Saturday 19 October 2013

warna-warna yang cantik dalam lingkaran ini.


       Hampir 12 hari tiada ruang untuk lepak dihalaman maya.Ada rindu tak terucap.Terasa sedih bila melihat halaman semakin sunyi.  Ada angin sepi menyentuh ubun hati.
Hemm beginilah hidup.

11 hari menyepi, tentulah disebabkan kekangan masa akibat berbagai peristiwa yg.tak terelak.
Dalam kesibukan membuat persiapan menyambut  hari raya aidil adha, abang kandung arwah ibu  meninggal dunia kerana sakit tua.Ayahanda Haji meninggal pd.hari isnin 14 oktober jam8.30 pagi.

Tugas disekolah semakin menghimpit lantaran sesi persekolahan 2013  akan ditutup pd.16 november hanya beberapa minggu sahaja lagi...

Ada kenduri sana sini, kenduri kematian, kenduri kahwin, kenduri doa selamat..ada jemputan sana sini.hhuu..

Namun dalam kesesakan dan rasa kehilangan..ada benda yg.mudah melegakan hati bila menatap rupa dan warna mereka..
Warna warna ini menenangkan hati yg.gundahgulana.  Nasib baik mereka sentiasa tersenyum mendengar keluh kesah dihati ini.
Inilah persekitaran yg.sangat aku sayang.

Saat hujan turun halaman rumah basah 'ngeremo'
                                            namun mereka ini tersenyum gembira kerana cuaca menjadi sejuk.
                                        Cantik kan warna ini..kedua2nya bunga keembong@balsam, mudah tumbuh.
                                         
                                         Keluarga warna merah jambu atau keluarga unggu?         
                                           Rose ini merah jambu?
                                        Orkid ini merah jambu atau unggu?
                                           Zinnia ini?..
                                                      Ini unggu .
                                                       Ini keluarga unggu.
                                  Biru atau unggu? telang ini ada masanya ia berwarna biru, benar2 biru.


keluarga kuning

                                              keluarga putih.


..dan putih ini seperti hati ku yg.melihat hidup ini seadanya.

Aku rindu pada satu warna..'warna sari' hihihi..ok lah gurau2 ..sekadar sebuah catatan kenangan..assalammualaikum.

12 comments:

  1. Salam Puteri,

    Ucapan takziah atas pemergian bapa saudara Puteri. Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman!

    Banyaknya bunga-bungaan yang kembang, pelbagai warna pula tu! Sejuk nyaman melihatnya disiram hujan!

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumsalam mak Aji.
    Terimakasih.Terimakasih atas doa itu. Inilah gunanya bunga2 agaknya kan utk.menenangkan mata dan jiwa.Saya suka bunga putih bakawali ditaman mak Aji tu.

    ReplyDelete
  3. Assaammualaikum akak puteri purnama..mmg lama akak x bersiaran ni..seronok nya tgk bunga2 akk..warna warni...lavender tu sgt cntik...sya teringin nk ada kebun lavender yg luas..mcm kat negeri omputih tu..hehe..betul kan kak..bila tgk warna warni bunga dan pokok yg mnghijau,ati rasa nyaman sekali.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adrianna, wa'alaikumsalam dik.
      Betul melihat warna tumbuh tumbuhan bikin hati rasa tenteram sama macam memeluk bayi kecil yg.belum mengerti apa apa.
      Jomlah tanam bunga bunga.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak puteri,
    bunga-bunga tu tengah ceria tengah tersenyum disirami hujan. senyuman bunga-bungan membahagiakan tuan yang menanamnya...
    apapun ayat terakhir..."Aku rindu pada satu warna..'warna sari' hihihi."
    bukan sahaja melebarkan senyuman malahan meledakkan ketawa ..alhamdulillah...patutlah ada bulu mata yang gugur...ada yg rindu rupanya..
    .warna sari di sini tak seindah warna warni bunga-bungaan di lingkaran sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      hahaha itulah matlamatnya nak bawa puteri Warna gelak gelak..
      Apa pun inilah gunanya berkawankan, saat otak berserabut ada kawan ajak ketawa ketawa..kalau akak sunyi akak jejalan lawat blog kawan2 dan selalu berfikir adakah mereka juga sedang sibuk..rasa gembira melihat pemandangan dan gambar atau tulisan yg.dikongsikan kawan2.
      ~Terimakasih dik..sudi berkawan..hihihi..'warna sari' tu indah..

      Delete
  5. Salam Kak Puteri,
    Semuanya cantik-bunga2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Rose.
      Ini lagi satu, ya Rose..bila ingat Rose, cepat2 gi tengok pokok kelapa comel tu, wah dia hidup sihat.Semoga diri Rose sekeluarga juga sihat dan sentiasa dalam keberkatan Allah.

      Delete
  6. Assalam.. takziah atas pemergian bapa saudara Puteri... semoga anak2 soleh dan solehah istiqamah mendoakan arwah ... bunga-bunga itu sungguh ceria dan indah bagaikan imbangan pada lingkaran kesedihan dan kesibukan... makhluk Allah ini juga berzikir... semoga ceria-ceria selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam k Mar.
      Alhamdulillah amin, terimakasih k Mar.
      K Mar pun tentu sangat sibuk kan, ada ada saja benda yg.bikin sibuk..ahh dunia.

      Delete
  7. salam kak puteri..takziah & al fatihah pada arwah bapa saudara akak...

    suka tengok bunga-bunga akak...baru semalam tersebut nama akak pada mak sy..cerita mengenai bunga-bunga matahari akak yang subur2.:D

    ReplyDelete
  8. wa'alaikumsalam Nadia.
    hihihi sebut nama ye, patut tersedak masa kunyah kacang goreng hahaha.
    Terimakasih dik..hemm marilah kita saling mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala kecelakaan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete