Kemarin 29 may, awal pagi masih lepak di putera jaya.Jam 2 petang penerbangan balik ke kampung halaman.Lima hari di kuala lumpur, terlalu meletihkan.Tapi bestnya sempat balik jumpa 'cik' dibumi pahang.Gembira jumpa dia. dia sihat saja.Alhamdulillah.
28 may, berlangsung majlis konvo 'Ir Junior' alhamdulillah semuanya selamat.
Gembiranya hati dapat menghadiri majlis konvo ini. Sedikit gambar untuk sebuah kenangan dimasa mendatang.
Bunga bunga anika warna,tentunya sangat indah dan ceria, seindah dan seceria inilah perasaan ku menghadiri majlis anakanda tersayang 'ir Junior'
Menitis air mata gembira saat menyaksikan ir junior berarak memasuki dewan majlis penganugerahan.
Di atas pentas aku lihat dia 'ir Junior',guru muda pewaris tugas ayahibu.
Alhamdulillah. akhirnya dia sampai juga ke garisan penamat selepas berjuang 5 tahun setengah mengumpul ilmu perguruan di kampus IPGK Kent.
saat sangat bermakna menyaksikan 'ir' memeluk 'ir junior'..mereka ini nafas hidupku.
ibubapa mahasiswa perguruan dari seluruh Malaysia yg.hadir memeriahkan majlis konvo.untuk sesi 28 Mei, sesi pagi..sebelah petang sesi ke 2.Berlangsung selama 3 hari.Rasanya 3 hari KL dibanjiri kaum keluarga yg.datang dari setiap pelusuk negeri seluruh malaysia.Ramai sungguh.
Guru guru muda ini akan memulakan tugas mereka diseluruh pelusuk bumi Malaysia tercinta.Cabaran akan timbul apabila ditempatkan dibumi sabah dan serawak yg.jauh di sudut perkampungan hutan khatulistiwa.
'pesanan' kepada ibu bapa ketika anak anda melapor diri ke kawasan bahagian sarawak, sangat penting ibubapa berurusan terus dengan PPD, dan sekolah tempat mereka akan pergi, kalau guru perempuan temankan mereka, sampai ke tempat mereka bertugas. Tragidi bot karam dibahagian sibu, boleh berulang bila2 masa, kerana pengangkutan disini adalah pengangkutan air. Banyak cerita sebenarnya nak dikongsikan.Tapi malas sebab semuanya cerita melemahkan semangat, tapi seorang guru ada caranya sendiri untuk mengatasi masalah yg.ditemuinya..kerana dia seorang'guru'..Tahniah guru2 muda generasi ku yg.tercinta.
Ok lah..sampai disini nanti nak cerita mengenai pokok yg.dibeli dari nusery sg.buloh 'black pepper king'.
Assalammualaikum.
Salam Puteri,
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan anakanda melepasi tempoh perjuangan selama 5 tahun! Kakak sulung Mak Aji pun hadir sama untuk konvo tersebut - anaknya lepasan IPG Pulau Pinang. Semoga mereka tekun menabur bakti kepada anak bangsa!
Datang nurseri Sg. Buloh eh? Mak Aji tinggal kat Sg. Buloh juga ni!! x jauh dr nurseri tu!
walaikum salam Mak Aji.
DeleteTerimakasih, amin.
wah kalau tahu tentu boleh buat temu janjikan, boleh turun sama2 dan pilih bunga..hehehe..mesti meria.
Salam Puteri,
DeleteNext time turun sini bagitau ya, boleh date pilih bunga insya-Allah!
Insyallah mak aji.Terimakasih.
DeleteTahniah, semoga menjadi pendidik yg komited
ReplyDeleteTerimakasih Rose.Terimakasih atas doa itu, amin.
DeleteSalam kak..
ReplyDeleteselamat kembali..tahniah utk Ir. Junior yg tlh mencapai cita2 dan membanggakan kedua orng tuanya..semoga menjadi guru yg cemerlang dunia akhirat..inshaallah..
walaikumsalam dik.Terimakasih atas kunjungan dan doa itu.
DeleteAssalamualaikum umi..tahniah!!^_~ terharu sungguh melihat gambar2 ni.. huhu.. Berjaya dah Ir Junior...syukur alhamdulillah..semoga mewarisi kejayaan umi dan ayah..amin yaRabbal alamin...
ReplyDeleteterimakasih.
ReplyDelete