Monday, 20 May 2013

Jom Baca sama sama.Mencari ubat di sebalik tersirat.

Assalammualaikum.
Ada seorang kawan, selalu mengadu, dia rasa sakit macam2, katanya puas dah makan vitamin dan macam2 makanan tambahan, tapi dia rasa tak sihat juga..kebetulan aku kena sakit mata, baru mula nak bengkak, aku ubatlah sapu dengan air liur basi, maksudnya awal pagi sebelum berus gigi, baca selawat 3 kali dan doa.
Berkat dari Allah, bengkak tu tak menjadi.  Kawan tanya lah aku makan vitamin apa, bengkak mata aku dah bantut, aku tak ada makan apa2 vitamin, aku makan ulam selasih je..kebetulan daj banyak dan air liur sebagai ubat sapu..hehehe dia tak percaya.

Apa pun sebenarnya ubat yg paling berkesan cari sendiri ada dalam al quran, tak tahu baca , baca tafsir dan fahaminya betul2 dengan yakin, tapi bukan baca sekali, kena baca berulang kali setiap hari.  Mana ada masa.  Ada, cari masa tengah malam ke, subuh ke..yg.penting masa rehat.
Kalau tak baca sekarang, bila lagi.masa bujang2 memang dah baca, tapi fahamnya banyak mana?..
Jom baca ikut imam ni.



Surah Taha سورة طه





Bismillah 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
 Taa' Haa.
(Taha 20:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

A002
 Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
(Taha 20:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A003
 Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
(Taha 20:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A004
 (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
(Taha 20:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A005
 Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
(Taha 20:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A006
 Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.
(Taha 20:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A007
 Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
(Taha 20:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A008
 Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.
(Taha 20:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A009
 Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
(Taha 20:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A010
 Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
(Taha 20:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A011
 Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa! " -
(Taha 20:11) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A012
 "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
(Taha 20:12) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A013
 "Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
(Taha 20:13) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A014
 "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Taha 20:14) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A015
 "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.
(Taha 20:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A016
 "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.
(Taha 20:16) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
(Taha 20:17) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A018
 Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
(Taha 20:18) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A019
 Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
(Taha 20:19) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A020
 Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
(Taha 20:20) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A021
 Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.
(Taha 20:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A022
 "Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.
(Taha 20:22) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A023
 "(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.
(Taha 20:23) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
A024
 "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".
(Taha 20:24) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark


2 comments:

  1. Salam kak..
    Syifaa' quran yg paling besar adlh penyakit jiwa..bila mendekati quran nescaya akan sembuhlah penyakit jiwa itu..:)

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam dik.
    Betul tu..doa2 dan petua2.satu contoh doa memohon ampun Al-Qasas 28:16-17
    Mohon rezeki,Al-Qasas 28:24,
    petua ketika rasa takut Al-Qasas 28:32.

    Anehnya kan dik, selama ini saya selalu perasan anak2 lelaki apa bila mereka terkejut atau dimarahi oleh cikgu, dari 5 orang akan ada 2 atau 3 orang yg akan berkelakuan mengepit tangan dibawah ketiak, seolah olah peluk tubuh, siapa ajar mereka?.cuba periksa ayat tersebut kategori petua. juga sebaik baik cara memasak daging merah contoh daging sapi@lembu adalah di panggang. rujuk surah Adz-Dzaariyaat 51:26.

    Daging haiwan khususnya lembu, bila dipanggang, semua lemak akan terkeluar, yg dimakan adalah isi,kandungan lemak telah berkurangan..itulah yg cuba diterangkan menerusi hidangan Nabi Ibrahim kepada tamunya.Lemak daging yg dimakan oleh kita akan terkumpul dalam tubuh menjadi sumber pelbagai jenis penyakit, betul kan.Ok lah seronok memahami alquran dan menjadi aset dunia akhirat.

    ReplyDelete