Thursday, 5 June 2014

akad nikah dan sandingnya di tenda kuning

31 Mei hari sabtu yg.tenang.Rombongan Ir Junior, selamat sampai diperkarangan rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah.  Rombongan tiba disambut dengan paluan kompang dan beberapa das tembakan, mungkin mengikut adat pihak perempuan.




 Miming disisi emak saudaranya, cikgu Rose dan cikgu Nani...( cantik adik2 ipar aku ni)

 suasana akad nikah, imam dah tunggu lama kut hihihi..

 gambar atas abang Mat berkaca mata hitam, abang Lim kemeja putih, Ir, anakanda dr.Rashid, ustaz shah fizul tenang menemani 'ir junior'

 upacara menyarung cincin nikah, abang Mat sentiasa ada disisi pengantin lelaki.
 Lihat merah dan kemasnya inai dijari 'ir junior'..hihihi tak sia sia usaha makcik Rafshah.
 pelamin nikah.
 Ayah pengantin perempuan dengan kemeja kuning, ayah pengantin lelaki berbaju melayu bersamping songkit hitam dan saudara sebelah ibu sahabat Ir, masa mula2 memijak kaki dibumi sabah. Terimakasih cikgu Roslan, kerana sentiasa hadir menemani keluarga memberi sokongan kepada keluarga 'wan'
suasana persandingan dipelamin keluarga perempuan. Inilah keluarga tercinta.
Ok lah catatan kenangan yg.abadi dalam ingatan.Assalammualaikum.

2 comments: