Thursday, 1 January 2015

Harga yang tak ternilai

 Satu januari 2015 hari khamis yang redup.  Aku mulakan catatan kenangan dengan benda yang tak ternilai harganya.  Gelang emas milik ibu.
Hari ini aku menghadiri dua majlis perkahwinan ditemani Ir, Miming,Aida dan Suhaila.

Menghadiri majlis perkahwinan ini, aku teringin nak memakai gelang emas ibu yg.ditinggalkannya utk.ku.  Sengaja aku buatkan entry untuk gelang ini utk.menyimpan gambar reka bentuk gelang ini yg.sekarang memang sudah tidak ada dipasaran rekaan sebegini rupa.
 aku pernah mengunjungi beberapa kedai emas dikelantan,terangganu, pahang dan K.Lumpur dan menunjukkan rekaan gelang ini, andai mungkin masih ada dijual rekaan seperti ini..aku ingin menambah koleksi..tapi menurut tuan2 kedai emas yg.aku kunjungi, rekaan gelang ini sejak tahun 1930an lagi..acuannya memang dah tiada.
 Ada yg.menawarkan harga RM12 k, ada ukiran halus dipermukaan bahagian atas.
 bingkai bahagian bawah, yang orinya berbentuk bangel, malangnya kerana kecuaian, ia telah patah dan skru penyambung antara ruasnya tercabut dan hilang, terpaksa lah aku bawa ke kedai emas di Maran Pahang, dan tuan Haji pemilik kedai itu, mengantikannya dengan jenis rantai berbentuk leper.

Aku tak kisahlah yg.penting masih boleh dipakai.
 rantai penyambungnya seperti dalam gambar dibawah ini.Cantikkan.
Barang kemas mesti dipakai dan tak boleh disimpan..masalahnya kalau pakai takut pula kena ragut, nak jual sayang. Jadi nak buat macam mana..kan..Apa pun gelang emas ini akan sentiasa menyegarkan ikatan perasaan antara aku dan ibu, meski dia telah pergi, doa dan ingatan ku kekal bersamanya..semoga kehadiran tahun 2015 ini ayah dan ibu menikmati suasan indah dialam sana.

Semoga Allah sentiasa menyayangi mereka sepertimana ayah dan ibu menyayangi aku sejak kecil2 lagi..amin.
ok lah sekadar sebuah ingatan diawal januari ini.Salam ceria dan assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment