Saturday, 31 January 2015

Meski berkongsi ruang namun hidup terus harmoni.

 Siang tadi ada kelapangan menghayati pertumbuhan pelbagai jenis koleksi tanaman dipenjuru halaman yang agak terbiar dan sempat lah merakam gambar untuk kenangan di penghujung januari 2015 yg.pantas benar berlalu. Jom tengok gambar.
 Ini beberapa pokok roselle yang berkongsi tapak tanah dengan pokok cili padi putih.
Walau berkongsi ruang kedua dua jenis pokok ini hidup harmoni dan berbuah lebat sebagai hadiah untuk ku kerana aku melayan mereka sebagai teman dan sentiasa menyiram merika pagi dan petang.
 Alhamdulillah begini banyak hasilnya.

 Ini pokok pokok roselle yang tumbuh subur berkongsi tapak tanah dengan pokok betik sekaki sihat lagi subur.  Aku mengharap sangat pokok betik sekaki disebalik pokok2 roselle ini akan menghasilkan buah seperti tahun tahun yg.lalu.

 Banyak benar buah roselle ini, tak tahu apa lagi nak buat dengan buah ni selain buat jus.
 
 Pokok limau kasturi yang ku tanam pada penghujung  tahun 2013 yang lalu kini mula berbuah, banyak buahnya.
 ini pokok lemon entah betul ke lemon tapi buah nya panjang-panjang macam di supermarket tu.Tumbuh rendang.Banyak buahnya.

 Ini pokok limau kapas atau limau nipis.Dah mula berbuah..tak tau lah nak buat apa dengan pokok buah masam ni.
                        Gambar bawah ni pokok cili padi berkongsi tapak tanah dengan selasih, nampak kedua dua nya membesar dengan sihat.


Siraja kuning ni sentiasa ada di halaman rumah menemani diri saat sepi.
 
 Bunga nya taklah sebesar tanaman yg.lepas2..lambat dialih ke tanah..namun ia tetap lebih besar dari jenis bunga yg.lain.

 Pokok2 rose yg.dah meninggi, aku tetap tak ada masa nak membelainya, mungkin cuti difebruari nanti.
Lavendar borneo ku yg.semakin berkurangan pertumbuhannya, namun warna nya tetap menyerlah.
Sekejap lagi januari akan berlalu, esok dah memasuki halaman februari, cepatnya masa berlalu.
Semoga Allah selamatkan negara kita kekal aman sejahtera bersama barisan pemimpin yg.sentiasa berusaha mengwujudkan kestabilan politik, ekonomi dan keselesaan rakyat.  Allah jugalah yg.akan membalas segala usaha murni mereka.  Ada sayang dan rasa hormat dihati kecil ku.
Salam ceria dan assalammualaikum.

8 comments:

  1. Assalamualaikum k.puteri...bahagia betul tengok tanaman akak tanam...murah betul rezeki akak...heran saya..akak tanam limau tu penghujung tahun 2013...dah berbuah-buah....sy tanam penghujung tahun 2012 pun pokok masih 2 kaki lebih kut nya...hihih bantut sudah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Nadia.
      Alhamdulillah.Sebenarnya akak ni mudah bercinta denga pokok2 dan tumbuh tumbuhan, sebab tu mereka pun membalas cinta tu dengan sepenuh hati kut hihihi..

      Delete
  2. Replies
    1. Tuan Is, gembira nye tuan datang melawat kebun saya hihihi.
      oh..ini limau kumqat ye..patut lah Irna Suhaila kata limau ni bukannya masam macam kasturi biasa tu, rasanya manis sedap makan dengan asam boy@ asam amoi2..
      Terimakasih tuan Is.

      Delete
  3. Salam, kat mana nak dapat anak pokok lemon macam puan tanam.
    Thanks

    fareez@intel-biznet.com

    ReplyDelete
  4. Salam, kat mana nak dapat anak pokok lemon macam puan tanam.
    Thanks

    fareez@intel-biznet.com

    ReplyDelete
  5. Salam Puteri Purnama,
    Yg last tu pkok Limau Telor Buaya. Sy ada melawat blog Kebun Bahagia Bersama. Dia ada mjualnya.:-)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete