Monday 7 October 2013

walau tak cantik, ia milik sendiri..ada senyum didalam hati.

                                                       Hari ini Isnin 7 oktober, jam 4 petang tadi aku dan Ir ke tanah pantai. Tukang yg.membuat pondok kecil memberi tahu kerja2 pembinaan  telah selesai. 
Keadaan cuaca yg sentiasa hujan setiap pagi dan malam kerja2 mengecat tidak dapat dilaksanakan.
                                                      Beginilah keadaan pondok kecil di tanah pantai .
                                    Mula di bina pd.hari ahad 29 september dan siap pada hari ini isnin 7 oktober.
                                                        Alhamdulillah.
                                         Ada kesempatan ia akan di cat juga.
                                           Saudara Sikal selaku ketua tukang, tersenyum lega meninggalkan tempat ini setelah 9 hari bertungkus lumus menyiapkannya dengan penuh sabar.

Rumput2 yg.tinggi ini akan kelihatan cantik apa bila diratakan rumputnya..nantilah ada kesempatan.
                                        saat ini, hujan dan angin sedang bertiup seperti melepaskan lelah yg.panjang.
            Ok lah, projek pondok kecil telah selesai, mungkin minggu depan selepas raya haji, nak mula membersihkan batas2 tembikai yg.sedang dipenuhi rumput liar.  Nak cari pekerja utk.merumput batas.

17 comments:

  1. Assalamualikum kak puteri,
    Alhamdulillah, cantik la pondok kecil ni. Nampak tegap berdiri di Tanah Pantai bertemankan kehijauan tanaman di bawahnya. Boleh berehat melelapkan mata selepas berpeluh-peluh di kebun.
    Bestnya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      Alhamdulillah dah siap.Itu lah tujuan pondok ni utk.rehat selepas buat aktiviti tanam2 sayur hihihi..seronok.

      Delete
  2. salam kak,
    alhamdulillah dah siap pun..cantiklah kak..
    nanti bolehlah akak sefamily pun dtg berehat2 kat sini..blh letak peralatan memasak sekali..seronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Betul..akak dah lengkapkan dapur gas dan periuk,kuali belanga, pinggan2 semua lengkap, ada stok beras dan ikan bilis, ikan masin hihihi..balik2 rasa nak masak..sedap makan di pondok tepi pantai ni.Best sangat.

      Delete
  3. serius akak cakap..bahagianya,seronoknya jika ada tempat melepaskan lelah mcm tu...ditepi pantai,anginl laut..ombak...subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah , dengan izin Allah, semuanya dah siap ikut jadual.
      Seronok lah dapat masak, makan2 sambil dengar deruan ombak..rasa tenang dan selesa.

      Delete
  4. berapa kos bina pondok macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. upah tiga ribu saja.Perkakas termasuk zink dan paku lapan ribu tujuh ratus empat puluh dua ringgit dan 40 sen..tunaii..hihihi.

      Delete
  5. kak puteri kalau tak cat pun dah nampak seri nyer...suka lah tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nadia, rasa semangat sikit, tapi kena cat juga sebab lama lama warna kayu tu akan jadi hitam dan nampak usang.Tengah fikir2 nak guna cat warna apa..yg.sesuai dgn.keluasan rumah ni..dan tingginya.

      Delete
  6. Cantiklah kak, tentu best sesekali berkelah kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik...tambah seronok dapat masak dan menanam sayur2 yg.disukai.

      Delete
  7. slm m.cik mas...
    wahhh...siap sudah rumah d tnah pantai...alhamdulillah..hihi :-)
    berapa la kos utk buat rumah ni?skejap jga kn siap rumah ni..
    klau pkai cat syelek mesti lg cntik rumah ni..huhu

    ReplyDelete
  8. salam, menarik pondok puan, boleh kongsi nombor tukang kayu yang di upah?

    ReplyDelete
  9. Berapa kos bina pondok nie. Menarik

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.masih ada lg tk rmh kecil ni.boleh tgk gbr terbaru tak.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.masih ada lg tk rmh kecil ni.boleh tgk gbr terbaru tak.

    ReplyDelete