Hari ini aku ke tanah pantai dan telah ku tanam 6 pokok sunflower@bunga matahari hihihi..sunflower tu ayat anak murid.Nak di jadikan perkongsian cerita..
2003 kurikulum negara malaysia telah membuat perubahan iaitu matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris.Di tahun-tahun sebelumnya iaitu sebelum 2003, mata pelajaran sains belum diajar ditahun satu, dua dan tiga.Sains hanya diperkenalkan kepada murid hanya ketika berada di tahun 4,5 dan 6.
Tetiba menjelang tahun 2003, sains diperkenalkan ditahun satu dan disampaikan dalam bahasa english pula.
Murid bandar mungkin tak kisahlah, terutama yg. bergaul dengan kaum cina dan india, english perkara biasa terutama di semenanjung Malaya..hihihi..
Di pedalaman sabah suku kaum masih tebal dengan bahasa ibunda masing2, bahasa melayu pun menjadi bahasa ke dua di sekolah, apa tah lagi bahasa Inggeris nya.
Alang kah sengsaranya nak perkenalkan istilah sains dalam bahasa inggeris untuk anak murid yg pegang pensel pun masih dibantu, apa lagi utk.belajar mengeja dan membaca dalam bahasa inggeris.Membaca dan mengeja dalam bahasa melayu pun payah, memberi nama2 dalam bahasa melayu pun susah.
Kenapa?..sebab emak bapa mereka bercakap bahasa suku masing2 ketika berada dirumah
Bila masa pula anak murid ni, jumpa bahasa inggeris?..
Akhirnya PPSMI pun dibubarkan..
Kesannya anak murid saki baki kurikulum PPSMI ini, bertengkar tentang nama bunga yg.ada dibawah ini..
murid A, kata 'ini 'bunga' sunflower' murid B kata bukan, ini 'bunga matahari'..lalu mereka berpecah dalam dua kumpulan, masing2 nak menang..lalu beranikan diri, wakil datang ke meja guru dan meminta sokongan guru..murid B datang dulu, kemudian diikuti murid A dan puaknya..
sebagai cikgu, saya menangkan kedua duanya dengan menjelaskan sunflower dan bunga matahari ada lah sama tapi bahasa yg.berbeza.
Lalu keesokan harinya saya bawakan mereka bunga mata hari yg.sebenar.Hampir semua mereka tak pernah lihat bunga ini.
Wah teramatlah kagumnya anak2 kecil ku ini.

Bunga ini mampu menceriakan halaman rumah.Benih asal dari kiriman Tuan Iskandar blog 'tanam sendiri.com'
Semaian yg.telah banyak terjual..dah dapat balik modal benih dan harga belanja beli beg plastik semaian dan baja bunga.
Ia hidup merimbun disamping bunga 'lavendar Borneo' berasal dari sahabat Indonesiaku.
Semaian ini telah ramai yg.membelinya.Ia mula beredar dihalaman peminatnya.
antara percaya dengan tidak aku dah menjualnya ratusan ringgit.Aku jual sepokok 3 ringgit tapi kalau beli 2 pokok hanya 5 ringgit.Ramai berminat 4 pokok 10 ringgit. Oleh itu rasanya projek menjadi pengedar semaian sunflower dimasukkan dalam aktiviti 2014,InsyaAllah.Kerjanya mudah saja.
Oh bunga matahari ku yg.subur lagi indah..kau tetap dipuja selagi bernyawa..ahh dalam hati teringat pula bunga2 mawar yg.tiada tandingan hihihi..
ok.lah sekadar catatan untuk perkongsian, terutama golongan peminat kebun tanam sendiri, jom jadi pengedar pokok2 bunga matahari, sasaran kita sekolah2 didaerah masing2..beritahu GB, nak hias sekolah hiaslah dgn.sunflower, boleh buat aktiviti p&p..jangan jual mahal2 sangat dengan pihak sekolah, yg.penting ada aktiviti yg.mendatangkan hasil..ok.Assalammualaikum.