Assalammualaikum.
Dah lama tak cerita tentang perkembangan semaian sayur-sayuran dihalaman sendiri.
Dalam banyak2 benih yg.disemai dari berjenis basil, labu, hingga ke betik sekaki serta berjenis sayuran daun ada satu benih semaian yg.aku terlepas pandang, entah kenapa aku tak pernah sebut sidia yg.satu ini.
Sidia ini bernama 'terung giant'. Benih tentunya aku pesan dari tuan blog 'tanam sendiri.com'. Aku tak pesan banyak cuma satu bungkusan kecil mengandungi 10 butir benih halus. Aku semai serentak dengan benih selasih dan berjenis2 basil, labu venus dan yg.lain2. Tumbuhan yg.lain ada yg dah habis di sayur dan diulam, namun terung ini masih dalam proses menunggu hasil.
Jom tengok gambar.
Aku semai seangkatan dengan peria jantung dan peria katak, kacang panjang renik.
Aku alihkan pokok saat sebesar ini, aku rasa luas kawasan menanam yg.aku sediakan cukup besar untuk kesemua anak pokok ini,
Bila dah besar, hari demi hari daunnya benar benar memaparkan gambaran namanya'giant'. Esok2 buahnya macam mana ye. Kalau ibu aku masih ada dan melihat cara aku menanam terung ini, sekali lagi dia akan kata aku tak ada akal.hehehe.. ibu aku cukup marah bila dia namapak aku tanam sayur rapat2, dia kata tak dapat bernafas pokok pokok itu. Dah lama tak cerita tentang perkembangan semaian sayur-sayuran dihalaman sendiri.
Dalam banyak2 benih yg.disemai dari berjenis basil, labu, hingga ke betik sekaki serta berjenis sayuran daun ada satu benih semaian yg.aku terlepas pandang, entah kenapa aku tak pernah sebut sidia yg.satu ini.
Sidia ini bernama 'terung giant'. Benih tentunya aku pesan dari tuan blog 'tanam sendiri.com'. Aku tak pesan banyak cuma satu bungkusan kecil mengandungi 10 butir benih halus. Aku semai serentak dengan benih selasih dan berjenis2 basil, labu venus dan yg.lain2. Tumbuhan yg.lain ada yg dah habis di sayur dan diulam, namun terung ini masih dalam proses menunggu hasil.
Jom tengok gambar.
Aku semai seangkatan dengan peria jantung dan peria katak, kacang panjang renik.
Aku alihkan pokok saat sebesar ini, aku rasa luas kawasan menanam yg.aku sediakan cukup besar untuk kesemua anak pokok ini,
Setakat ini, pokok2 terung , seakan berlumba2, daun siapa lebih lebar. Pokoknya nampak rendah, aku rasa nak alihkan separuh ke dalam pasu, masih boleh dialihkan ke?..pokok dah besar ni, nampak dah nak keluar bunga. Atau biarkan saja,
Ini pula saki baki labu manis baka op benih dari Tuan Iskandar juga. Labu baka op ini sangat sedap, isinya padat dan empuk. Banyak buahnya tapi dah habis, aku tinggalkan sebiji ini untuk gadis merah jambu ku yg.akan balik bercuti.
ini pula barisan pokok2 betik sekaki yg.semakin meninggi dan semakin dilupakan, sebab bila dah tinggi malas nak ambik tangga.Hanya tinggal 2 pokok sahaja lagi yg.rendah. Tak terbuat lagi resepi somtam meski semua bahan telah disediakan, tak ada masa nak makan.
Ok sampai disini.Salam ceria selalu..eee bestnya nak ke KL, beli sutera lukis Terengganu, dapat pilih sendiri.
Bestnya tengok labu tu...macam mana nak tahu dia dah masak untuk dipetik wahai Puteri Purnama?
ReplyDeletesalam Dr.H
Deletebiasanya saya tengok daun kalau dah nampak kuning dan kering..dah cukup matang, boleh petik.
salam kak..
ReplyDeletebetul kata mak akak tuh..manaleh terung dok sesak gitu..pokoknya nanti besar..alamak berperanglah dlm tempat sempit tuh..:)
walaikumsalam dik,
Deleteentahlah, masa pokok tu kecik nampak muat, bila dah besar..susah hati pula tengok.
Ooo... ingatkan tadi terung tu dibeli di Giant.... hahaha
ReplyDeletehehehe oh iya ke.Terimakasih sudi berkunjung.
DeleteSubur betul tanaman akak, tak sabar tak tengok buah terung giant tu.
ReplyDeleteok kita tunggu sama sama.
Delete