Monday, 6 May 2013

tugas Peneroka disisi Allah.

Petang tadi aku bersama 'ir' bergegas memeriksa kerja2 peneroka yg.aku upah untuk membuka tanah yg.aku terlibat mengusahakannya.
Bila aku tengok tugas mereka tersangatlah beratnya.  Hampir kesemuanya memerlukan kekuatan tenaga tubuh badan@tulang empat kerat, kudrat yang Allah bagi.  Cuaca yg sangat panas berserta udara pantai, rasa kasihan melihat mereka.  Meski mereka ku bayar upah, namun terasa.. wang bukan segala galanya.

Keadaan ini lebih membuat aku rasa terhutang budi mengenangkan segala penat lelah orang2 terdahulu peneroka zaman datuk nenek kita yg membuka ladang2 utk.kelapa sawit, ladang getah, ladang2 sayur, bangunan2 dan pembukaan bandar2, mesti segalanya bermula dengan menggunakan tenaga manusia.
Ada peluh yg.menitis dibumi tercinta..dari hasil peluh tersebut ramai yg menggunakannya selagi dunia berputar.

Setakat ini, tanah yg.sedang aku usahakan, sedang giat untuk dipasang pagar dan pembinaan sebuah pondok.  Aku nak buat pondok berukuran panjang 18 kaki, lebar 14 kaki..bolehlah tempat berteduh.
Buat sementara waktu aku pasang pagar dawai kawat berduri utk.seluas 2 ekar.,aku juga sudah meminta seorang haji membajak kawasan 2 ekar tersebut untuk aku menanam kacang tanah dan ubi keledek. Bahagian tepi aku nak tanam kelapa pandan diselang seli kelapa mawar.  Upah membajak 4 kali gembur berharga rm800.00 utk.2 ekar.

Tiang pagar aku meminta para pekerja menggunakan kayu lensana, satu ringgit satu pokok. setakat ini baru terkumpul 400 batang, masih tak cukup.nak beli tiang pagar kayu belian, 2x2, sangat mahal rm14, 1 batang.Hilang bajet.

                                       Jom tengok gambar.
                                       Jalan raya ke kawasan tanah yg.sedang diusahakan, di kiri kanan telah ada kebun2 pisang yg sedang giat di usahakan oleh peneroka yg lebih dulu membuka tempat ini.

saujana mata memandang, tapi tempat ni.. sudah ada pemiliknya.


Tempat aku ni menghadap pantai, penjuru tanah ada alur air masin, banyak anak2 ikan.
Kerja2 nak memasang tiang pagar.  Guna pokok 'lencana' saja. Pokok ni pandai tumbuh membesar jadi pokok kayu.
                                              Upah lori mahal..beratus ringgit, muatannya cuma kayu2.
                                             kalau tanah ini berjaya diusahakan dan mendatangkan hasil, orang inilah yg.sangat bererti dalam pembangunannya dan menolong aku membukanya.
                                        Pakcik ini pula tugasnya membuat pondok.
                                        Cepat dia berkerja.
                                          Lokasi pondok sudah direlong.

          menentukan kawasan yg.hendak dibajak, pak haji tuan traktor sedang berbincang meminta kepastian.

       
                                         Bayangkan pondok ini suatu hari akan menjadi sebuah rumah peranginan.  Tak ada siapa yg.akan tahu ketentuan Tuhan.Allah meminta kita untuk terus berusaha dan sentiasa meminta kepada Nya, tanpa berputus asa.  kalau itu menjadi kenyataan 5 tahun ke hadapan atau 10 tahun lagi, kalau ada umur, rakan2 aku bolehlah menginap percuma hehehe..duduk2 melihat matahari terbenam didada laut yg.wangi, sambil sembang sejarah tanah ini dan menikmati kelapa mawar.Hahaha berangan ni..
Tempat ini sangat cantik, kalau dah ada peluang dan perlaksanaan sampai ke 2%, kita kongsi gambar dan cerita lagi.  Untuk Rashid dibanglore sana, labu kundur tu nampak hidup dan meriah.

Mula2 memijak kaki ke tempat ini, hanya aku dan anakanda Rashid berserta tuan yg.mengurus tanah ini bersama isteri dan peserta2 yg.lain.  Aku tanam labu kundur dan kelapa bali dalam hujan lebat lagi berpetir sabung menyabung..sekali petir berdentum, aku terus masuk dalam kereta dan drive pulang. 3 minggu kereta aku basah tempat duduknya dan berbau..hehehe..

Ok lah..semoga bersama lagi.Salam ceria.

9 comments:

  1. salam kak puteri..ini ke tanah yg diceritakan sebelum ni..luas mmg berbaloi sgt dgn harganya..mmg rezeki kak puteri...banyak jugak yang perlu dikorbankan wang ringgit yer..in shaa allah akan lebih berhasil kemudian hari...berjasa dgn tanah tak rugi kan..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Nadia,
      hehehe inilah tanah tu, tanah tepi pantai tapi pelik nya, apa saja di tanam semua hidup subur.

      Delete
  2. salam kak..
    bestnya dapat tanah macam nie..dekat ngan pantai, dapat berkebun lagi..semoga semuanya mendatangkan hasil inshaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      alhamdulillah memang best ada tanah yg luas untuk bebas bertanam apa saja yg disukai..tapi penat sangat, dan semakin hari kehadiran projek baru ini, menjarakkan aku dgn dunia maya..susah dah nak blogwalking, tak cukup masa.

      Delete
  3. As salam cikgu,
    Luasnya kawasan tanaman utk pertanian yg cikgu akan usahakan ni. Tanah ni jenis apa ye cikgu? Biasanya kalau berdekatan dengan laut, tanah jenis peroi dan berpasir. Sangat sesuai untuk sayuran dan tembikai. Di sana mungkin tanah tepi pantainya jenis lain kerana bentuk muka bumi yg berbeza.

    Semoga cikgu berjaya dengan usaha ini.

    ReplyDelete
  4. walaikumsalam Adry,
    Terimakasih atas doa itu. amin.
    jenis tanah ditempat ini berwarna hitam gambut, peroi.Berpasir tapi isi kandungan tanah lebih kepada lapisan rumput2 tebal yg dah lama reput.Tempat ini asalnya padang ragut untuk lembu2 dan kuda.Sangat suburlah, cuma kekangan sekarang bekalan air tawar.Terpaksa keluar bajet untuk menanam hos paip kedalam tanah berpuluh kaki jauhnya untuk sedut air tawar, harap2 ada.
    Semuanya sedang berjalan, tapi rasa sangat slow.

    ReplyDelete
  5. Tanah pantai kalau nasib baik mmg subur..sbb dia peroi dan bwhnya hitam.. aliran zat yg baik utk tanaman. Beruntung kak Puteri...Pelan2 buat.. Lynn x cepat mcm akak, sbb ada full time job, 2 part time.. rasa mcm nak belah bdn jadi 2.. kdg2 nak give up pun ada.. letih yg amat sgt. Tp bila menjadi apa yg dihajat, walaupun kecil, rasa happy & puas sgt kan.. Hm, nanti ada rezeki lynn jln2 lg ke Sabah, blhlah masukkan Kota Belud dlm agenda..he he..

    ReplyDelete
  6. Memang penat Lynn, sangat penat duit pun keluar mencurah2, tapi alang2 bermula, biarlah sampai ke penamatnya. Lagi pun kalau ia dah berhasil, banyak benda boleh jadi.Permulaan ni memang susah.

    hemm kalau nak berjalan melihat yg.indah2, Kota Belud bukan tempatnya, tak ada apa di desa serba kekurangan dan terabai dari arus pemodenan negara.Cuma tempat ni aman tenteram, tak sesak dengan manusia.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Nak tanya kat mana beli kayu lensana tu? Sy dln proses nk buat pagar..mahal betul..
    Dawai kawat 3 lapis..saru ekar je...now mnta upah 5k..
    Kepala hotak nye mahai..
    Bole bantu saya tak..tanah di sepang..mukim labu..
    Ni nombor telepon saya..whatsapp pun ok je

    013 280 3520

    ReplyDelete