Friday 31 May 2013

Black Pepper King dari sg.Buloh.

Sejak bersungguh dalam minat berkebun, berkunjung ke Sungai Buloh, menjadi satu agenda setiap kali kalau berpeluang menjejakkan kaki di bumi Selangor.  Pantang ditanya 'ir' tercinta cepat saja aku cadangkan nak ke nuseri cari pokok2 bunga.  Biasanya Ir akan terdiam, adik ipar yg.tak jemu2 menyokong aktiviti aku, akan tergelak dan jom jalan.

Oktober 2011, first time ke Sungai Buloh, mencari pokok bunga cempaka sempena menghadiri konvo Irma Restu.  Aku beli 3 pokok dan kini pokok itu hidup subur sesubur kasih dan ingatan ku pd.Irma Restu.

Kunjungan aku kali ini, benar2 ingin mencari kepelbagaian jenis pokok bunga dan benih2 kalau ada.
Jom tengok gambar kenangan ini.

Banyak pokok bunga dan buah buahan di nusery di tempat ini.
Cantikkan, mereka sangat kreatif. Pokok tanduk rusa.
ribuan jenis bunga bentuk dan warna, rasa nak beli setiap jenis.
 Puas meneliti dan mempertimbangkan banyak perkara, aku nampak tempat ini.Tak ada orang singgah tempat ini.Kiri kanan ramai orang tawar menawar harga, namun tempat yg.satu ini tak ada pembeli, aku pun cuba masuk tempat ini. Ada seorang gadis hitam manis, fasih berbahasa melayu, lalu dia memperkenalkan aku beberapa pokok buah buahan sampailah kepada sejenis pokok 'mangga' yg.dia sebut pelbagai nama.

Akhirnya dia kenalkan aku pada si dia ini nama nya " Black Pepper King" tertarik dengan penerangan gadis peramah ini, aku pun belilah si Black Pepper King ini, dan sepokok lagi entah apa namanya dah tak ingat, juga sepohon 'anggur'.

 Lantaran bimbang terkandas dipemeriksaan kastam diairport nanti, ir nasihatkan aku jangan bawa banyak.
Aku beli 2 pokok mangga dan sepohon anggur, cukuplah kan untuk sebuah kenangan, bahawa kita pernah melalui saat berharga dan indah ini.
 Terpaksa lupakan bunga2 rose yg.tersenyum melihat gelagat aku, binggung membuat keputusan.

 Ir membimbit 'black pepper king' dan 'Ir junior'  dengan si Anggur, lupa nak tanya anggur tu merah ke hijau  atau  black currant king juga.
  Awal pagi tadi 1 mei, 2013, aku pindahkan pokok mangga black King ini ke dalam beg semaian yg.lebih besar, kalau pokoknya dah pulih, baru lah pindahkan ke tapak sebenar yg dikenal pasti.
Kasihan pokok2 ini terpaksa bungkus dalam surat khabar dan tidur diam2 dalam beg pakaian selama 24 jam.
Beginilah rupanya selepas dikeluarkan dari beg.

'black pepper king' kalau mangga ini hidup, ia menjadi kenangan sempena majlis konvo Ir Junior.

Menurut gadis penjual pokok kenangan ini, ia akan berbuah selepas ditanam dalam tempoh 8 bulan.

pokok mangga yg.ini juga segar dan tidak terjejas.

Pokok anggur nampak sihat dan tidak terjejas.

Terpaksa kerja keras menyiapkan tanah campuran untuk memastikan pokok2 ini mendapat keperluan yg cukup untuk terus hidup dan mendatangkan hasil.

Black pepper king saat di alihkan ke beg semaian baru.Pucuk mudanya kelihatan terjejas dan tak bermaya.


Semoga pokok2 ini hidup dan kita sama2 dapat melihat semacam mana kah buah mangga black pepper king ini.  Menurut si penjual, buahnya besar, panjang dan bila ranum ia bertukar warna menjadi kehitaman nampak macam buruk, tapi sangat manis dan isinya berwarna oren, macam betik sekaki. 
Ohh aku tak sabar nak tengok hasilnya.

Ok sampai disini salam ceria.

warna warni belia malaysia dari pandangan seorang 'aku'

26 mei hari ahad aku berkunjung ke pesta 'hari belia malaysia' bertempat di puterajaya, KL.
Aku dan ir berada disitu sekitar jam 11 pagi sementara menunggu ir junior  selesai acara 'rehearsal' dihari itu.
semakin lama semakin gegakgempita dengan pelbagai konsert dari semua perwakilan dan pertubuhan belia serata negeri selangor khususnya belia 'kuala lumpur' belia terdiri dari mahasiswa dari semua IPTA dan IPTS mungkin ada belia dari seluruh negeri2 di Malaysia.

Banyaklah aktiviti yg.aku saksikan.Belia geng kaum cina berusaha merebut peluang berniaga mendapatkan 'wang', beberapa gerai menjual peralatan komputer, HP, baju, permainan kanak2 semua ada.

Belia India, membuka gerai  francias semua makanan yg.goreng2, air tebu, kelapa, baju t.shirt dan macam2 lagi.

Belia melayu, lelaki perempuan, buat konsert menari, menyanyi dan macam2 lagi aksi tarian moden dan lama.
Ada gerai2 menjual kraf tangan, tapi saya difahamkan gerai tersebut bukan belia yg.mengusahakannya, ia milik orang perorangan dan taukehnya 'cina'..makcik melayu itu ada tunjukkan aku cara menganyam reben untuk menghias tudung saji plastik.  Dia nampak pakar dan berilmu untuk seni anyaman tersebut, tapi adakah kepakarannya ini dapat diwarisi oleh belia melayu yg.sedang asyik menari dan menyanyi di atas pentas itu?..

sedang aku memerhati persekitaran aku terdengar 'announcement' ini..
'semua belia mahasiswa/siswi ukm..tolong berkumpul'. Beberapa minit penuhlah tempat tersebut.Lepas tu muzik orang barat pun berkumandang dan mereka 'menari' untuk menghiburkan tetamu agaknya.Bila aku perhati tak ada pun yg.duduk terpacak menonton, cuma aku dan 'ir' saja..rasa pelik lah..apa yg.mereka nak tunjukkan dalam cuaca yg panas terik begitu dan kawasan lapang terbuka?..aku dan 'ir' pun beredar meneruskan kunjungan ke tapak yg.lebih sesak dengan pengunjung.

Wah..ada konsert tarian asli, warna warni..meriah sungguh.
Jom tengok sedikit gambar kenangan.

Cuaca saat ini sekitar jam 11 .30 pagi, dibelakang tu ada konsert belia berbaju hitam rasanya semua belia 'melayu'
 Sempatlah aku naik pentas ini dan ketuk gendang merah tu, jam 2, pentas ini tempat persembahan tarian dari negeri 9.Kaum lelaki menari dan berpakaian baju kurung kedah dan bersarung batik serta pakai topi terendak, pakaian turun ke sawah. Tarian tradisional.Tempat ni juga penuh sesak.
 Pentas ini pula berlangsung nya pertandingan tarian 'tradisional' dari negeri2 yg.mengambil bahagian.Cantik dan warna warni.
 Wajah penari2 muda belia.Usia muda tentulah lawa2.
 Ini kumpulan seterusnya sedang menunggu giliran. Aku tak tengok persembahan kumpulan ini.
 Ini tudung saji plastik yg.telah dihias dengen reben plastik dengan cara anyaman.Sangat cantik.
 Penat meronda aku tumpang duduk kat kerusi lawa ni, sambil2 ambik gambar dengan kasut oren aku.
Ok lah kan untuk kenangan dan ilham sejenak dalam memikirkan 'curahan hati belia2 Melayu' yg.bakal mewarisi negara ini dengan seribu persoalan' dapatkah mereka berdikari' tanpa ilmu yg.mantap??
Untuk memantapkan belia2 ini, tugas siapa? ibubapa atau guru? atau diri sendiri.
Jom setiap ibubapa mantapkan anak sendiri dengan ilmu yg.laku disisi Allah dan manusia.

Ok lah.salam ceria dan senyum2 selalu.

Thursday 30 May 2013

Sejambak bunga kenangan dihari kemenangan.Tahniah.

Hari ini khamis 30 mei.
Kemarin 29 may,  awal pagi masih lepak di putera jaya.Jam 2 petang penerbangan balik ke kampung halaman.Lima hari di kuala lumpur, terlalu meletihkan.Tapi bestnya sempat balik jumpa 'cik' dibumi pahang.Gembira jumpa dia. dia sihat saja.Alhamdulillah.

28 may, berlangsung majlis konvo 'Ir Junior' alhamdulillah semuanya selamat. 
Gembiranya hati dapat menghadiri majlis konvo ini.  Sedikit gambar untuk sebuah kenangan dimasa mendatang.

Bunga bunga anika warna,tentunya sangat indah dan ceria, seindah dan seceria inilah perasaan ku menghadiri majlis anakanda tersayang 'ir Junior'

     Menitis air mata gembira saat menyaksikan ir junior berarak memasuki dewan majlis penganugerahan.

                                       Di atas pentas aku lihat dia 'ir Junior',guru muda pewaris tugas ayahibu.
                                       Alhamdulillah. akhirnya dia sampai juga ke garisan penamat selepas berjuang 5 tahun setengah mengumpul ilmu perguruan di kampus  IPGK Kent.
                           saat sangat bermakna menyaksikan 'ir' memeluk 'ir junior'..mereka ini nafas hidupku.
                                        ibubapa mahasiswa perguruan dari  seluruh Malaysia yg.hadir memeriahkan majlis konvo.untuk sesi 28 Mei, sesi pagi..sebelah petang sesi ke 2.Berlangsung selama 3 hari.Rasanya 3 hari KL dibanjiri kaum keluarga yg.datang dari setiap pelusuk negeri seluruh malaysia.Ramai sungguh.
       Bangunan pentadbiran putera jaya ni, selalu anak murid tanya 'ini bangunan apa?, cikgu pernah ke sini?' Gambar bangunan ini ada dibuku teks PSK.  Sebab itu, ir junior perlu membawa balik maklumat ini.
 Guru guru muda ini akan memulakan tugas mereka diseluruh pelusuk bumi Malaysia tercinta.Cabaran akan timbul apabila ditempatkan dibumi sabah dan serawak yg.jauh di sudut perkampungan hutan khatulistiwa.
'pesanan' kepada ibu bapa ketika anak anda melapor diri ke kawasan bahagian sarawak, sangat penting ibubapa berurusan terus dengan PPD, dan sekolah tempat mereka akan pergi, kalau guru perempuan temankan mereka, sampai ke tempat mereka bertugas.  Tragidi bot karam dibahagian sibu, boleh berulang bila2 masa, kerana pengangkutan disini adalah pengangkutan air.  Banyak cerita sebenarnya nak dikongsikan.Tapi malas sebab semuanya cerita melemahkan semangat, tapi seorang guru ada caranya sendiri untuk mengatasi masalah yg.ditemuinya..kerana dia seorang'guru'..Tahniah guru2 muda generasi ku yg.tercinta.

Ok lah..sampai disini nanti nak cerita mengenai pokok yg.dibeli dari nusery sg.buloh 'black pepper king'.
Assalammualaikum.

Friday 24 May 2013

Terung giant

Assalammualaikum.
Dah lama tak cerita tentang perkembangan semaian sayur-sayuran dihalaman sendiri.
Dalam banyak2 benih yg.disemai dari berjenis basil, labu, hingga ke betik sekaki serta berjenis sayuran daun ada satu benih semaian yg.aku terlepas pandang, entah kenapa aku tak pernah sebut sidia yg.satu ini.

Sidia ini bernama 'terung giant'.  Benih tentunya aku pesan dari tuan blog 'tanam sendiri.com'.  Aku tak pesan banyak cuma satu bungkusan kecil mengandungi 10 butir benih halus.  Aku semai serentak dengan benih selasih dan  berjenis2 basil, labu venus dan yg.lain2.  Tumbuhan yg.lain ada yg dah habis di sayur dan diulam, namun terung ini masih dalam proses menunggu hasil.

Jom tengok gambar.
Aku semai seangkatan dengan peria jantung dan peria katak, kacang panjang renik.
Aku alihkan pokok saat  sebesar ini, aku rasa luas kawasan menanam yg.aku sediakan cukup besar untuk kesemua anak pokok ini,
Bila dah besar, hari demi hari daunnya benar benar memaparkan gambaran namanya'giant'. Esok2 buahnya macam mana ye.  Kalau ibu aku masih ada dan melihat cara aku menanam terung ini, sekali lagi dia akan kata aku tak ada akal.hehehe.. ibu aku cukup marah bila dia namapak aku tanam sayur rapat2, dia kata tak dapat bernafas pokok pokok itu.

Setakat ini, pokok2 terung , seakan  berlumba2, daun siapa lebih lebar.  Pokoknya nampak rendah, aku rasa nak alihkan separuh ke dalam pasu, masih boleh dialihkan ke?..pokok dah besar ni, nampak dah nak keluar bunga.  Atau biarkan saja,
Ini pula saki baki labu manis baka op benih dari Tuan Iskandar juga.  Labu baka op ini sangat sedap, isinya padat dan empuk. Banyak buahnya tapi dah habis, aku tinggalkan sebiji ini untuk gadis merah jambu ku yg.akan balik bercuti.

ini pula barisan pokok2 betik sekaki yg.semakin meninggi dan semakin dilupakan, sebab bila dah tinggi malas nak ambik tangga.Hanya tinggal 2 pokok sahaja lagi yg.rendah. Tak terbuat lagi resepi somtam meski semua bahan telah disediakan, tak ada masa nak makan.
                                      
Ok sampai disini.Salam ceria selalu..eee bestnya nak ke KL, beli  sutera lukis Terengganu, dapat pilih sendiri.

Wednesday 22 May 2013

Yang dirancang tak semestinya terlaksana.

Assalammualaikum,
Hari ini khamis hari terakhir sekolah untuk penggal ini.  Esok jumaat cuti hari wesak.Sabtu nanti 25 mei, akan ke KL untuk menghadiri majlis konvo Ir Junior.  Balik rumah pd.29 Mei.
Kepergian ke majlis konvo itu, membuatkan perjalanan ke Puncak,Bandung dan Jakarta terpaksa dibatalkan.  Rombongan itu tetap pergi cuma aku yg.undur diri, lantaran jadual yg.telah bertembung.
Tak apalah lain masa akan diusahakan semula.Kepada sahabat baik ku Rogayah maaf banyak2.

Semoga perjalanan kalian akan selamat dan gembira selama musim lawatan tersebut.Ok lah.
Aku harap kunjungan ku ke KL nanti akan dapat cari benih bunga diNusry sg.buloh yg.tentunya sangat meria.
Salam ceria.

Monday 20 May 2013

Jom Baca sama sama.Mencari ubat di sebalik tersirat.

Assalammualaikum.
Ada seorang kawan, selalu mengadu, dia rasa sakit macam2, katanya puas dah makan vitamin dan macam2 makanan tambahan, tapi dia rasa tak sihat juga..kebetulan aku kena sakit mata, baru mula nak bengkak, aku ubatlah sapu dengan air liur basi, maksudnya awal pagi sebelum berus gigi, baca selawat 3 kali dan doa.
Berkat dari Allah, bengkak tu tak menjadi.  Kawan tanya lah aku makan vitamin apa, bengkak mata aku dah bantut, aku tak ada makan apa2 vitamin, aku makan ulam selasih je..kebetulan daj banyak dan air liur sebagai ubat sapu..hehehe dia tak percaya.

Apa pun sebenarnya ubat yg paling berkesan cari sendiri ada dalam al quran, tak tahu baca , baca tafsir dan fahaminya betul2 dengan yakin, tapi bukan baca sekali, kena baca berulang kali setiap hari.  Mana ada masa.  Ada, cari masa tengah malam ke, subuh ke..yg.penting masa rehat.
Kalau tak baca sekarang, bila lagi.masa bujang2 memang dah baca, tapi fahamnya banyak mana?..
Jom baca ikut imam ni.



Surah Taha سورة طه





Bismillah 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
 Taa' Haa.
(Taha 20:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A002
 Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
(Taha 20:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003
 Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
(Taha 20:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004
 (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
(Taha 20:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005
 Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
(Taha 20:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A006
 Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Taha 20:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A007
 Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
(Taha 20:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A008
 Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
(Taha 20:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A009
 Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
(Taha 20:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A010
 Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
(Taha 20:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A011
 Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
(Taha 20:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A012
 "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
(Taha 20:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A013
 "Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
(Taha 20:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A014
 "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Taha 20:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A015
 "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
(Taha 20:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A016
 "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
(Taha 20:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
(Taha 20:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A018
 Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
(Taha 20:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A019
 Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
(Taha 20:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A020
 Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
(Taha 20:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A021
 Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
(Taha 20:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A022
 "Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.
(Taha 20:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A023
 "(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
(Taha 20:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A024
 "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".
(Taha 20:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark