Hari selasa 7 April yang panas berbahang. Dah hampir 2 bulan hujan tak turun di daerah tercinta ini.
Apa pun bunga bunga di halaman tetap berusaha untuk hidup dan menyesuaikan diri dengan suhu yang panas melampau...termasuklah bunga koleksi yang satu ini.TERATAI bunga indah.
Suatu ketika dahulu masa aku remaja aku selalu melihat bunga teratai tumbuh ditengah paya, hanya mampu melihatnya dari jauh
Ingin benar aku menyentuh kuntum2 bunganya yang besar namun tak berdaya kerana apa pun jenis tumbuhan spesis teratai ini bukan mudah untuk dipetik kerana ia tumbuh ditengah paya dan akarnya jauh tertanam di lumpur yang dalam.
Masa berlalu kini aku telah berjaya memilikinya, Alhamdulillah. Puaslah aku menatap dan mengusap kelopaknya yang keras seakan akan bunga plastik.
Awal pagi sekitar jam 10, warna bunganya kebiru biruan dan bila petang ia berwarna
unggu merah jambu.
Ini pula spesis teratai yang dikenali sebagai 'TELIPOK@TELIPUK'
Bunganya warna merah hati dan lebih besar dari bunga teratai .Bunga nya sebesar bunga matahari.
Ia kembang hanya sekal, kembang waktu pagi dan kuncup semula pada waktu petang.
Keesokan paginya ia tak akan kembang kembali. Keindahannya hanya sementara.Huhuhu..seperti usia remaja.Remaja hanya sekali hihihi..
Bunganya warna merah hati dan lebih besar dari bunga teratai .Bunga nya sebesar bunga matahari.
Ia kembang hanya sekal, kembang waktu pagi dan kuncup semula pada waktu petang.
Keesokan paginya ia tak akan kembang kembali. Keindahannya hanya sementara.Huhuhu..seperti usia remaja.Remaja hanya sekali hihihi..
Cantikkan..aku nak petik kuntum yang cantik ini, kerana esok ia tak akan kembang kembali, namun aku tak sampai hati, niat hati nak simpan dalam vas, penghias meja tulis..namun..tak ingin mendera makhluk yang satu ini...tak apa lah..jom nyanyi.
......lalalala...teratai bunga indah, engkaulah lambang..huhu..lupa lirik lak..
......lalalala...teratai bunga indah, engkaulah lambang..huhu..lupa lirik lak..
Lia, ayu n ming ming..sambung lagu tu ahaa.
Ok lah sekadar catatan kenangan untuk teratai yang indah ini.Salam ceria selalu dan assalammualaikum.
Assalam Puteri... teratai indah... banyak koleksinya..
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Mar.
DeleteAlhamdulillah dah ada 3 jenis tapi baru dua jenis yg.berbunga.Terimakasih Mar masih terus berkunjung dihalaman ini.
Salam Puteri,
ReplyDeleteMak Aji dah lama jatuh cinta dengan bunga ni tetapi apa kan daya setiap kali bertanyakan harganya, terpaksa telan air liur sahaja! Mahal sangat harganya!! Gigit jari!
wa'alaikumsalam Mak Aji.
Deletebunga ni memang mahal kalau di nusery terutama di sekitar kl.
Tapi yg.koleksi saya ni, free je..minta dengan kawan2 yg ada tanam dan ada yg.saya ambil sendiri dikawasan yg.agak mencabar.hihihi..berbaloi...kalaulah pokok ni tak mudah kering nak saya kongsi ngan Mak Aji. Mak Aji email alamat..nanti saya usahakan..k.
Assalam.. Mengapa ya bunga terataibila kita petik dlm beberapa minit ia kuncup..
ReplyDelete