Tuesday 8 October 2013

sunflower, murid dan aku

Hari ini aku ke tanah pantai dan telah ku tanam 6 pokok sunflower@bunga matahari hihihi..sunflower tu ayat anak murid.Nak di jadikan perkongsian cerita..

2003 kurikulum negara malaysia telah membuat perubahan iaitu matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris.Di tahun-tahun sebelumnya iaitu sebelum 2003, mata pelajaran sains belum diajar ditahun satu, dua dan tiga.Sains hanya diperkenalkan kepada murid hanya ketika berada di tahun 4,5 dan 6.
Tetiba menjelang tahun 2003, sains diperkenalkan ditahun satu dan disampaikan dalam bahasa english pula.
Murid bandar mungkin tak kisahlah, terutama yg. bergaul dengan kaum cina dan india, english perkara biasa terutama di semenanjung Malaya..hihihi..
Di pedalaman sabah suku kaum masih tebal dengan bahasa ibunda masing2, bahasa melayu pun menjadi bahasa ke dua di sekolah, apa tah lagi bahasa Inggeris nya.

Alang kah sengsaranya nak perkenalkan istilah sains dalam bahasa inggeris untuk anak murid yg pegang pensel pun masih dibantu, apa lagi utk.belajar mengeja dan membaca dalam bahasa inggeris.Membaca dan mengeja dalam bahasa melayu pun payah, memberi nama2 dalam bahasa melayu pun susah.
Kenapa?..sebab emak bapa mereka bercakap bahasa suku masing2 ketika berada dirumah
Bila masa pula anak murid ni, jumpa bahasa inggeris?..
Akhirnya PPSMI pun dibubarkan..

Kesannya anak murid saki baki kurikulum PPSMI ini, bertengkar tentang nama bunga yg.ada dibawah ini..
murid A, kata 'ini 'bunga' sunflower' murid B kata bukan, ini 'bunga matahari'..lalu mereka berpecah dalam dua kumpulan, masing2 nak menang..lalu beranikan diri, wakil datang ke meja guru dan meminta sokongan guru..murid B datang dulu, kemudian diikuti murid A dan puaknya..

sebagai cikgu, saya menangkan kedua duanya dengan menjelaskan sunflower dan bunga matahari ada lah sama tapi bahasa yg.berbeza.
Lalu keesokan harinya saya bawakan mereka bunga mata hari yg.sebenar.Hampir semua mereka tak pernah lihat bunga ini.
Wah teramatlah kagumnya anak2 kecil ku ini.

       Bunga ini mampu menceriakan halaman rumah.Benih asal dari kiriman Tuan Iskandar blog 'tanam sendiri.com'

                                        Semaian yg.telah banyak terjual..dah dapat balik modal benih dan harga belanja beli beg plastik semaian dan baja bunga.
                           Ia hidup merimbun disamping bunga 'lavendar Borneo' berasal dari sahabat Indonesiaku.

                                  Semaian ini telah ramai yg.membelinya.Ia mula beredar dihalaman peminatnya.
                                     antara percaya dengan tidak aku dah menjualnya ratusan ringgit.Aku jual sepokok 3 ringgit tapi kalau beli 2 pokok hanya 5 ringgit.Ramai berminat 4 pokok 10 ringgit. Oleh itu rasanya projek menjadi pengedar semaian sunflower dimasukkan dalam aktiviti 2014,InsyaAllah.Kerjanya mudah saja.
Oh bunga matahari ku yg.subur lagi indah..kau tetap dipuja selagi bernyawa..ahh dalam hati teringat pula bunga2 mawar yg.tiada tandingan hihihi..

ok.lah sekadar catatan untuk perkongsian, terutama golongan peminat kebun tanam sendiri, jom jadi pengedar pokok2 bunga matahari, sasaran kita sekolah2 didaerah masing2..beritahu GB, nak hias sekolah hiaslah dgn.sunflower, boleh buat aktiviti p&p..jangan jual mahal2 sangat dengan pihak sekolah, yg.penting ada aktiviti yg.mendatangkan hasil..ok.Assalammualaikum.

16 comments:

  1. Subur2 pokok bnga matahari akk puteri..lavender tu pun sgt cntik...akk jd tokey bunga matahari dah ni..thniah kak..semoga sukses sentiasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi tak lah sampai jadi tokey mana ada masa, aktiviti masa lapang je yg.boleh menguntungkan..sejam dua..ambik dari masa rehat jam 5.00 petang ke jam.6.30 petang setiap hari. Terimakasih dik.

      Delete
  2. Assalam kak Puteri..
    SubhanalLah... cantiknya bunga matahari dan lavender borneo ( baca post akak baru tau namanya..heee ). Pokok2 pun teramat subur.. nanti nak order benih lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Maszz.
      hihihi tak cukup masa nak mengurus biji benih..tak berani nak jual benih takut benih yg.diedarkan tak bernas, nanti pelanggan rugi, saya pun akan rugi masa...kalau dah jadi pokok, yakinlah jual.Betulkan. Ok dik, jom pelbagaikan hasil tanaman.

      Delete
  3. subhanallah..suka nya sy tgk anak-anak pokok akak..subur...sy ada jugak cita-cita nak buat mcm akak..tapi terbantut..sbb kebanyakkan nak amik free..siap amik dengan pasu plastik pulak tu...huhuh

    lavender tu pun cantik...rasa nak g sana visit...subur betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi nak ambik free ye..susah nak cakap lah..beginilah..kalau pokok dah ada, susun elok2, tambah sikit koleksi yg.dibeli dari nesry pokok yg.murah2, lepas tu, buat signboard tulis harga, letak harga murah utk.pokok yg.mudah hidup..bila ada yg.singgah bertanya dan nampak berminat, promotkanlah pokok yg.menjadi target kita utk.dikomisalkan. k..cuba, biasanya akan berkesan.Lama2 boleh jadi kerja partime.

      Delete
  4. itu lavander punya bibit berapa jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih free kalau minat, ohh tidak, kita tukar dengan benih cili bara tu je, kalau setuju hihihi.

      Delete
  5. Assalam kak puteri,
    Bunga matahari sememangnya cantik. Tambah cantik dengan adanya sentuhan tangan sejuk kak puteri.

    Semoga projek tanaman untuk jualan 2014 akan dipermudah oleh Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Aminn.Terimakasih dik, semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan dan sentiasa dalam peliharaan Allah yg.maha penyayang.

      Delete
  6. Dah cantik bunga matahari...menjadi...ceria2 warnanya..tumpang suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih k Mar. jom tanam bunga matahari.

      Delete
  7. Salam Puteri,

    Cukup ceria dan subur sekali pokok bunga matahari tu! Dah jadi bisnes pula ya, bagus tu, boleh dikongsikan keceriaan!

    ReplyDelete
  8. wa'alaikum salam mak Aji.
    nak kongsi keceriaanlah ni, sebab tu sampai jadi aktiviti bisnes hihihi...saje- saje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila buat yang kita suka, pada masa yang sama duit masyuk!!

      Delete