Siang tadi ahad 19 mei, kerja2 memasang pagar kawat duri ditanah pantai sedang giat dijalankan. Balik rumah sekitar jam 3 petang, aku rasa letih sangat terus zzz, sedar2 dah asar.. ingat nak teruskan tidur, tapi tak baik tidur disiang hari selepas masuk waktu asar, bikin sakit, bikin gila,,itu pesan emak, masa emak disisiku.
Aku nak blogwalking, tapi line tak bagus, saat ini dah bagus sikit. Aku jelajah menonton kisah masyarakat di youtube. Aku jumpa vedio ini. Aku masukkan dalam entry aku vedio ini sebagai bahan untuk aku mengingatkan diri, anak, keluarga aku. x student aku, bahawa hidup kita ini, fikiran kita sentiasa berubah ubah. Tinggi mana pun pelajaran dalam ilmu akademik, ilmu agama, kalau tak ada iman dan sikap sederhana, mungkin boleh terjebak dalam perkara2 yg.tak dirancang macam lelaki2 dewasa dalam vedio ini.
Apa saja pun kehendak mereka, mereka lupa rasa malu terhadap pembawaan diri mereka. Mereka menyebut nama Allah, berdoa pada Allah, tapi perbuatan mereka membuat ramalan dan junjung2 buah kelapa ini, rasanya telah meletak kan diri mereka sebagai lelaki waras dan pemimpin ke tahap yg.tak layak sebagai lelaki pemimpin.Pemimpin kepada anak kecil mereka, anak gadis mereka, jauh sekali pemimpin kepada isteri mereka.
Kalau lelaki2 dewasa ini balik rumah, ajar anak isteri mengaji, menghafal al quran, ajar anak isteri berkebun..keluarkan keringat, hasil keringat makan sama2, anak dan isteri, alang kah besarnya pahala yg.Allah janjikan. Ini tidak, mereka mendoakan agar kerajaan jatuh, siap meramal lagi peratus kemenangan mereka. Bayangkan lelaki2 ini menjadi suami kepada perempuan2 yg.datang dari latar belakang keluarga baik2, tapi dapat suami terlibat dalam vedio ini.
Adakah mereka ini lelaki melayu dewasa rakyat tempatan atau Melayu import dari suku bangsa yg.hanyut entah dari kepulauan nusantar yg.mana..
Kita belajar untuk bersederhana melalui kisah masyarakat. Luangkan sedikit masa, mari tengok apa mereka buat ni.
ok.salam ceria.
No comments:
Post a Comment