Friday 20 June 2014

17 jun-selasa 2014 aktiviti menanam tembikai


Tidak terasa masa berlalu, kita semakin menghampiri bulan ramadan, syukur alhamdulillah selesai urusan majlis perkahwinan Ir Junior, aku sekeluarga berkesempatan balik menemui 'cik' dibumi pahang, baki cuti yg.tinggal seminggu ku habiskan bersama anak anak menemani tok cik yg.semakin dimamah usia.
Hari ahad 15 jun terpaksa tinggalkan 'tok cik' walau berat rasa hati meninggalkannya, lantaran tugas2 rasmi menunggu, Aida dan suhaila juga perlu ke sekolah.

17 jun 2014 hari selasa, semaian tembikai hampir 15 ribu pokok telah selamat di alihkan ke batas tapak penanaman.  Ramai pekerja ladang tembikai datang menolong .  Kini menghitung hari menunggu hasil tanaman bagaimana hasil usahaku sekian lama.Tanaman ini dijaga sepenuhnya oleh pekerja ladang aku  'Jon' dan isterinya.
Gambar kenangan untuk usaha yg.pertama.


Gunung kinabalu tetap tenang menyaksikan suasana di ladang tembikai di tanah pantai.


Masing masing melayan rasa.
                                    Agaknya bagaimanalah hasil tanaman ini nanti, dah banyak aku laburkan utk.aktiviti yg.aku minat ini.                                     



Semoga hasilnya akan berbaloi.



Tanah pantai ini sangat subur, tanaman sayur kangkung yg.tak habis dimakan.

Semaian terung, yg.dah terlebih banyak tak cukup masa nak mengalihkannya.

Ok lah sekadar catatan untuk kenangan.Assalammualaikum dan salam ceria.

Thursday 5 June 2014

1 jun 2014-hari ahad.Gerbang baru menyambut menantu.

Selesai acara di rumah pengantin perempuan, kini hari ahad 1 jun majlis bersanding semula di rumah aku.
huhuhuu..dah 3 hari aku tak tidur siang dan malam.
Jom kongsi tengok gambar.
Gerbang hiasan sendiri.Gerbang baru menyambut menantu.

antara tetamu awal pagi yg.hadir cikgu Sabtu.Abang Omar dan abang Mat adik beradik..yg.banyak berkorban membantu aku dari kecil hingga kini, sentiasa ada disisi saat diperlukan.Terimakasih abang.
 tetamu dari PPD.
 Tetamu semakin ramai..huhuhu..penat.

 suami cikgu Jarah, sempat menyumbangkan suara, tak ingat dia nyanyi lagu apa..meriah.
 cikgu haji ashmi hadir sama, dia ni cikgu kepada kesemua anak2 aku masa disekolah rendah.
 antara tetamu yg.hadir sahabat dan rakan taulan.
 jam 10.30 pagi rombongan pengantin pun tiba, kak siti Lian menjadi ketua rombongan untuk menjemput pengantin perempuan dan keluarganya.
 pasangan pengantin disambut oleh anakanda dr.Rashid dan kakak sulung mama surayah mengiringi mempelai dengan payung kuning simbol 'raja' sehari. sehari saja tau..hihihi.
Hampir kesemua baju persalinan Ir Junior adalah kuning, macam tak salin bajukan.
Sebenarnya dari malam berinai, baju tu berwarna kuning cuma jenis kain yg.berbeza.
Baju malam berinai kuning tapi kainnya tak berkilat.
Hari nikah dan sanding bajunya berwarna kuning berkilat.
Yg.dipakai dalam gambar ini warna coklet emas, masih dalam keluarga kuning.
saja nak kekalkan simbol raja sehari.
 ramai lah sahabat dan keluarga ambik gambar dan bergambar dengan pengantin.
 antara tetamu yg.hadir memeriahkan majlis, GB sekolah lama aku.
 akhirnya mempelai duduk bersanding dengan santai.Alhamdulillah.
 Ustazah Noor Azizah dan rakan2 hadir sama memeriahkan majlis.Terimakasih za.
 bergambar dengan pengantin satu kenangan, jadi ingatan dihari mendatang.
 ini ahli2 keluarga aku dari keningau keluarga abang Omarkasih.
 ustazah noorsitah dan anak2nya hadir ditemani suaminya dato masjidin.Terimakasih din.
kesemua atas pentas ini anak2 dato Masjidin.Hihihi ramaikan.Tahniah din.
 gambar dibawah ni, anakanda Fikri bersama isteri yg.sedang sarat, mereka ini sahabat Ir junior.
 akhirnya mempelai perlu beredar utk.rehat, ok selamat tinggal 'pelamin bonda'.
Alhamdulillah, semuanya selamat dan berakhir dalam suasana ceria dan gembira.
Jam 3.00 hujan turun mencurah2 terlalu lebat.Ada banyak gambar ingin dikongsikan tapi aku kongsikan yg.ada makana dalam hidup aku sebagai kenangan dihari mendatang.
ok lah assalammualaikum.

akad nikah dan sandingnya di tenda kuning

31 Mei hari sabtu yg.tenang.Rombongan Ir Junior, selamat sampai diperkarangan rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah.  Rombongan tiba disambut dengan paluan kompang dan beberapa das tembakan, mungkin mengikut adat pihak perempuan.




 Miming disisi emak saudaranya, cikgu Rose dan cikgu Nani...( cantik adik2 ipar aku ni)

 suasana akad nikah, imam dah tunggu lama kut hihihi..

 gambar atas abang Mat berkaca mata hitam, abang Lim kemeja putih, Ir, anakanda dr.Rashid, ustaz shah fizul tenang menemani 'ir junior'

 upacara menyarung cincin nikah, abang Mat sentiasa ada disisi pengantin lelaki.
 Lihat merah dan kemasnya inai dijari 'ir junior'..hihihi tak sia sia usaha makcik Rafshah.
 pelamin nikah.
 Ayah pengantin perempuan dengan kemeja kuning, ayah pengantin lelaki berbaju melayu bersamping songkit hitam dan saudara sebelah ibu sahabat Ir, masa mula2 memijak kaki dibumi sabah. Terimakasih cikgu Roslan, kerana sentiasa hadir menemani keluarga memberi sokongan kepada keluarga 'wan'
suasana persandingan dipelamin keluarga perempuan. Inilah keluarga tercinta.
Ok lah catatan kenangan yg.abadi dalam ingatan.Assalammualaikum.

catatan pagi 31 Mei 2014.Sabtu.

31 Mei hari sabtu yg.tenang lagi cerah, meski aku tak tidur semalaman, namun Allah masih memberi kekuatan untuk terus berusaha menyelesaikan apa yg.perlu utk.melaksanakan tugas seorang ibu yg.menjadi pemimpin dan pengurus majlis perkahwinan anak anak.
Jom kongsi gambar kenangan.
gambar bawah, anakanda Irwan zawawie awal dia datang utk.membantu membuat reben kereta untuk hiasan kereta pengantin.
 kakak ipar isteri abang Haji Mat masih berusaha membetulkan inai dijari anakanda Ir junior..dia benar2 mengambil berat tentang inai dijari pengantin lelaki ini, bertuahnya Ir JR, ada mak saudara semacam ini.
 
 ini saat Ir Junior didandan oleh kakak ayu.
Kakak sepupu sekali aku kak siti berusaha mengikat samping dan membentuk bunga samping untuk pengantin kelihatan lebih kemas dan segak hihihi..terimakasih kak siti.
 nah dah siap semua orang tersenyum gembira.
 kaum keluarga saudara sebelah ayah baru datang dari daerah kudat..terpaksa bergegas, kerana rombongan pengantin harus berangkat ke rumah pengantin perempuan acara akad nikah dan bersanding seawal jam satu petang.
 kereta pengantin dah siap dihias, juru hiasnya Ming ming, gadis merah jambu ku dibantu oleh anakanda Irwan Zawawie, seorang cikgu anak ketiga kak Siti Lian.
 gambar bawah ni, antara jiran yg.akan turut dalam rombongan pengantin lelaki.
 Anakanda siti Alus dan anakanda Norshah Firah@Pilok berbaju biru juga mama findy berbaju hijau biru senyum sabar menanti rombongan berangkat.

 sebelum berangkat sempat ambik gambar.
emak pengantin selalunya nak melaram, tapi terlupa handbag oren tu..
 Jom berangkat ke rumah pengantin perempuan, menantu perempuan aku dah tunggu hihihi..
Tepat jam 12.40 kami berangkat usai sembahyang zohor.
  Begitu ramai rombongan yg.ikut mengiring, ada yg.tersesat jalan dan tak jumpa rumah pengantin perempuan lantaran masa 31 mei, itu terlalu banyak kenduri khawin dan jalan raya penuh sesak dengan kenderaan, bila terpisah ada yg.tak jumpa jalan..teruk ada yg.marah marah..hahaha..
Ok.lah sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum