melampau...termasuklah bunga koleksi yang satu ini.

TERATAI bunga indah.

Suatu ketika dahulu masa aku remaja aku selalu melihat bunga teratai tumbuh ditengah paya, hanya mampu melihatnya dari jauh
Ingin benar aku menyentuh kuntum2 bunganya yang besar namun tak berdaya kerana apa pun jenis tumbuhan spesis teratai ini bukan mudah untuk dipetik kerana ia tumbuh ditengah paya dan akarnya jauh tertanam di lumpur yang dalam.
Masa berlalu kini aku telah berjaya memilikinya, Alhamdulillah. Puaslah aku menatap dan mengusap kelopaknya yang keras seakan akan bunga plastik.
Awal pagi sekitar jam 10, warna bunganya kebiru biruan dan bila petang ia berwarna
unggu merah jambu.

 Ini pula spesis teratai yang dikenali sebagai 'TELIPOK@TELIPUK'
Bunganya warna merah hati dan lebih besar dari bunga teratai .Bunga nya sebesar bunga matahari.
Ia kembang hanya sekal, kembang waktu pagi dan kuncup semula pada waktu petang.
Keesokan paginya ia tak akan kembang kembali. Keindahannya hanya sementara.Huhuhu..seperti usia remaja.Remaja hanya sekali hihihi..
 Cantikkan..aku nak petik kuntum yang cantik ini, kerana esok ia tak akan kembang kembali, namun aku tak sampai hati, niat hati nak simpan dalam vas, penghias meja tulis..namun..tak ingin mendera makhluk yang satu ini...tak apa lah..jom nyanyi.
......lalalala...teratai bunga indah, engkaulah lambang..huhu..lupa lirik lak..
Lia, ayu n ming ming..sambung lagu tu ahaa. 
Ok lah sekadar catatan kenangan untuk teratai yang indah ini.Salam ceria selalu dan assalammualaikum.

Saturday 4 April 2015

Bila terbiar pandailah bawa diri.

Hari ini ahad 5 april, ada masa membersihkan sisa rumput kering di tepi halaman rumah ku ini..
Tersentuh hati melihat usaha peria katak yang ingin kekal hidup dipenjuru halaman rumah.
Aku tak tanam pun peria ini, dikawasan kolam ikan ini, namun bila terlalu sibuk aku tak tahu bila ia tumbuh dan akhirnya memanjat sendiri jaring atap kolam hias.
Bila terbiar pandailah pula bawa diri, subur pula tu..hihihi..





Alhamdulillah besar besar buahnya.Yang dah kering tu dapatlah buat stok benih.
 Air kolam semakin kering, namun ikan ikan yang menjadi penghuninya masih bertahan.Tak nampak ikan mungkin sedang tidur, cuaca terlalu panas, mungkin selesa berendam didasar kolam.
 Besar besar buah peria katak ni.Sedap buat ulam
Benih asalnya aku pesan dari tuan Is, blog 'Tanam Sendiri'..bertahun yang lalu.
Ok lah catatan kenangan dihari ini..dengan doa semoga Allah melindungi kita dari segala bala bencana didunia dan akhirat.Assalammualaikum. Irma Restu, Miming & irliani, ada rindu utk.mu.

Tak dapat berkata, hanya mampu berdoa.

Mac telah berlalu, kesibukan yang teramat sangat membuatkan aku tak mampu mencatatkan walau sepatah kata dihalaman disini dalam lingkaran ini..sedar tak sedar aku telah pun memasuki halaman April dan meninggalkan hamparan bulan Mac tanpa berkata kata.Aduhai..

23 mac, buah buah tembikai di ladang 1, Lembah Seribu Bintang telah matang dan bersedia untuk di tuai, namun terjadi masalah kebanjiran buah di pasaran, buah dari ladang tak dapat dipasarkan sepenuhnya.Ada masalah disana sini, harga buah jatuh sehingga 40 sen se kg.Hampir 25 tan buah diladang 1, terjual hanya sekitar  6 tan.

28 Mac, ladang ke 2, mula dituai. Hasil ladang pertama belum habis terjual, hadir pula hasil ladang ke 2...
Tak ada lagi kata kata, hanya doa.
..........................................
.......................................



 Meski cuaca panas terik dan kedudukan ladang tepi pantai namun dengan izin Allah hasil buah tembikai sangat menjadi mencecah berat rata rata 8kg ke 13 kg untuk tembikai merah
 Ini tembikai nama nya Hitam Manis@ madu..bila tak musim buah jenis ini lebih mahal.
Jenis jalur yang rapat rapat tu, jenis kuning dragon, ini juga mahal dipasaran tapi kini,dia langsung tak dapat tempat dipasaran, punca nya hampir seluruh daerah di negeri sabah telah memasarkan buahnya serentak...melambak2 buah dipasar borong..biasanya buah2 ini akan dipasarkan ke serawak dan Berunai.

 Senja pun bertandang terlukis pelbagai warna mewakili emosi insan penghuni ladang di Lembah Seribu Bintang yang nyaman. Ada airmata yang ingin tumpah namun semuanya ketentuan Allah.
Bila malam menghampiri kelihatanlah bulan berwarna merah, terbentuk bulan sabit..ada gerhana bulan..tak dapat ambil gambar..hanya ini yg.termampu dirakam oleh kamera kecil panasonic-DMC-LS85 yg.dah berusia hampir 7 tahun .

ok lah sekadar catatan kenangan sempena siang tadi 4/4/2015, hari sabtu yg.gerhana dimata, bercahaya dihati.Alhamdulillah.Assalammualaikum.