Friday, 20 June 2014

17 jun-selasa 2014 aktiviti menanam tembikai


Tidak terasa masa berlalu, kita semakin menghampiri bulan ramadan, syukur alhamdulillah selesai urusan majlis perkahwinan Ir Junior, aku sekeluarga berkesempatan balik menemui 'cik' dibumi pahang, baki cuti yg.tinggal seminggu ku habiskan bersama anak anak menemani tok cik yg.semakin dimamah usia.
Hari ahad 15 jun terpaksa tinggalkan 'tok cik' walau berat rasa hati meninggalkannya, lantaran tugas2 rasmi menunggu, Aida dan suhaila juga perlu ke sekolah.

17 jun 2014 hari selasa, semaian tembikai hampir 15 ribu pokok telah selamat di alihkan ke batas tapak penanaman.  Ramai pekerja ladang tembikai datang menolong .  Kini menghitung hari menunggu hasil tanaman bagaimana hasil usahaku sekian lama.Tanaman ini dijaga sepenuhnya oleh pekerja ladang aku  'Jon' dan isterinya.
Gambar kenangan untuk usaha yg.pertama.


Gunung kinabalu tetap tenang menyaksikan suasana di ladang tembikai di tanah pantai.


Masing masing melayan rasa.
                                    Agaknya bagaimanalah hasil tanaman ini nanti, dah banyak aku laburkan utk.aktiviti yg.aku minat ini.                                     



Semoga hasilnya akan berbaloi.



Tanah pantai ini sangat subur, tanaman sayur kangkung yg.tak habis dimakan.

Semaian terung, yg.dah terlebih banyak tak cukup masa nak mengalihkannya.

Ok lah sekadar catatan untuk kenangan.Assalammualaikum dan salam ceria.

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak puteri,
    Alhamdulillah, seronok tengok ladang ni ..saya yakin semuanya akan mendatangkan pulangan lumayan...Insya Allah.
    Berbudi pada tanah tidak akan sia-sia. Saya pun dah mula ikut jejak kak puteri, berkebun. Sebelum ni waktu petang saya banyak habiskan masa depan komputer, sekarang aktiviti berkebun mula mengambil alih masa tersebut. Rasa seronok pulak, walaupun baru nak menapak.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam dik.
    Alhamdulillah semoga usaha adik juga berjaya..bulan puasa tak lama lagi, mula lah menanam sayur yg.cepat tumbuh, nanti boleh dapat bekalan sayur yg.segar malam malam pun boleh petik. Jangan lupa bunga mata hari untuk hari raya.

    ReplyDelete
  3. Betul2 serasi tanah nya ni...terung dengan mudah bercambah subur...semoga bergoleh hasil yg lumayan nanti yer k.puteri..:D

    ReplyDelete