Saturday 21 November 2015

Warna ceria di 'lembah seribu bintang'...dah siap cat..

Saat ini cuaca cukup redup, hujan baru berhenti..jam menunjuk kan 5.30 petang, hari sabtu cuti sekolah hari pertama.
Jom tengok gambar aktiviti sepanjang minggu lepas.
Pondok kayu di tanah pantai siap dicat pada hari isnin 16 november 2015.
Aktiviti mengecat bermula pada hari sabtu 14 hb.nov.2015.  Tentulah En.Sikal yang membantu mengecat pondok ini kerana dia juga yg.membinanya di tahun 2013 yg.lalu.  Setelah hampir 3 tahun baru lah ada peluang utk.mengecatnya.Alhamdulillah.
 Setelah dicat nampaklah serinya rumah kecil ku ini, bolehlah tempat rehat2 sambil bakar jagung dan ubi manis.
 Kinabalu tetap tersenyum melihat kehadiran 'ir' dan aku setiap hari andai ada masa terluang.
 
 Barisan pokok2 jagung yg.sedang meniti hari untuk dinikmati.
 


 Batas2 ubi manis yang subur saujana mata memandang. Dah ada isi  ni..tapi belum matang.
 Batas tembikai yg.sudah dialas dengan hamparan plastik tutup bumi, tengah menunggu masa yg.sesuai untuk menyemai dan turun bibit.
Semoga Allah memberi rezeki kepada ku sekeluarga dari usaha yang seperti tak ada penghujungnya ini.
 Ok lah sampai disini catatan kenangan untuk saat ini.Assalammualaikum.

Sunday 15 November 2015

Jagung meniti hari.

November berlalu pantas. esok hari isnin 16 november, esok memasuki minggu terakhir penggal persekolahan bagi 2015.Banyak kerja tak selesai..

Apa pun aktiviti berkebun ditanah pantai 'lembah seribu bintang' berjalan mengikut perancangan yg.telah ditetapkan.
Hemm nampaknya jagong Manis taiwan tak lama lagi akan dapat dinikmati hasilnya.
Jom tengok jagung.


Saban hari aku dan 'ir' akan ke kebun jagung dan ubi manis menyaksikan tumbesaran mereka.
Selain jagung, ubi manis dan tembikai, aku selitkan juga tanaman nanas madu sarawak.
Tak lama lagi adalah cerita nanas madu.

Ada 6 pokok nanas ku tanam berderet ditepi batas jagung.

Pokok jagung telah mengeluarkan buah.Dalam sepokok mengeluarkan 2 dan ada yang tiga biji jagung, namun hanya satu biji yang dikekalkan untuk membesar dengan sempurna, baki buah yang tidak di kehendaki akan dituai untuk dibuat sayur dikenali sebagai sayur putik jagung atau
 ketiak jagung.
 subur betul jagung ni..alhamdulillah.Dalam kiraan 10 hari lagi, ia akan matang dan boleh di tuai, insyallah.
 bunga bunga ros dihalaman akhirnya menjadi hiasan dimeja tulis, wangi dan berseri.Alhamdulillah.

ok lah..sekadar catatan kenangan untuk hari mendatang.Assalammualaikum.

Sunday 1 November 2015

Oktober pun berlalu, bunga bunga ros ku kekal tersenyum riang.

Oktober 2015 telah berlalu, mencatat kenangan nya yang tersendiri. Miming lahir diwaktu langit berwarna merah kesumba 18 oktober, Irliani lahir 21 oktober di kala mentari tegak menungkat langit Timur, Dr.Rashid lahir 23 oktober, disaat malam semakin tua dan kembarnya cikgu Ir Junior lahir saat jarum jam mencecah peralihan malam ke satu pagi 24 oktober yang damai.
Begitulah setiap kali oktober hadir ada catatan memori sendiri buat aku seorang ibu.

Bermula dari ogos memasuki september hingga penghujung oktober, pokok pokok bunga Ros dihalaman tidak berhenti berbunga..sehingga awal november ini ia masih kekal bertahan seperti gambar2 dibawah ini.


Selain bunga ros, bunga melur juga tak kalah menghadiah haruman wangi setiap awal malam dan awal pagi, halaman rumah seperti disimbahi minyak wangi dari alam semula jadi. Alhamdulillah.
pokok ros yang menghiasi kolam hias juga turut berbunga, dan kuntumannya besar2, sangat menghibur.
Pokok roselle dah berusia 2 tahun masih terus berbuah lebat.
Cara mengekalkan agar pokok roselle terus berbuah, setelah buah habis dituai, ranting lama hendaklah cantas, dibuang ranting baru akan tumbuh dan berbuah seperti ranting asal .

Pokok mulbery,  dah jarang berbuah lantaran ia kurang perhatian dari tuannya, sibuklah katakan.
Namun diawal november ini, hujan dah dua kali turun mencurah, mulbery  akan dirawat semoga ia akan hidup subur seperti roselle.
Catatan agak panjang diawal november ini..sekadar catatan untuk Irma Restu dan Irliana yang jauh dimata dekat dihati hihihi..jom nyanyi ayu. 'jika teringat tentang dikau..'
ok lah assalammualaikum.