Sunday 20 April 2014

" yang Ayu " bermaksud 'ibu ayu' hahaha..

Aku ke sekolah lama, ada banyak lagi perkara yg.perlu diselesai kan dengan GB, terutama menanda tangan cek2 pembayaran melebihi rm 10 ribu perlu utk RMT murid2.

Dalam kesempatan Cikgu Anidah berikan aku cendera kenangan ini

Bungkusan hijau bertuliskan ayat2 ini.huu..rasa terharu dan sebak lagi..aku berusaha utk.tidak menitiskan air mata..tapi ikatan persahabatan kami telah berlangsung sekian lama sejak tahun 1997 lagi saat aku mula bertugas di sekolah ini.
                                          Didalam bungkusan ini, ini lah isi nya kain untuk baju kurung, berwarna merah cantik..warna persahabatan kami sentiasa ceria dan erat. Terima kasih puan Anidah.Cikgu ini pernah mengajar 'Miming' masa tahun satu, kini Miming bakal tamat pengajian ditahun 2015 nanti..sebagai cikgu.
Aku rindu suasana di sekolah lama yg.aku dah lama menyusun ruang persekitarannya.  Apa pun hidup perlu diteruskan.Ok lah assalammualaikum dan salam ceria selalu.

Wednesday 16 April 2014

Jurai Air Mata

Rabu 16 April siang tadi..tugas rasmi di sekolah baru, terasa mencabar. Ramai guru keluar atas tugas rasmi arahan PPD. Yang keluar tinggalkan sekolah tentulah seronok buat aktiviti outdoor, yg.tinggal merana mengganti kelas orang lain..tapi bagi aku, lebih lagi sengsaranya selain menyediakan bahan untuk mengajar anak murid sendiri, terpaksa pula susun jadual ganti..terpaksa pula kena tahu dari a sampai z, perkembangan dan perancangan tempat baru ini..entah lah..dari awal april, tidur dan rehat telah tidak menentu, banyak perkara aku kena ambil tahu, disamping membuat , menambah dan menyusun apa2 yg.perlu..maklum tempat baru. 

Hari sabtu 12 april, baru 12 hari aku tinggalkan sekolah lama aku..aku dikejutkan dengan berita sedih dan menyebakkan. Dua orang murid di sekolah lama aku terlibat kemalangan 'mati lemas', seorang murid lelaki dari tahun 5 dan seorang murid perempuan dari tahun 4. 31 mac, sebelum lapor diri ke sekolah baru, aku temui semua murid2 aku selain berucap diperhimpunan, aku temui mereka dari kelas ke kelas, disamping aku agihkan buku kerja sains- latihan yg.aku beli masa cuti, utk.mereka.  Murid lelaki ini, kecil saja orangnya, masa bagi buku elok2 dia berdiri disisi bahu kiri, sambil memerhati muka aku.  Aku perasan dia berbuat demekian, bila aku bertanya, ada apa dia hanya tersenyum dan berkata 'tidak cikgu', tapi saat itu aku terasa ada kelainan. 

Murid perempuan yg.satu ini pula murid sains aku dari tahun 4S, waktu membahagi buku aku jerit2 panggil namanya, murid2 lain beri tahu dia telah berpindah ke kelas cemerlang, aku minta dia datang menemui aku, aku pun beri buku pd.nya dan menasihatinya agar belajar bersungguh2..dan siapa menduga itulah nasihat dan pertemuan kami yg.terakhir..ada sepi teramat sangat dalam hati ku.  Masih jelas raut wajah kedua-dua anak murid aku ini, hemm cepat nya mereka pergi.

Sejak musim panas melanda daerah ku, air sungai menjadi susut, selepas waktu sekolah ramai murid membuat aktiviti round2 kampung secara berkumpulan, kemalangan itu terjadi di kampung jiran..menurut keluarga mereka, mereka tak pernah masuk kampung jiran sejauh itu. Apa pun begitu lah takdir yg.Allah tentukan untuk kedua anak murid aku ini. 

Semoga akan ada ketenangan seperti kemarin.Bermacam rasa ku lalui ketika ini.  Ok lah salam kenangan. Assalammualaikum.

Monday 7 April 2014

7 April 2014, berakhir dan bermula.

Isnin 7 april, siang tadi, aku tinggalkan kawasan itu dan melangkah masuk ke pesekitaran yg.baru.  Ada juraian air mata yang mengalir.
Bermula dari aku terima surat dibawah ini.
 
Kemudian menyusul surat kedua

Dan siang tadi aku tinggalkan semua yg.aku bentuk dan terlibat mengusahakannya dalam tempoh belasan tahun.
Hanya kotak yg.dihias cantik ini yg.aku bawa keluar dari ruang itu, persekitaran itu.
Ini kotak kenangan dihias kemas dan cantik, secantik persahabatan dan ikatan kami, kemesraan kami.
Ada air mata dan sebak hati yg.tak terhingga, tak terkata.
                                        Aku buka kotak kenangan ini, ia menyemburkan wangian perasaan.
Perasaan mesra persahabatan dan keikhlasan.  Hemm..ada sebak dihatiku saat ini.
 Pemberian ini menyentuh hati ku. Hari hari bersama rakan2 guru di sekolah ini, tak akan berulang lagi.
Cuma ada catatan memori dalam hati dan lukisan kenangan.


 Inilah hadiah perpisahan antara kami.
Sepasang kain bersulam merah hijau, dan sehelai tudung merah jambu berselang warna unggu.
Sedondon warna kain dan tudung, tentunya warna ini mewakili emosi setiap guru2 aku yg.sanggup berpakat mendermakan duit untuk membeli hadiah hati ini.
Warna ini lukisan rasa..rasa hati yg.memberikannya..sebak rasa untuk sebuah perpisahan.
Tentunya pemberian ini ku terima dengan hati yg.terharu.  Tak ada ucapan lebih bermakna
hanya ucapan keramat, diucapkan oleh seluruh manusia didunia ini iatu
' terimakasih cikgu'
Berkurangnya kesempatan, akibat kesuntukan waktu dan perkara perkara yg.berlaku secara mendadak, tak sempat berucap salam bermaafan, untuk itu kepada warga 'cikgu, anak murid dan ibubapa' minta maaf dalam semua perkara yg.menyentuh hati ketika bersama. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmatnya kepada kita semua.Amin.
Ok, salam ceria selalu dan assalammualaikum.

Sunday 6 April 2014

Hasil Laut Lembah Seribu Bintang

Hari ini ahad, 6 April. Terakhir menulis catatan dihalaman 'di sini dalam lingkaran ini' pd.24 Mac yg.lalu. hemm.. 13 hari tak menulis apa apa catatan, tentulah ada banyak alasan2 yg.berkaitan dengan kesibukan.
Terlalu sibuk.  Namun hari ini kenangan yg.dilalui mesti disimpan dan dicatat sebagai tatapan hari esok.

Jom tengok gambar.
Apa dalam guni ini?..huhu berat ni.


hahaha inilah isi nya. Pernah tengok?
 Awal pagi aku ke tanah pantai, untuk melihat projek membajak batas tembikai, dalam jam 10.30 pagi ada beberapa orang kampung berlari2 dengan alat menangkap udang geragau ini.Nama alat dalam bahasa tempatan 'sadak'. Aku relex je tengok gelagat mereka, berendam, berenang anak dalam air laut yg.sedang tenang, tak ada ombak langsung. 

Dari atas beranda rumah, aku lihat air laut kelihatan berwarna merah, seperti warna sabut kelapa terbentang luas, wah aku pun bersama Aida berlari anak menuju tepi pantai, ..rasa terpegun melihat rupanya benda kelihatan merah terapung itu, kumpulan udang geragau mendekati pantai.   Tak ada kamera nak rakam situasi dipantai itu.Sekejap je mereka dapat 4 karung.

Karung yg.ke 5, aku beli.  Aku bagi2 lah dengan saudara mara yg.aku jumpa dan yg.berdekatan rumah.
Baki nya  dekat setengah karung lagi..tak tau nak buat apa, banyak sangat.Ingat nak keringkan buat belacan, tapi petang sekitar jam 3, tetiba hujan..tak dapat buat apalah..terpaksa simpan dalam peti beku..pasti nya akan rosak jadi air batu.
                                               Banyak sangat. Ini udang 'geragau' kata emak angkat aku di Melaka. Melayu Melaka buat cincalok..zaman dulu2, tak tahu sekarang masih ada tak.
                                       Masa dipantai tadi, udang ni hiduplagi
                                              Manis isi nya.
 Aku buat sikit macam resepi bawah ni, campur tepung, goreng.
 
 
 Panas2 sedap cica sos kfc. Yg.lain aku buat sambal pedas, macam sambal ikan bilis..makan dengan nasi lemak.  Itu pun kalau aku cukup masa.

Benar2 rasa seronok dapat melihat hasil laut dari tanah pantai 'lembah seribu bintang' menurut cerita orang sekeliling, kawasan laut depan tanah pantai 'lembah seribu bintang' menjadi tempat berjenis ikan berkumpul, kalau musim udang kertas, udang kertaslah mereka akan dapat, kalau musim ikan belanak, ikan belanak lah mereka dapat.  Rasanya tak sabar nak menunggu cuti bulan jun nanti, nak buat aktiviti 'memukat' waktu awal pagi dan menyuluh ketam waktu malam masa terang bulan purnama.InsyAllah. 
Ok lah, salam ceria, assalammualaikum.