Thursday, 5 June 2014

catatan pagi 31 Mei 2014.Sabtu.

31 Mei hari sabtu yg.tenang lagi cerah, meski aku tak tidur semalaman, namun Allah masih memberi kekuatan untuk terus berusaha menyelesaikan apa yg.perlu utk.melaksanakan tugas seorang ibu yg.menjadi pemimpin dan pengurus majlis perkahwinan anak anak.
Jom kongsi gambar kenangan.
gambar bawah, anakanda Irwan zawawie awal dia datang utk.membantu membuat reben kereta untuk hiasan kereta pengantin.
 kakak ipar isteri abang Haji Mat masih berusaha membetulkan inai dijari anakanda Ir junior..dia benar2 mengambil berat tentang inai dijari pengantin lelaki ini, bertuahnya Ir JR, ada mak saudara semacam ini.
 
 ini saat Ir Junior didandan oleh kakak ayu.
Kakak sepupu sekali aku kak siti berusaha mengikat samping dan membentuk bunga samping untuk pengantin kelihatan lebih kemas dan segak hihihi..terimakasih kak siti.
 nah dah siap semua orang tersenyum gembira.
 kaum keluarga saudara sebelah ayah baru datang dari daerah kudat..terpaksa bergegas, kerana rombongan pengantin harus berangkat ke rumah pengantin perempuan acara akad nikah dan bersanding seawal jam satu petang.
 kereta pengantin dah siap dihias, juru hiasnya Ming ming, gadis merah jambu ku dibantu oleh anakanda Irwan Zawawie, seorang cikgu anak ketiga kak Siti Lian.
 gambar bawah ni, antara jiran yg.akan turut dalam rombongan pengantin lelaki.
 Anakanda siti Alus dan anakanda Norshah Firah@Pilok berbaju biru juga mama findy berbaju hijau biru senyum sabar menanti rombongan berangkat.

 sebelum berangkat sempat ambik gambar.
emak pengantin selalunya nak melaram, tapi terlupa handbag oren tu..
 Jom berangkat ke rumah pengantin perempuan, menantu perempuan aku dah tunggu hihihi..
Tepat jam 12.40 kami berangkat usai sembahyang zohor.
  Begitu ramai rombongan yg.ikut mengiring, ada yg.tersesat jalan dan tak jumpa rumah pengantin perempuan lantaran masa 31 mei, itu terlalu banyak kenduri khawin dan jalan raya penuh sesak dengan kenderaan, bila terpisah ada yg.tak jumpa jalan..teruk ada yg.marah marah..hahaha..
Ok.lah sekadar catatan kenangan.Assalammualaikum




2 comments:

  1. Sedondon semuanya...
    Anak lelaki seiras ibu, sejuk jadinya

    Tahniah kak

    ReplyDelete