Hari ini 19 ogos, hari isnin yg.ceria. Ditempat kerja, semua sibuk cerita kisah hari raya. GB membuat perbincangan mengenai jamuan hari raya dan sedikit mengenai lanskap sekolah.
Sebut tentang lanskap, aku teringin sangat nak penuhkan persekitaran sekolah dengan bunga unggu berasal dari kota Malang ini, sebagai kenangan, dan aku tak ingin kehilangan generasi bunga ini.
Di perkarangan rumah ku ia hidup subur.
Waktu aku terimanya dari sahabtat blog ku 'yuni' di Indonesia bunga ini cuma ada satu warna iaitu unggu.
Masa berlalu bunga ini telah mula memiliki warna2 yg. berbeza.
Sebut tentang lanskap, aku teringin sangat nak penuhkan persekitaran sekolah dengan bunga unggu berasal dari kota Malang ini, sebagai kenangan, dan aku tak ingin kehilangan generasi bunga ini.
Di perkarangan rumah ku ia hidup subur.
Waktu aku terimanya dari sahabtat blog ku 'yuni' di Indonesia bunga ini cuma ada satu warna iaitu unggu.
Masa berlalu bunga ini telah mula memiliki warna2 yg. berbeza.
Tetiba tumbuh warna lain macam gambar dibawah ni.
putih berjalur unggu./ini ku tanam berdekatan dengan bunga zinnia putih.
Ini warna asal unggu/
Dan yg.ini berwarna pink terang. Ia aku tanam berdekatan dengan bunga ros merah jambu ku.Apa kah warnanya bertukar pink ini akibat pendebungaan silang?..oh alang kah cantiknya kalau ia bisa menyerap warna2 terang dari bebunga lain yg.ada dihalaman.
ku harap ia akan menyerap warna merah dari bunga balsam ini.
atau menyerap warna kuning dari bunga matahari ku ini.
Bunga matahari sepanjang musim, berkembang selepas musim hari raya.
Warna merah ini pun cantik, bayangkan ia bertukar warna dengan bunga cantik ini, mesti lagi cantik kan.
Ok lah salam ceria dan assalammualaikum
AsSalam kak puteri,
ReplyDeletecantiknya bunga-bunga ni. Perubahan warna bunga-bunga tu mungkin juga hasil pendebungan silang kot ye. Akan lebih cantiknya jika bunga-bunga itu menjadi kuning dan merah.
Wallahhualam.
wa'alaikumsalam dik.
Deleterasa terhibur menatap pelbagaiwarna dihalaman.Terimakasih 'warna sari'..cantiklah nama ni..kalau ada restoran nanti nak ambi nama ni, cantik dan berpuisi..secantik pemilik blognya..hehehe
This comment has been removed by the author.
DeleteMaaf td delete sebab ada salah ejaan
DeleteSeronoknya kena puji...hihihi (gurau je..)
Semoga impian kak puteri untuk memiliki restoran akan dimakbulkan Yang Maha Esa. Kalau akak buka restoran nanti adakan juga menu ala thai...
Salam kak,
ReplyDeletecantik btul yg putih berjalur ungu tu, mak sy kata bunga ni namanya bunga sudu itik
wa'alaikumsalam dik Rose.
Deletebunga 'sudu itik'..sekurang kurang nya ada nama tempatannya kan.Baru akak tau..terimakasih berkongsi maklumat.Hidup ke bunga tu?..
mak saya yang tanam, nanti balik sy tengok lagi, rasanya hidup masa sy balik raya aritu
DeleteAssalamualaikum Puteri,
ReplyDeleteSubhanaallah cantiknya bunga unggu dan hasil kacukan dengan warna lain.Kalau ada benih nanti saya nak beli ye. ini email sy saodahmail@gmail.com. TQ
wa'alaikumsalam saodah.
DeleteTerimakasih sudi melawat dan oder benih. hehehe..belum sampai ke tahap nak niaga benih lah dik.Kalau nak minta kongsi boleh.Bunga ni tumbuh melalui keratan ranting dan mudah hidup.Insyallah nanti email alamat k.
salam kak..
ReplyDeleteyg jalur ungu tuh mmg cantik..akak tanam bunga matahari lagi yer...?
wa'alaikumsalam dik,
Deleteiya bunga matahari akan menjadi bunga tema di halaman dalam lingkaran ini..sepanjang tahun dan selamanya selagi terdaya. Jom tanam bunga mata hari.Ini mata hari baka op dari blog 'tanam sendiri.com'
As salam cikgu,
ReplyDeleteBunga snap dragon yg cikgu beri pada saya pun berbunga. Indah dipandang mata. Spt kata mak smRose, kat tempat saya ia juga dipanggil bunga sudu itik. Cross breed biasa berlaku utk spesis dan famili yang sama tp semuanya atas izin yg Maha Kuasa.
wa'alaikumsalam Adry.
Deleteoh alangkah gembiranya, nak tengok lah..mesti dia selalu unggu melihat tempat barunya hehehe...Lynn di subang jaya pun dah berbunga subur katanya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete