Mac telah berlalu, kesibukan yang teramat sangat membuatkan aku tak mampu mencatatkan walau sepatah kata dihalaman disini dalam lingkaran ini..sedar tak sedar aku telah pun memasuki halaman April dan meninggalkan hamparan bulan Mac tanpa berkata kata.Aduhai..
23 mac, buah buah tembikai di ladang 1, Lembah Seribu Bintang telah matang dan bersedia untuk di tuai, namun terjadi masalah kebanjiran buah di pasaran, buah dari ladang tak dapat dipasarkan sepenuhnya.Ada masalah disana sini, harga buah jatuh sehingga 40 sen se kg.Hampir 25 tan buah diladang 1, terjual hanya sekitar 6 tan.
Tak ada lagi kata kata, hanya doa.
..........................................
Meski cuaca panas terik dan kedudukan ladang tepi pantai namun dengan izin Allah hasil buah tembikai sangat menjadi mencecah berat rata rata 8kg ke 13 kg untuk tembikai merah
Ini tembikai nama nya Hitam Manis@ madu..bila tak musim buah jenis ini lebih mahal.
Jenis jalur yang rapat rapat tu, jenis kuning dragon, ini juga mahal dipasaran tapi kini,dia langsung tak dapat tempat dipasaran, punca nya hampir seluruh daerah di negeri sabah telah memasarkan buahnya serentak...melambak2 buah dipasar borong..biasanya buah2 ini akan dipasarkan ke serawak dan Berunai.
Jenis jalur yang rapat rapat tu, jenis kuning dragon, ini juga mahal dipasaran tapi kini,dia langsung tak dapat tempat dipasaran, punca nya hampir seluruh daerah di negeri sabah telah memasarkan buahnya serentak...melambak2 buah dipasar borong..biasanya buah2 ini akan dipasarkan ke serawak dan Berunai.
Senja pun bertandang terlukis pelbagai warna mewakili emosi insan penghuni ladang di Lembah Seribu Bintang yang nyaman. Ada airmata yang ingin tumpah namun semuanya ketentuan Allah.
Bila malam menghampiri kelihatanlah bulan berwarna merah, terbentuk bulan sabit..ada gerhana bulan..tak dapat ambil gambar..hanya ini yg.termampu dirakam oleh kamera kecil panasonic-DMC-LS85 yg.dah berusia hampir 7 tahun .
ok lah sekadar catatan kenangan sempena siang tadi 4/4/2015, hari sabtu yg.gerhana dimata, bercahaya dihati.Alhamdulillah.Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment