Saturday 31 January 2015

Meski berkongsi ruang namun hidup terus harmoni.

 Siang tadi ada kelapangan menghayati pertumbuhan pelbagai jenis koleksi tanaman dipenjuru halaman yang agak terbiar dan sempat lah merakam gambar untuk kenangan di penghujung januari 2015 yg.pantas benar berlalu. Jom tengok gambar.
 Ini beberapa pokok roselle yang berkongsi tapak tanah dengan pokok cili padi putih.
Walau berkongsi ruang kedua dua jenis pokok ini hidup harmoni dan berbuah lebat sebagai hadiah untuk ku kerana aku melayan mereka sebagai teman dan sentiasa menyiram merika pagi dan petang.
 Alhamdulillah begini banyak hasilnya.

 Ini pokok pokok roselle yang tumbuh subur berkongsi tapak tanah dengan pokok betik sekaki sihat lagi subur.  Aku mengharap sangat pokok betik sekaki disebalik pokok2 roselle ini akan menghasilkan buah seperti tahun tahun yg.lalu.

 Banyak benar buah roselle ini, tak tahu apa lagi nak buat dengan buah ni selain buat jus.
 
 Pokok limau kasturi yang ku tanam pada penghujung  tahun 2013 yang lalu kini mula berbuah, banyak buahnya.
 ini pokok lemon entah betul ke lemon tapi buah nya panjang-panjang macam di supermarket tu.Tumbuh rendang.Banyak buahnya.

 Ini pokok limau kapas atau limau nipis.Dah mula berbuah..tak tau lah nak buat apa dengan pokok buah masam ni.
                        Gambar bawah ni pokok cili padi berkongsi tapak tanah dengan selasih, nampak kedua dua nya membesar dengan sihat.


Siraja kuning ni sentiasa ada di halaman rumah menemani diri saat sepi.
 
 Bunga nya taklah sebesar tanaman yg.lepas2..lambat dialih ke tanah..namun ia tetap lebih besar dari jenis bunga yg.lain.

 Pokok2 rose yg.dah meninggi, aku tetap tak ada masa nak membelainya, mungkin cuti difebruari nanti.
Lavendar borneo ku yg.semakin berkurangan pertumbuhannya, namun warna nya tetap menyerlah.
Sekejap lagi januari akan berlalu, esok dah memasuki halaman februari, cepatnya masa berlalu.
Semoga Allah selamatkan negara kita kekal aman sejahtera bersama barisan pemimpin yg.sentiasa berusaha mengwujudkan kestabilan politik, ekonomi dan keselesaan rakyat.  Allah jugalah yg.akan membalas segala usaha murni mereka.  Ada sayang dan rasa hormat dihati kecil ku.
Salam ceria dan assalammualaikum.

Saturday 17 January 2015

Aktiviti di Minggu pertama Persekolahan

Saat ini jam dah mencecah ke angka 11.50 minit malam waktu Malaysia Timur..huhu terasa jauh terpisah dari bumi Malaysia Barat di mana hampir kesemua insan2 yg.kusayang berada disana.
Ada rindu yang tak terucap.

Apa pun aktiviti selama 5 hari sejak sesi persekolahan bermula sempatlah aku abadikan dalam gambar kenangan diawal januari 2015 ini  dengan tenang meski sentiasa dilingkari kesibukan yang teramat sibuk.

Ini murid murid baru aku, murid tahun satu kreatif dihari pertama bersua muka.
Kami mula berkenalan dan sempat saling perkenalkan diri disamping belajar.



Hari kedua, pegawai wakil PPD datang membuat pemeriksaan sekolah dari A sampai Z, dari fail sampai persediaan fizikal sekolah..hahaha apa sangatlah yg.nak diperiksa dengan persekitaran sekolah yg.semakin uzur, tapi lebih beruntung dari sekolah yg.ditengelami banjir.
 Hari rabu hari ketiga sekolah kena pergi menghadiri kursus dari jam 8.30 pagi sampai jam 4.00 petang.
Awalnya kena kursus, apa pun semuanya ok.
 Hampir semua peserta yg.hadir guru lelaki maklumlah ia mengenai data aset kekal 'myspata' 

 Hari keempat masa persekolahan, rombongan pegawai wakil PPD datang nak bagi taklimat bagi perbincangan penentuan kpi dan gps sekolah bagi pencapaian upsr 2015.
 Banyak ilmu dikongsikan, banyak warna yg,jelas terpamir. Cantik2..boleh buat aku tersenyum.
 Hari ke lima persekolahan, aku dapat bersama murid kecil aku selama 1 jam setengah.Dapat lah aku ambik gambar mereka, kami menyanyi sambil belajar, best sangat.
 anak anak yg.bakal mewarisi negara ini dan mentadbirnya.Aku ingin mendidik mereka dengan ilmu yang berguna didunia dan akhirat.Amin.

 Ini murid aku yg.paling kemas tulisannya.Pendiam tapi gemar menulis.
Cantik tulisannya.
Selepas 3 bulan nanti kalau ada umur  aku nak buatkan perbandingan hasil tulisan murid kecil ku ini.
Ok lah sekadar catatan kenangan selama seminggu diawal minggu persekolahan dijanuari ini.
Salam ceria selalu dan assalammualaikum.

Wednesday 14 January 2015

'Roselle' sama tapi tak serupa

Tak terasa kita dah berada selama 14 hari di tahun 2015 ini.  Benar benar sibuk.
Apa pun pokok roselle yg.aku tanam penghujung oktober dan ada memuatkan gambar  pertumbuhan semaiannya dientry bertarikh 2 november yg.lalu telah pun berbuah.

Namun ada tanda tanya dalam hati,  Roselle yang aku tanam tu berbeza walau jenisnya sama. Jom tengok gambar.
Ini hasil Roselle yg.baru di tuai.Dan begini lah rupa paras roselle yg.sepatutnya mengikut gambar yg.sering dikongsikan oleh rakan2 peminat roselle.

 Ini Roselle yg.pernah aku miliki benihnya dan tanam disudut halaman sehingga kini ia masih berbuah.
Aku tak ingat benih roselle ini dapat dari mana dan siapa.
 Beginilah keadaan bentuk buahnya, tidak serupa dengan roselle yg.biasa-biasa tu.
Mengenai rasa mengikut cita rasa aku, roselle ini lebih sedap kerana rasanya lebih kuat dan wangi.
Betul betul rasa rebina..bezanya rebina dari anggurkan.
Roselle ini lebih masam.
 Gambar ini jelas membezakan bentuk keduanya. Mungkin kah kedua roselle ini mempunyai nama yg.berbeza? kawan2 yg.ada maklumat tolong kongsikan ye.
Ok lah catatan kenangan untuk aktiviti petang hari ini. Assalammualaikum dan salam ceria.

Monday 5 January 2015

cili putih sejenis lada padi.Betul ke.

Hujan yang turun diawal januari 2015,membuatkan sisa tanaman dihalaman rumah kembali subur dan mengeluarkan hasil yang tak habis dimakan.
Cili putih ini antara tanaman aku yg.tetiba menghasilkan buah yg.banyak.Masalahnya cili  jenis ini rasanya tidak berapa pedas dan menurut jiran aku ia boleh menyebabkan sakit pinggang.

Bila fikirkan kesannya tak berbaloi pula menanamnya. Aku tak pasti adakah cili ini sama jenis dengan lada padi kerana saiz buahnya sama macam lada padi biasa.

 banyak buahnya yang dah ranum dan sedang diintai burung yang lapar dimusim hujan hujan begini.
Tapi aku tak kesah kerana aku dah niatkan utk.sedekah, tak ada geng nak makan cili putih ni.
 Putih bersih buahnya.Sedap juga digoreng dgn.ikan masin...lauk mudah utk.musim banjir.
ok lah catatan musim hujan dihari ini, sepatutnya hari ini dah hari sekolah, apakan daya..cuti telah dilanjutkan.Salam ceria dan assalammualaikum.

Thursday 1 January 2015

Harga yang tak ternilai

 Satu januari 2015 hari khamis yang redup.  Aku mulakan catatan kenangan dengan benda yang tak ternilai harganya.  Gelang emas milik ibu.
Hari ini aku menghadiri dua majlis perkahwinan ditemani Ir, Miming,Aida dan Suhaila.

Menghadiri majlis perkahwinan ini, aku teringin nak memakai gelang emas ibu yg.ditinggalkannya utk.ku.  Sengaja aku buatkan entry untuk gelang ini utk.menyimpan gambar reka bentuk gelang ini yg.sekarang memang sudah tidak ada dipasaran rekaan sebegini rupa.
 aku pernah mengunjungi beberapa kedai emas dikelantan,terangganu, pahang dan K.Lumpur dan menunjukkan rekaan gelang ini, andai mungkin masih ada dijual rekaan seperti ini..aku ingin menambah koleksi..tapi menurut tuan2 kedai emas yg.aku kunjungi, rekaan gelang ini sejak tahun 1930an lagi..acuannya memang dah tiada.
 Ada yg.menawarkan harga RM12 k, ada ukiran halus dipermukaan bahagian atas.
 bingkai bahagian bawah, yang orinya berbentuk bangel, malangnya kerana kecuaian, ia telah patah dan skru penyambung antara ruasnya tercabut dan hilang, terpaksa lah aku bawa ke kedai emas di Maran Pahang, dan tuan Haji pemilik kedai itu, mengantikannya dengan jenis rantai berbentuk leper.

Aku tak kisahlah yg.penting masih boleh dipakai.
 rantai penyambungnya seperti dalam gambar dibawah ini.Cantikkan.
Barang kemas mesti dipakai dan tak boleh disimpan..masalahnya kalau pakai takut pula kena ragut, nak jual sayang. Jadi nak buat macam mana..kan..Apa pun gelang emas ini akan sentiasa menyegarkan ikatan perasaan antara aku dan ibu, meski dia telah pergi, doa dan ingatan ku kekal bersamanya..semoga kehadiran tahun 2015 ini ayah dan ibu menikmati suasan indah dialam sana.

Semoga Allah sentiasa menyayangi mereka sepertimana ayah dan ibu menyayangi aku sejak kecil2 lagi..amin.
ok lah sekadar sebuah ingatan diawal januari ini.Salam ceria dan assalammualaikum.