Monday 18 May 2015

catatan terhad dibulan mei

Bulan Mei banyak catatan yang ingin aku kenangkan, namun masa sangat terhad.
Banyak perkara yg.membuat aku menjadi sibuk.
Pagi petang mesti siram bunga pujaan ku ini.Ini juga membuat aku sibuk.
 Bunga nya besar dan banyak.Sangat tinggi.
 Kuntum kali ini benar2 sebesar pinggan.
 Ini antara yg.besar dan sihat.


gabungan warna merah jambu dan kuning...ada warna di halaman rumahku.
 Perkhemahan unit berunifom, perasmian penutupan dibuat pd.16 mei hari sabtu, tentunya hari guru.
Best sangat ada kenangan.
 10 tahun kehadapan mereka ini akan menjadi remaja dewasa..semoga aktiviti sebegini dapat menyumbang pembentukan disiplin yg.baik pada anak murid ku ini.

 seronok dapat bersama .

 barisan puteri Islam, semoga puteri puteri ku ini akan berjaya mengharungi kehidupan didunia ini yg.penuh cabaran.
 bermalam dalam khemah dan membuat aktiviti disiang harinya benar2 menguji stamina anak2 remaja ini.
Hanya sebuah catatan kenangan di Mei ini.Assalammualaikum.