Thursday, 26 February 2015

AKU GEMBIRA TINGGALKAN "ANAI ANAI dan LALANG" di dalam tu.


 25 Februari,hari khamis yg.terang benderang.Cuaca di februari tahun ini terasa sangat berbahang.
Dalam kesibukan dan pergolakan perjalanan hidup ini aku ingin mencatatkannya agar aku tidak lupa pada setiap detik penting yg.aku temui dan lalui.

1hb.april 2014 yang telah berlalu, aku bertukar tempat bertugas dan memulakan tugas di sebuah sekolah yg.agak selesa kerana kedudukannya yg.sangat dekat dengan tempat kediaman aku. Hanya pergerakan 5 minit dengan kereta akan sampai lah ke tempat bertugas..bestkan jimat minyak kereta..tapi yang tak bestnya ada banyak "anai2 dan lalang"..yang membuat aku selalu susah hati takut anai anai akan merosakkan helaian2 buku yg.berderet dirak2 bilik darjah, juga lalang yang mudah terbakar andai terkenan percikan api saat aku arahkan tukang kebun membakar sampah. 

Sempat lah aku abadikan catatan manis  saat bersama murid2 kecil ku ketika kami bersama dikelas 1kreatif
16 februari, hari isnin seminggu yg.lalu, aku dapat surat, surat pertukaran setara tempat bertugas.
Aku pergi lapor diri pada 16 februari hari isnin sebaik mendapat surat tersebut dari Puan Guru Besar serta merta dengan perasaan melonjak kegembiraan. Surat pertukaran itu sepatutnya lebih awal aku terima tetapi disebabkan terlalu banyak cuti, maka minggu ini baru lah aku dapat memulakan tugas di tempat baru ini.

Suasana lebih nyaman tenang dan ceria. Aku gembira bertugas dit empat ini.
Jom tengok gambar.
 Perhimpunan awal pagi pd.isnin 23 februari 2015.
 GB berucap

 Inilah wajah anak murid aku yang baru.Mereka berada di tahun 3.  Aku minta  dgn.GB mengajar di tahun 1, tapi dia bagi tahun 3.Ok lah tu..
 Murid tahun tiga, peringkat umur begini mereka sangat ingin tahu dan banyak menyoal juga membantah..hahaha..seronok mengajar mereka.Aku kena banyakkan aktiviti tanya dan jawab, kenapa mengapa...huhu..layan kerena anak anak berusia 9 tahun..tak apa seronok.
 Ini murid tahun 6, gadis2 pra remaja..aku benar benar sukakan mereka..mereka sedar diri dan tahu diuntung,ada doa yg.manis mengalir dihati nurani ku untuk gadis2 manis ku ini.


Hari ke 3 aku berada di sekolah ini iaitu pada 25hb.hari rabu, rombongan nazir sekolah dari ibu pejabat datang membuat lawatan bersama rombongan PPD dan pegawai2 SIP +
Penuh halaman sekolah dengan kereta yg.besar2.
Sempatlah ambik gambar dengan rombongan ni.Barisan yg.duduk rombongan pegawai seramai 13 orang semuanya.

 Mereka datang nak periksa isi fail kurikulum, fail panatia..segala macam fail.
Hahaha..teringat satu cerita disebuah sekolah luar bandar yg.untuk ke sekolah tersebut terpaksa turun naik bukit bukau..bila pegawai2 ibu kota datang melawat asyik2 nak tengok fail2 sekolah, apa lagi GB sekolah tu naik angin sambil berkata " kenapa kamu datang melawat asyik2 tanya fail, cari fail, bukan fail tu yg kerja mengajar, guru2 yg.berkerja mengajar, kamu tak tanya pun keadaan guru2 tu dan kesusahan serta segala usaha mereka.."..hahaha bila difikir2 logik juga kan.
 suasana saat itu..sempatlah aku turut serta sediakan jadual2 yg.memang dibawa tanggungjawab aku.
huhu bersengkang mata juga dibuatnya.
 ketua rombongan bersama PPD yg.baju merah tu.
agak kelakarlah mentang2 melawat tempat yg.penghuninya ramai suku iranun, PPD siap pakai baju mereah. sesuai dengan ungkapan orang 'dulu dulu'...dalam bahasa iranun 
"mapia mariga anan pagari" hahaha...ok lah tu.
kot hitam nilah GB sekolah aku, serius benar orangnya, tapi disebalik wajah tegasnya, dia amat peramah, suka berbincang dan setia dengan guru dan bangunan sekolah, maksudnya dia sentiasa ada disekolah..hahaha..dia keluar kalau ada mesyuarat je..I like it. hihihi..saja buat catatan utk.gelak2 bila baca semula nanti. Juga untuk tatapan Miming yg.juga bakal berdepan dengan senerio sekolah.

ok lah sampai setakat ini.Sekadar catatan untuk kenangan.Salam ceria selalu.

1 comment: