Saturday, 21 November 2015

Warna ceria di 'lembah seribu bintang'...dah siap cat..

Saat ini cuaca cukup redup, hujan baru berhenti..jam menunjuk kan 5.30 petang, hari sabtu cuti sekolah hari pertama.
Jom tengok gambar aktiviti sepanjang minggu lepas.
Pondok kayu di tanah pantai siap dicat pada hari isnin 16 november 2015.
Aktiviti mengecat bermula pada hari sabtu 14 hb.nov.2015.  Tentulah En.Sikal yang membantu mengecat pondok ini kerana dia juga yg.membinanya di tahun 2013 yg.lalu.  Setelah hampir 3 tahun baru lah ada peluang utk.mengecatnya.Alhamdulillah.
 Setelah dicat nampaklah serinya rumah kecil ku ini, bolehlah tempat rehat2 sambil bakar jagung dan ubi manis.
 Kinabalu tetap tersenyum melihat kehadiran 'ir' dan aku setiap hari andai ada masa terluang.
 
 Barisan pokok2 jagung yg.sedang meniti hari untuk dinikmati.
 


 Batas2 ubi manis yang subur saujana mata memandang. Dah ada isi  ni..tapi belum matang.
 Batas tembikai yg.sudah dialas dengan hamparan plastik tutup bumi, tengah menunggu masa yg.sesuai untuk menyemai dan turun bibit.
Semoga Allah memberi rezeki kepada ku sekeluarga dari usaha yang seperti tak ada penghujungnya ini.
 Ok lah sampai disini catatan kenangan untuk saat ini.Assalammualaikum.

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. perancangn yg memberi hasil berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.selamat tahun baru dengan azam baru ya Mar.

      Delete
  2. Seronoknya dapat tengok gunung kinabalu...petang-petang lagi cantik kan....

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum,nama saya damudin dari indonesia,boleh ke saya tanya kalau nak kerje kat situ jau ke kat masjid,,,???

    ReplyDelete
  4. waalaikum salam Damudin.Maaf lambat membalas salamnya.iya jauh dan sunyi.

    ReplyDelete