Wednesday, 14 August 2013

Betik jantan dan betik betina ciri ciri akarnya.

hari ini khamis 15 ogos..dah masuk jam 12.35 tengah hari Malaysia Timur. hehehe, rasa pelik juga sebut Malaysia Timur..terasa jauh pula terpisah dari 'cik' di bumi pahang.
Entah apa lah tok cik buat saat begini..rindu nian hati ini.

Awal pagi tadi ada kesempatan mengalihkan anak2 betik sekaki yg.tumbuh meliar di tepi pagar yg.aku sendiri taburkan benih benih nya mengharap untuk tumbuh.Memang tumbuh semuanya.
Lalu aku bertangguh untuk mengalihnya dalam plastik semaian.  Bila tengok pagi tadi, kesemuanya hampir layu, bila periksa akarnya telah dimakan oleh sesuatu yg.pasti itu musuh betik.

Ada beberapa pokok yg.tertinggal, aku alih kan dalam plastik semaian.
Semasa proses mengalih, ku amati bentuk akar betik tersebut, ada perbezaan pada dua pokok  yg aku cabut.

Lalu aku teringat hasil pembacaan ku mengenai betik jantan dan betik betina, perbezaan ketara mengenai akar kedua2 pokok betik betina dan betik jantan.  Maklumat mengenai bentuk akar betik jantan dan betik betina ini aku peroleh dari blog  rakan maya
Ada Apa Dengan Aidadewie
Thursday, April 5, 2012

Bagaimana Mengenal Jantina Betik
Mungkin kah ini yg.di maksudkan beliau dalam entry yg.telah dikongsikan pd.april 25 2012 tahun lalu.
Jom tengok akar betik ini.
                                          A. Akar betik kelihatan lurus berakar tunjang
                                            Mungkin kah ini betik jantan?
                                          B. gambar bawah ini, akar betik hanya terdapat akar serabut.
                                          Mungkin kah ini betik betina?
                                              Perbezaan ketara, cuma tak pasti yg.mana betina dan mana betik jantan.
                                                          Betik yg.selamat aku alihkan, semoga semuanya betik betina.  Tak berani buang yg.berakar tunjang, sebab tak pasti betul atau tidak maklumat yg.aku dapat tu..kalau aku tak tanam pokok berakar tunjang tu, sedang kan itulah betik betina..hahaha malang lah nasib ku menunggu bertahun utk.melihat pokok tu betina ke jantan. Jadi aku tanam kesemuanya.
                                                  Kalau berakar tunjang ini jantan.. lojiknya sang jantan perlu lebih gagah dan kuat dari betina hehehe..kalau berakar tunjang ini betina, logiknya ia perlu kuat untuk mencengkam tanah bagi menanggung beban buah buahnya yg.banyak dan berat, juga perlu, akarnya merayap jauh mencari air untuk menanggung buah2 nya yg.memerlukan banyak air..logik tak?.

                                                    Akar lurus seakan2 akar tunjang..nampak kuat dan gagah..ciri2 sijantan.
                                                    Akar serabut dan cantik..ciri2 betina..
                  Andai ada pandangan kongsikan ya.  Untuk Aida dewie..terimakasih berkongsi maklumat.
Ok salam ceria.

23 comments:

  1. Salam,

    Baru hari ini saya tahu ada perbezaan antara akar betik jantan dan betina sbbnya tak pernah tanam pokok betik, makan betik selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah Rose..akak pun kalau tak tercabut pokok2 tu, tak pernah pulak beri perhatian.

      Delete
  2. Ok.. kita tunggu 3 bulan lagi.. kita tgk mana yang berbuah...
    pastikan ditanda pokok betik tu nanti... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..kita sah kan nanti kebenarannya.Terimakasih zam.

      Delete
  3. ye, yang ada akar tunjang tu pokok betik jantan, yang akar serabut tu pokok betina. saya dah experience benda ni, anak2 betik jantan+betina yg saya tanam skarang dah tinggi 10kaki, mula2 mak bagitau tak percaya. ada yang bagi petua suruh 'sunatkan' akar pokok betik bila tanam dgn cara belah akar tunjang tu smpai pangkal pokok, spya tunjang jadi akar serabut (tapi sy xpenah cuba lagi petua ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh begitu ya.Terimakasih utk.pengesahan ini.

      Delete
  4. baru tahu ..rupanyer gitu yer kak...tks

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya dik....akak suka tanam betik, selain jadi peneduh sekitar pagar rumah, dapat hasil lagi..yg.mentah boleh buat sayur, buah yg masak..buat jus betik tambah kurma dan madu, boleh buat tahan lapar utk.jaga berat badan..dan slimmm hehehe.Terimakasih dik.

      Delete
  5. assalam,
    saya pun baru tahu. selama ni betik yg sy tanam semua tak berbuah. lepas ni nak buat experiment la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik 'warna sari'.
      Terimakasih melawat disinidalam lingkaranini.
      Jom tanam betik, kalau melancong ke thailan, cari lah benih2 betik yg.hight class, kongsikan dgn.kita.

      Delete
  6. Salam... boleh sy tau kat mana boleh dpt bunga betik jantan ni, sy sedang mencarinya.

    ReplyDelete
  7. jantan tak nak.. betina pun takk nak... nak betik pondan... baru banyak buah... tak caya, cuba google

    ReplyDelete
  8. Sy ada 22buah pokok betik yg da d tanam..4drpdnya da bebunga...yg lain blum pasti lg jantinanya... Lepas ne rsa nk tanam lg la sbb da tahu da cm na nk bezakan jantina/betina..Tq byk2 atas ilmunya...smga murah rezki*_^... Fb: Asleenda ne

    ReplyDelete
  9. Baik juga betik buat ulam

    ReplyDelete
  10. salam...boleh saya tau sal anatomi pokok betik??? terima kasih

    ReplyDelete
  11. Orang cakap nak kenal biji betik betina & jantan senang jer...
    betina : hitam berkilat
    jantan : warna macam kelabu ckit

    ReplyDelete
  12. Dulu belajar yg akar tunjang betina. Yg akar serabut jantan. Haha.. setahun lepas ada tanam yg akar tunjang 3 pokok. 2 berbuah 1 je tak.

    ReplyDelete
  13. Saya baru beli anak pokok betik di pasar tani. Peniaga tu cakap akar tunjang jantan. Akar serabut betina. Cabut anak pokok slow2 dan lihat akar. Lepas tu tanam balik. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  14. hahaha meski masa berlalu rupanya ramai lagi tercari ilmu diblog kenangan ini. isu betik jantan dan betik betina ni,
    betik jantan berakar tunjang, betik betina berakar serabu, hasi expriman saya,pokok betik akar serabut keluarkan buah, pokok betik berakar tunjang keluarkan bunga tapi tak ada buah.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Kenapa tiap kali sy tanam Pokok betik, mesti Pokok jantan? Sedih saya... Hari ni baru saya tahu ada beza jika kita tengok akarnya... Terima kasih sb kingsikan ilmu...

    ReplyDelete