Thursday 24 October 2013

Tun Dr. Mahathir, dunia Internet dan diri ku.

Perdana Menteri Malaysia yg.ke 4 ini  ayahanda Tun Dr.Mahathir telah berusaha keras utk.menjadikan Malaysia negara maju mempunyai teknologi komunikasi yg.setaraf dengan negara2 maju yang sedia ada. Usaha ayahanda Tun telah membolehkan seluruh rakayat Malaysia dari berbagai lapisan telah berpeluang melayari internet yg.mengandungi pelbagai ragam jaringan, setiap halaman maya yg.diciptakan mengandungi berjuta juta maklumat @messages tersurat dan tersirat.

Terpulang kepada diri memilih maklumat yg.positif atau negetif..
Sesuatu maklumat berunsur negitif juga menjadi ilmu bila diolah oleh akal dan akhirnya boleh membentuk diri  menjadi normal dan berfikiran rasional..membantu celik akal.

Bagi diri ku, peluang melayari internet, membaca artikal dari blog catatan emosi aliran pemikiran dari semua jenis manusia di dalam dunia internet, melayari youtube terutama bacaan alquran dan tafsirnya, ceramah2 ustaz yg.ternama dan sebaliknya, ulasan2 dan hukum, dunia hiburan, ilmu2 keperluan hidup dan ilmu2 keperluan akhirat semua terlalu mudah utk.dicapai..membantu diri berkembang hari demi hari dan ia menjadi panduan utk lebih memahami kehendak diri dan arah tuju dalam mendidik anak2 dan kebahagiaan.

Mari kita bayangkan kalau lah bukan ayahanda Tun yg.menjadi perdana menteri ketika itu, ada tak calon lain seangkatannya yg.akan mempunyai idea dan begitu berani serta  nekad membawa masuk dunia IT ini dalam kehidupan kita??..

Bila hari ini kita telah memilik penambahan ilmu hal2 kehidupan, atau penambahan ilmu hal2 dunia akhirat, yg.begitu mudah dicapai, murah atau percuma..maka kita harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada insan ini.
Ayahanda Tun dan isterinya  Bonda Tun Siti Hasmah.

Jom rehat sambil meneliti nostalgia percintaan mereka..mereka contoh pasangan cinta sejati.
Bonda lafazkan senikata lagu 'gubahan ku' penuh perasaan
'duhai kasih pujaan ku, cintaku hanya pada mu'

ok lah sekadar 'refresh' kepada diri agar sentiasa bersyukur kepada Allah  dan berterimakasih kepada mereka2 yg.berbudi kepada diri kita dan bangsa kita.


5 comments:

  1. Replies
    1. kalau kita tak ada internet, kita tak akan saling bertukar salam kan Rose. dan sampai bila pun akak tak akan mungkin memiliki benih kelapa mantag tu.Alhamdulillah ia hidup subur, cuma dia nampak lonely..hihihi. terasing dari tempat asalnya, cian dia..

      Delete
  2. Assalamualaikum kak puteri
    Bg WS ayahanda Tun memang tiada duanya. Beberapa thn dulu sewaktu WS bertugas di bumi garuda, seorg teman melontarkan kata- kata ini...." kalau kami bisa punya pemimpin kayak Pak Mahathir, pastinya kami sudah bisa bersantai- bersantaian menikmati kemakmuran ekonomi, kamu tahu ngak Pak Mahathir itu duanya duanya di dunia ini. Kamu harus berbangga"

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      wow pernah bertugas di bumi garuda ya, luas pengelaman mu, pantas karya seni foto mu amat jelas pengalaman seorang pengembara.Alhamdulillah.

      Benar dik, kebanyakan rakyat malaysia, sangat tidak pernah rasa terhutang budi kepada usaha ayahanda Tun..segala usahanya seperti diperkecilkan, sedangkan sudah ramai yg.boleh membuat duit hasil dari adanya kemudahan internet dinegara kita...mereka guna internet contoh halaman blog dan FB utk.mengumpat, menyibarkan fitnah, menyuntik buah fikiran yg.jahat berbau hasutan..macam2 lagi..sedih juga. Apa pun jom lah kita guna halaman maya ini untuk saling berbuat kebaikan kerana Allah sahaja. ok.dik.Terimakasih.

      Delete
    2. ya betul tu kak puteri..
      ayat atas tu silap sikit..baris akhir...sepatutnya ..: tiada duanya di dunia ini..." bila guna hp itulah kelemahan ws, silap sesaje.
      Ini dah buka skrin lap top baru perasan...
      maaf sesangat kak puteri.

      Delete