Thursday 29 August 2013

ku terima bingkisan dari mu

29 ogos hari khamis yg.agak sibuk.
Selesai sesi belajar, jam 2 petang aku menghadiri taklimat sps di pejabat BTP.
Tak ada apa sangat semuanya mengenai data pengurusan sekolah aje lah..kasihan tengok pegawai yg.beria ia nak bagi kita orang pandai dan mahir melengkapkan data yg.perlu dipenuhkan.

Masalahnya bukan kita orang ' buta komputer', tapi talian internet macam siput babi termakan racun dekat kebun dalam lingkaran ini.Ada rasa menyampah dan buang masa..di luar daerah di luar pembanguna kota khususnya macam tempat aku ni, apa yg diharapkan sangat tentang kemajuan dan perkembangan ict.
Entah lah apa apalah..aku germbira aje meski hati mencuka.

Aku gembira sebab hari ini aku dapat bungkusan kiriman sahabat blog yg.baik hati, adinda Kartini .
Sebenarnya diri ku  dalam bersahabat aku tak pernah mengharapkan sebarang balasan  pemberian dari sahabat, yg. dihati ku dah ku iktirafkan sebagai sahabat.  Tapi apa pun semuanya gerakan hati dan ketentuan Allah.Alhamdulillah.



Ini benih2 yg aku dah terima dari Kartini.
Ada surat yg.indah,
                                          Benih kuning dan hitam
                                                    benih bunga kembang 4 petang, tak pernah tengok bunga ni.
                                        Benih jagus nak semai elok2, kalau tumbuh nak tanam di tanah pantai tebing tasik.
                                             Benih buah mentiga, tak pernah tengok lagi buah mentega.  koleksi benih baru.

  First time tengok benih kemboja cina...ini nak buat bahan bantu mengajar ni, mesti ia di sebarkan oleh angin
                                               Hehehe ini dodol tradisional melaka, boleh buat buka puasa.
Terimakasih untuk Kartini.
Ok lah salam ceria selalu.





Monday 26 August 2013

sawi ada, bayam hijau ada, bayam merah ada, peria jantung ada, terung telunjuk ada, bunga matahari ada...kalau dah jadi benih, nak jual ke nak kongsi?

 26 ogos petang isnin yg.panas berbahang.
Aktiviti biasa lepas solat Asar, keluar ke halaman menyiram pokok2 yg.sedang membesar.
Semaian sawi ada dua jenis dah besar panjang, tidak cukup masa untuk menjarakkannya agar lebih sihat pertumbuhannya.  Hujan juga sudah tidak turun hampir sepanjang bulan syawal ini.

Petak tanaman yang telah disediakan tanahnya menjadi amat kering walau pun setiap petang disiram.
Ada berjenis tanaman yg.sedang ku tanam dan bersungguh utk.menjaganya dengan sepenuh harapan agar ia mendatangkan hasil utk.bekalan sayur sekeluarga utk.sebulan dua.

Jom tengok gambar kenangan.
                                                     Sawi yg.disemai belum ada masa nak menjarakkannya. Dah besar.
                                   Bayam hijau daun bulat, benih dari blog Tanam sendiri.com.Tuan Iskandar.
                                        Terung telunjuk, daunnya sangat lebar hampir merayap atas tanah.
        Sawi  entah apa jenis ni, ini pun tak sempat nak dijarakkan..nak tunggu cuaca sejuk sikit. Entah bila.
                                     Semaian bunga mata hari, ada 40 pokok .
                                  Pokok2 bunga mata hari ini aku nak jual rm 3.00 satu pokok, sedang ke harga ni?
                             tunggu besar lagi baru boleh jual, pembelinya seluruh sekolah2 di daerah ku yg.berminat.
                                           Hiasan halaman sekolah. Hahaha asyik berangan je kan..mana ada masa.
   Bayam merah tak habis makan dah berkitar semula nak membekalkan benih.
   Peria jantung beberapa pokok dah menjerit2 nak minta tempat memanjat, tak terlayan lagi,
             entah apa nasib peria ni..akan terbiar lah agaknya.
                              suburkan bayam hijau ni..jom tanam bayam, mudah hidup dan penjagaan yg.senang.
Ini boleh buat sayur berbuka puasa.  Masih dalam aktiviti puasa sunat syawal.
Ok sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum.


Saturday 24 August 2013

Bila keluarga berkumpul.

Hari ini ahad 25 Ogos hari ulang tahun kelahiran Wan Irna Suhaila yg. ke 13 tahun.
Seawal pagi sekitar jam 9.00, ku bawa Ir dan anak2 menghadiri Majlis Hari Raya anjuran keluarga "ANDARSI"

Sesampai di majlis, terpampanglah susun galur keluarga keturunan aku.  Ada majalah telah diterbitkan mengandungi aktiviti keluarga2 yg.membentuk keturunan ANDARSI ini.
Wah sangat bagus apa bila mengetahuni, orang dikiri kanan selama ini yg.kawan berselisih bahu setiap hari diluar sana rupanya kaum keluarga,  Generasi ke 3..keturunan aku di mulakan oleh moyang bernama ANDARSI, mereka ini seramai 13  orang adik beradik semua lelaki  kandung .Andarsi anak lelaki sulung.Datuk ibu aku dari anak yg. nombor 4  arwah moyang aku bernama Tanor., Datuk ayah aku dari anak yg.nombor 6 bernama 'Jala'.

Seronok lah jumpa suku sakat yg.90% aku tak kenal.

Sedikit gambar kenangan..keluarga aku yg.sempat diabadikan.
Ir duduk sebelah pakcik Atong dan menantun lelaki pakcik Atong.
                                         suasana majlis awal pagi.
                                     
                                        'Dino' penyanyi yg.agak popular suatu ketika dulu.
                                       
                                          Tuaan rumah abang Amdin perkenalkan  IR kepada YB Datok Salleh Tun Said.  Datok Salleh sempat tanya Ir, kelantan di Mana?..Datok Salleh sempat bergurau kata IR orang ayahanda Nik Aziz.Hahaha dimana mana asal kelantan sinonem dgn.Tok guru Nik Aziz.  wal hal Ir tak pernah pun menatap wajah Tok Guru ini.  Kelantan tetap 'up' hihihi..
                                           Imam Masdin sempat pegang Ir ajak ambik gambar dengan YB Datok Salleh.
                                          Bu Ning  dan anak2 pakcik Atong.

  Suhaila , Aida dan Lia.


Ok lah sebuah catatan kenangan di hari yg.ceria.Assalammualaikum.

Wednesday 21 August 2013

Pantun Kenangan Di majlis perkahwinan.

17 Ogos hari sabtu bersamaan 10 syawal beberapa hari yang lalu.  Aku, Ir dan anak anak gadis ku berpeluang menghadiri majlis perkahwinan anak abang sepupu aku, anak saudara aruah ayah aku
'kak Soyo Yang Bik'.

sebaik kami turun dari kereta, muzik di mainkan, gegak gempita dengan ucapan alu aluan dari ayah pengantin perempuan iaitu abang sepupu aku ini.  baru sekejap duduk, dia telah perkenalkan aku pada hadirin dengan menceritakan latar belakang aku, anak2 aku dan bagai mana kami bersaudara.

Ada segan di hati ku.  Masih dalam keadaan terkejut dengan sambutan abang terhadap ku sekeluarga, dia jemput aku menyanyi karoke, utk.menyumbang suara katanya dalam majlis yg.ceria itu. Ala hai..tersipu benar aku dibuatnya..abang memaksa aku berkali2..menggunakan pembesar suara, aku katakan aku tak reti menyanyi, dia tak percaya.  Lepas aku rehat, aku mendekati pentas karoke dan terus mencapai
'pembesar suara' lalu aku berucap ala ala ucapan dalam majlis perhimpunan sekolah hihihi..maklumlah cikgukan.

Untuk..menggantikan persembahan nyanyian yg.tidak dapat aku penuhi, aku telah sampaikan 3 rangkap pantu untuk abang sepupu aku itu. Tak pernah dalam sejarah hidup ku mengarang pantun secara spontan, tapi hari itu aku berjaya membuatnya demi menggantikan rasa bersalah kerana tak dapat menunaikan permintaan abang utk.mendengar suara aku menyanyi, menurutnya masa kecil2 dulu aku suka menyanyi dan memang pandai menyanyi..

Inilah pantun aku di majlis itu..menjadi pantun kenangan.

Anak gadis melintas titi,
Memetik bunga di malam sunyi;
Jangan abang berjauh hati,
Adikmu ini tak mahir menyanyi.

suasana desa yg.hijau

Pantun ke 2:   

Tumbuh teratai dalam telaga,
Pokoknya tinggi kembangnya merah;
Tahniah untuk abang sekeluarga,
Majlis perkahwinan diraai mesra.

Pelamin bertemakan warna merah putih dan hitam, kemas dan berseri
            pengantin perempuan ini anak saudara aku' siti Nur Manja'..dimataku dia cantik dan memang manja.
Pantun ketiga:

Majlis perkahwinan berlangsung meria,
Sambutan abang sangat berharga;
Doa hadirin semoga sejahtera,
Perkahwinan berkat pasangan bahagia
                                         Bila pantun ini diucapkan macam semua bunyi rima akhir 'ngam' saja..tapi bila ditulis, dan periksa rima akhirnya, gagal utk.dapat markah 'A', lari rima ke laut ke darat entah berterabur..tapi tak apalah..ia dah jadi pantun kenangan.
Ok lah salam ceria selalu.

Monday 19 August 2013

Bertukar warna - cantik

Hari ini 19 ogos, hari isnin yg.ceria.  Ditempat kerja, semua sibuk cerita kisah hari raya. GB membuat perbincangan  mengenai jamuan hari raya dan sedikit mengenai lanskap  sekolah. 

Sebut tentang lanskap, aku teringin sangat nak penuhkan persekitaran sekolah dengan bunga unggu berasal dari kota Malang ini, sebagai kenangan, dan aku tak ingin kehilangan generasi bunga ini.
Di perkarangan rumah ku ia hidup subur.

Waktu aku terimanya dari sahabtat blog ku 'yuni' di Indonesia bunga ini cuma ada satu warna iaitu unggu.
Masa berlalu bunga ini telah mula memiliki warna2 yg. berbeza.


Tetiba tumbuh warna lain macam gambar dibawah ni.

putih berjalur unggu./ini ku tanam berdekatan dengan bunga zinnia putih.

                                                  Ini warna asal unggu/
                 Dan yg.ini berwarna pink terang. Ia aku tanam berdekatan dengan bunga ros merah jambu ku.Apa kah warnanya bertukar pink ini akibat pendebungaan silang?..oh alang kah cantiknya kalau ia bisa  menyerap warna2 terang dari bebunga lain yg.ada dihalaman.
                                      ku harap ia akan menyerap warna merah  dari bunga balsam ini.
                                        atau menyerap warna kuning dari bunga matahari ku ini.
                                            Bunga matahari sepanjang musim, berkembang selepas musim hari raya.
                                            
      Warna merah ini pun cantik, bayangkan ia bertukar warna dengan bunga cantik ini, mesti lagi cantik kan.
Ok lah salam ceria dan assalammualaikum

Sunday 18 August 2013

kelapa cepat berbuah- pilih tunas tumbuh melintang.

Pagi tadi 18 ogos hari ahad yg.cerah. jam 11 pagi, pergi menghadiri majlis perkahwinan anak abang sepupu aku 'abang Baudin'..anak saudara aku pengantin perempuan bernama Bibi Kurnia.
Kelmarin 17 ogos, hari sabtu ke daerah KM utk.menghadiri majlis perkahwinan anak abang sepupu aku  sebelah aruah ayah abang 'kak Soyo Yang Norbik" anak saudara aku  pengantin perempuan bernama        'siti Nor Manja"
 Cerita di daerah KM, selepas menghadiri majlis persandingan Siti Nor Manja, kami singgah ke rumah kakak sepupu, di rumahnya ada banyak bibit kelapa.Buah nya besar2, menurut kakak, isi kelapa itu jenis yg.tebal dan banyak santan.Aku pun angkatlah beberapa pokok utk.projek Tanah Pantai.

Dalam perbualan kami, kakak sepupu aku ini, memberi petua, kalau nak tanam pokok kelapa dan ingin  cepat berbuah pilih benih kelapa jenis yg.'tumbuh melintang'

Jom tengok gambar kelapa tumbuh melintang.
                                                   Kebanyakan kelapa tumbuh macam dalam gambar ini.
                                                    Kelapa2 ini akan berbuah tapi lambat kata kakak sepupu aku yg.sudah berusia hampir 70 tahun.
                                             Ini benih  kelapa yg tumbuh 'melintang'..ini benih yg.cepat berbuah.
                                                  Benih kelapa yg.tumbuh lurus macam dalam gambar ini, lambat berbuah.
                                                   Benih kelapa ini dari jenis yg.sama, tetapi terdapat perbezaan yg.ketara cara pertumbuhan tunas pada kedua-dua benih ini.Yg.satu tumbuh melintang ditengah badan buah dan yg.satu lagi tumbuh lurus di permukaan muncung buah.
                                             Ini benih kelapa mawar.Tunas pokok tumbuh ditengah- tengah badan buah, kononnya menurut keterangan orang dulu2, pokok beginilah jenis yg.cepat berbuah.
                                             Ini kelapa pandan, ia juga bertunas ditengah2 badan buah.
Apa kah kelapa ini akan berbuah cepat?..entahlah sehingga kebenarannya terhasil, baru boleh kata benar.  Aku nak tanam pokok2 kelapa ini di tanah pantai yg.sedang diusahakan.
Ok lah sekadar perkongsian cerita dan sebuah ingatan panjang selagi bernyawa.  Utk.kakak sepupu aku ini, terimakasih kerana berkongsi petua warisan nenek moyang.
Assalammualaikum.

Wednesday 14 August 2013

Betik jantan dan betik betina ciri ciri akarnya.

hari ini khamis 15 ogos..dah masuk jam 12.35 tengah hari Malaysia Timur. hehehe, rasa pelik juga sebut Malaysia Timur..terasa jauh pula terpisah dari 'cik' di bumi pahang.
Entah apa lah tok cik buat saat begini..rindu nian hati ini.

Awal pagi tadi ada kesempatan mengalihkan anak2 betik sekaki yg.tumbuh meliar di tepi pagar yg.aku sendiri taburkan benih benih nya mengharap untuk tumbuh.Memang tumbuh semuanya.
Lalu aku bertangguh untuk mengalihnya dalam plastik semaian.  Bila tengok pagi tadi, kesemuanya hampir layu, bila periksa akarnya telah dimakan oleh sesuatu yg.pasti itu musuh betik.

Ada beberapa pokok yg.tertinggal, aku alih kan dalam plastik semaian.
Semasa proses mengalih, ku amati bentuk akar betik tersebut, ada perbezaan pada dua pokok  yg aku cabut.

Lalu aku teringat hasil pembacaan ku mengenai betik jantan dan betik betina, perbezaan ketara mengenai akar kedua2 pokok betik betina dan betik jantan.  Maklumat mengenai bentuk akar betik jantan dan betik betina ini aku peroleh dari blog  rakan maya
Ada Apa Dengan Aidadewie
Thursday, April 5, 2012

Bagaimana Mengenal Jantina Betik
Mungkin kah ini yg.di maksudkan beliau dalam entry yg.telah dikongsikan pd.april 25 2012 tahun lalu.
Jom tengok akar betik ini.
                                          A. Akar betik kelihatan lurus berakar tunjang
                                            Mungkin kah ini betik jantan?
                                          B. gambar bawah ini, akar betik hanya terdapat akar serabut.
                                          Mungkin kah ini betik betina?
                                              Perbezaan ketara, cuma tak pasti yg.mana betina dan mana betik jantan.
                                                          Betik yg.selamat aku alihkan, semoga semuanya betik betina.  Tak berani buang yg.berakar tunjang, sebab tak pasti betul atau tidak maklumat yg.aku dapat tu..kalau aku tak tanam pokok berakar tunjang tu, sedang kan itulah betik betina..hahaha malang lah nasib ku menunggu bertahun utk.melihat pokok tu betina ke jantan. Jadi aku tanam kesemuanya.
                                                  Kalau berakar tunjang ini jantan.. lojiknya sang jantan perlu lebih gagah dan kuat dari betina hehehe..kalau berakar tunjang ini betina, logiknya ia perlu kuat untuk mencengkam tanah bagi menanggung beban buah buahnya yg.banyak dan berat, juga perlu, akarnya merayap jauh mencari air untuk menanggung buah2 nya yg.memerlukan banyak air..logik tak?.

                                                    Akar lurus seakan2 akar tunjang..nampak kuat dan gagah..ciri2 sijantan.
                                                    Akar serabut dan cantik..ciri2 betina..
                  Andai ada pandangan kongsikan ya.  Untuk Aida dewie..terimakasih berkongsi maklumat.
Ok salam ceria.