Hari jumaat 30 mei, dan esok nya 31bersamaan hari sabtu. Malam sabtu bermula acara 'mandi bedak' bahasa bajau @berinai.
susana sederhana saja.3 orang adik beradik perempuan mekap kan pengantin lelaki
hasil mekapnya wajah ir junior nampak licin dan gebu.Gambar bersama abang sepupu Ir junior 'ustaz nawal '.
acara merenjis dan menepung tawar dimulakan oleh ayah pengantin lelaki 'ir'
di ikuti oleh abang sepupu kak 'soyoh yg.Bek"
diikuti oleh isterinya ceria sekali dia dimalam itu.
sambil menepung tawar, menabur bunga rampai, bacaan berzanji berkumandang.
Inilah barisan jemaah yg.hadir saudara mara jauh dan dekat.
Sebelum acara ini, bacaan doa selamat di buat dalam rumah diruang tamu.Tak teringat nak ambik gambar.
Inilah barisan jemaah yg.hadir saudara mara jauh dan dekat.
Sebelum acara ini, bacaan doa selamat di buat dalam rumah diruang tamu.Tak teringat nak ambik gambar.
Barisan saudara perempuan nak turut serta merenjis airmawar, menabur bunga rampai.
'bu munang' kakak saudara aku waris sebelah ayah turut sama hadir dan memeriahkan majlis itu.Ada ucapan2 nasihat kepada ir junior.
Ustaz Jir, abang saudara aku sebelah ibu juga turut hadir dan 'ir junior' sempat mencium tangan beliau tanda mesra dan jutaan terimakasih.
bacaan doa sekali lagi berkumandang sebagai penutup di akhiri dengan jamuan makan apa yg.terdaya untuk majlis keluarga seadanya.Alhamdulillah.
ini ahli keluarga saudara dekat sebelah ibu cikgu Roslan serta anak sulungnya dan adik nya bilal masjid ni serta anak lelaki sulungnya. Sepakat baju sama warna. Best sangat bila keluarga berkumpul.
Akhirnya gambar atas dan bawah, gambar ramai2 adik beradik 'ir junior' yg.tudung pink paling sulung.
Tudung biru kakak ipar aku isteri abang haji Mat, banyak membantu dan menjadi kekuatan aku utk.buat itu dan ini.Alhamdulillah.
malam itu juga diteruskan dengan acara memakai inai.
Abang Mat turut serta menemani suasana itu.Best sangat bila keluarga berkumpul.
Abang Mat turut serta menemani suasana itu.Best sangat bila keluarga berkumpul.
suasana malam itu indah tapi aku langsung tak tidur sampai pagi. Nanti sambung cerita pagi sabtu 31 mei.
ok sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum.
ok sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum.
Meriahnya malam berinai anak teruna yg hensem nie...mcm kat sini jgk mlm berinainya yer..:)
ReplyDeletesuasana meriah dan seronok melihat keluarga berkumpul bersama jiran sekampung..tapi penat dik.
DeleteMeriah betul mlm berinai..siap ada majlis mkn2...
ReplyDeletehihihi ada sikit bajet, .dapatlah buat kenduri..niat sedekah.
Delete