Friday 30 October 2015

Ubi manis@ubi keledek@ubi jalar- mencatat kenangan di tanah pantai 'Lembah seribu bintang'

30 oktober, hari jumaat yang tenang, tentulah kesibukan menjadi agenda utama dalam hidup seharian. Malas nak kongsi cerita tentang kesibukan, yang ingin aku kongsikan hanyalah berita perkembangan aktiviti berkebun di 'Lembah Seribu Bintang'.

Tanah kebun tembikai yang  tak sempat diusahakan lantaran kekurangan pekerja, telah aku buka untuk dirado.  Tugas merado tanah telah aku serahkan kepada pegawai PELADANG, dengan bayaran 1 ekar RM400, gembur dan buat batas. Kali ini aku nak tanam ubi manis@ keledek jenis isi oren.
Dalam keluasan 3.8ekar.
Jom tengok gambar kenangan.

Tanah ini telah siap dirado pada 11 hb.September 2015.


Cuti pada 16 September sempena cuti hari Malaysia, haji Mistan dan isterinya puan haja telah bersetuju untuk membantu aku mengusahakan kawasan ini dengan menanam ubi keledek.
Maka hari itu mereka mulakan aktiviti menanam. 

Menanam ubi keledek ini sangat mudah, dan cepat. Hanya perlu buat lobang selebar mata cangkul, 2 baris di atas batas, kemudian batang ubi bahagian yang berpucuk, cucukkan ditepi lobang dan kambus.
 Pada 22hb.september, batas2 yang besar ini telah siap dipenuhi batang ubi manis, dan hanya bersabar menunggu pembesarannya.
 Selepas selesai menanam, dalam beberapa hari diakhir september, hujan turun mencurah membantu mempercepatkan pertumbuhan ubi keledek ini.Alhamdulillah.
 Kini oktober berakhir, pokok ubi ini telah berusia 6 minggu.
Begini lah keadaan pokok2nya.
 Beginilah nanti bentuk dan keadaan isi ubi keledek  apa bila ia berisi kelak.Ini hasil keledek kebun haji Mistan.Dan bibit atau batang ubi inilah yang Haji  tanam dikebun aku.
Tolong doakan semoga segala usaha ini diberkati Allah.
 Kalau Allah izinkan hasil ubi ini akan dituai pada pertengahan desimber nanti atau awal januari, terpulang pada permintaan, kalau banyak permintaan, maka akan digali secepatnya.
Kalau ada rezeki,insyallah hasil ubi lebih tinggi dari tembikai, bezanya tembikai tempoh penanaman hingga menuai hanya 9 minggu, dengan modal yang banyak.

sejuk mata melihat perkembangan pokok ubi keledek ini.  Selain menanam ubi, aku ada juga menanam jagung manis.Gambar pokok2 jagung nanti aku kongsikan.
Ok cukup catatan kali ini, sampai jumpa lagi.Assalammualaikum.

Tuesday 20 October 2015

Emosi berkebun datang lagi.

Keinginan berkebun dipenjuru halaman datang lagi, membuatkan aku memesan tanah bukit 2 trip, tapi alang kah hampanya bila tanah yg.dipesan penuh batu, terpaksa aku berkerja keras mengasingkan batu tersebut untuk mendapatkan tanah yang berkualiti.
 
Emosi berkebun ku datang lagi.

Keadaan tanah yang berbatu, namun terpaksa diayak menggunakan jaring besi.

Keadaan tanah lepas dibersihkan + pasir  sakibaki buat rumah hari itu.  Aku guna tanah ini untuk tapak tanaman baru.

Aku tanam kangkung dan bayam, juga cili besar.
Kangkung dah hidup begitu juga bayam.  Semaian selepas berusia 7 hari.

siang tadi hujan, keadaan bayam dang kangkung selepas 15 hari.
Tak lama lagi boleh makan sayur tanam sendiri segar dan 0 baja kimia hihihi..berbaloi kan.
Jom tanam sayur sendiri.
Bayam dan kangkung sayur yg.mudah hidup.

ok catatan disaat ini 20 oktober yang berjerubu.  Assalammualaikum.


Saturday 17 October 2015

Hasil Lembah Seribu Bintang kembali lagi.

18 0ktber 2015 hari ahad, aktiviti memetik dan menjual buah tembikai telah selesai dan selamat dihantar ke pusat pengedaran buah.duit hasil jualan pun telah selamat dikumpul dan diterima.Meski tak lumayan hasilnya, namun semua buah dari gred a sampai gred c selamat di jual tidaklah sampai melambak diladang seperti yang terjadi di awal april 2015 yang berlalu.  Alhamdulillah.

seronoknya 'ir' bersedia membantu menaikkan buah ke dalam lori
suasana buah saat masih terkumpul di atas batas, segar mata memandang.


 Pekerja ladang aku yg.gigih melaksanakan tugas mencari rezeki dalam pertanian.
 Terasa bahagiah didalam hati  apa bila melihat hasil ladang ini menjadi, menandakan segala usaha ku bersama Ir tidak sia sia, bayangkan buah buah tembikai ini akan dinikmati oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat, entah kemana mana lah tembikai ini akan merantau

 Sempatlah Irliani menyaksikan proses memetik dan mengumpul buah di ladang 
'lembah seribu bintang'




Ok lah sekadar catatan kenangan dan tatapan Irma Restu yg.sentiasa dalam doa ku. Assalammualaikum.