Hari ini 5 februari 2015 hari khamis yg.tenang.
Ada peluang dan kesempatan aku berpuasa sunat hari ini..InsyAllah. Saat ini aku mengimbau semula catatan kenangan aku dalam entry di tahun tahun lepas.
Antara catatan yang sangat merangsang semangat aku saat ini ialah entry yg.aku pos pada 9 jun 2013 yg.bertajuk " Hari Esok Yang Penuh Pengharapan "
Dalam pos ini ada tersimpan gambar2 yg.sangat menyentuh perasaan antaranya pokok2 limau nipis, lemon yg.masih dalam plastik semaian yg.pokoknya kecil lagi dah berbuah, pokok2 rambutan dan mangga, pokok2 kelapa dan pembukaan tanah pantai yg.serba kekurangan.
Bila aku baca semula segala catatan dan komen rakan2, semuanya membuatkan aku rasa sangat bersemangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih..komen DR.H, yg.seperti dapat merasakan aura kejayaan usaha aku, benar2 buat aku sangat menghargai segala yg.ada dipersekitaranku.
Kini pokok lemon dan limau nipis, limau kasturi tapi mengikut encik Iskandar itu limau kumqat dah tumbuh merimbun menjadi pokok2 yg.berbuah lebat. Bila banding balik rupa gambarnya setahun yg.lalu ..dapat benar rasakan perbezaan hidup yg.membuat sesuatu dan tak buat apa apa dalam hidup.
Kini kebun di "Lembah Seribu Bintang " sedang dalam proses menanam semula, ladang pertama telah selesai menanam pada hari rabu 21.januari 2015 kalau ada rezeki dan Allah mengizinkannya hasil akan di tuai pada 25 Mac nanti. Ladang ke 2 hasil akan dituai pada 28 Mac dan ladang ke 3 hasil akan dituai pada 4 april.
Sibuk tapi berbaloi.
Bandingkanlah pokok2 ni gambar atas di ambil pada 9.6.2013
gambar bawah diambil pada 31.1.2015.Pokok limau nipis @limau kapas berbuah lebat.
Pokok lemon wajah pada 9.6.2013 dan gambar bawah wajah terbaru pada 31.1.2015.
Apa pun semuanya pemberian dari Allah.Alhamdulillah.
Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan sebagai imbauan di hari mendatang. Assalammualaikum dan salam ceria selalu.
salam kak,
ReplyDeleteapa khabar berita yg jauh disana..lama tak berkesempatan singgah disini bc catatan akak..rindu..:)
salam sayang selalu
wa'alaikumsalam dik.
Deletekhabar baik. iya betul, lama dah kita tak berkongsi ceritakan.Sibuk sangat.Doa dan harapan semoga UmmuAidan sekeluarga tetap sihat dan bahagia meski dah berubah angin dari bumi Fiji ke iibu kota Malaysia tercinta.Tentu teramat sibukkan.
salam kenal dar kaknoor
ReplyDeleteTerimakasih Noor.Salam perkenalan.Jom
Delete