Monday 16 December 2013

Rambutan Budak Sekolah berbuah sulung.

Hari ini selasa 17disember 2014.  Sepanjang hari kelmarin hujan turun diawal pagi sampai petang.Persekitaran becak dan menambahkan kemalasan nak memulakan aktiviti berkebun.Cuti semakin habis.  Awal pagi hari ini, cuaca nampak cerah.
Aku periksa pokok2 buah yg.ku tanam dipersekitaran rumah, ada beberapa pokok betik jenis sekaki yg.dah lama berbuah, betik albino yg.tak jadi albino, beberapa pokok mangga, pokok limau nipis, kasturi dan lemon, 3 batang pokok rambutan dan pokok2 kelapa baka rendah jenis pandan, mawar dan matag dari
sm Rose blog"semua menjdi.com"

Dari 3 batang pokok rambutan yg.ku tanam diawal disember 2011 yg.lalu, kini ada sepohon yg.telah berbuah sulung.Namun buahnya cuma 6 biji.  Alhamdulillah senang benar dalam hati, sekurang2nya aku tahu pokok rambutan aku ini, adalah betina, sebab orang kata pokok rambutan juga macam pokok betik ada yg. 'jantan' sehingga menjadi peribahasa melayu, "jangan seperti pokok rambutan jantan, orang berbunga, dia berbunga, orang berbuah, dia haram tiada"


                                  Inilah pokok rambutan yg.sedang berbuah sulung.Dahan yang lain belum berbunga.
Dahan yg.tinggi dah ada buah..nampak tu..alhamdulillah.

        Nah beginilah bentuk buahnya..alhamdulillah.Nanti nak lepaskan semut kerangga biar dia berumah di pokok ini, untuk mengelakkan serangan lalat buah dan bena putih, menurut ilmu perkebunan yg.dikongsikan tuan Iskandar dari blog 'tanam sendiri.com'  Ada beberap yg.busuk, tapi itu tak ada isi cuma putik buah yg.tak menjadi.  Harap2 lepas ini dia akan berbuah banyak.  Ini jenis rambutan longkah dan manis, namanya "rambutan budak sekolah" hehehe.. entah dari mana pokok ini dapat nama itu..pernah dengar tak nama rambutan ini?
                                      Aku agak biasa juga ke tanah"malaya" tak pernah pun dengar nama buah rambutan dengan nama ni, tak apalah..yang penting ia dah berbuah.Alhamdulillah.
 Ok, salam ceria dan assalammualaikum.                                  



19 comments:

  1. rambutan budak skolah mmg glamer kak, kat seluruh Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Rose.
      iye ke..akak je tak tau hehehe..rambutan budak sekolah, dulu akak diperkenalkan dengan rambutan gading, rambutan laici, rambutan kelapa..entah apa lagi, banyak jenis yg. tik wan beri tahu.
      Terimakasih dik.

      Delete
  2. rindunya nak makan rambutan kak..
    biasanya lps percubaan berbuah tuh akan berbuah lagi byk inshaallah pd musim2 seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga begitulah hendak nya, rambutan ini akan berbuah lebat.
      Di Fiji tak ada rambutan ke dik?.

      Delete
    2. takder kat..yg import dl pernah makan tp rsnya tak manis...:)

      Delete
  3. dah terbayang dah keranguman dan kemanisan rambutan budak sekolah. sedapnye......

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum akk..bestnya buk okok buah buahan kat depan umh ni..nk mkn petik je ni..sya minat nk tanam pokok lemon..tgh mncari2 nursery yg ada mnjual pokoknya akk.. ^_^ snggh mlm akk..slmt mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Semenanjung rambutan murah kan..dan banyak pilihan.
      Kalau beli lemon kat pasar raya, cuba pilih yg.nampak kulitnya kuning gelap dan kasar, cuci benihnya dan bungkus dgn.suratkabar dan sisipkan dalam kreta utk. beberapa hari, tujuannya utk.bagi dia kering tanpa mendapat cahaya terus dari mata hari..cuba semai benih lemon ini..akak pernah cuba dan alhamdulillah ia tumbuh.

      Delete
  5. Saya pun sampai sekarang confius dengan nama rambutan ni!

    ReplyDelete
  6. bestnya rambutan....harap2 nnt time ayu balik, rambutan pula berbuah....
    ^_^

    -ayu-

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak puteri,
    Berjumpa kembali kita, agak sibuk melayan kunjungan keluarga besar dari persempadanan jiran sana. 16 orang semuanya, saya jadi pemandu pelancong, kunjung ke Melaka dan Putrajaya. Selalu saya yang ke sana, kali ni keluarga dari sana pula ke sini..seronok sangat.

    Saya suka rambutan tapi tak boleh makan banyak, batuk...apa pun seronok dengan persekitaran rumah kak puteri, segalanya ada. Insyaallah suatu hari saya akan berkunjung ke negeri di Bawah Bayu pulak, bawa satu team..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam dik.
      wah mesti sibuk dan seronok kan..bestnya pandai bahasa siam.
      ada saudara lagi.
      InsyaAllah.

      Delete
  8. Paling seronok, dapat makan dari pokok sendiri. Teringat di zaman kanak-kanak. Ayah saya ada tanam banyak pokok rambutan. Tapi zaman tu belum ada Baka rambutan yang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu tuan, rasa sangat seronok dan tanam sendiri rasa hasilnya lebih sedap.

      Delete
  9. dulu ada sepokok rambutan budak sekolah belakang rumah. tapi asik berebut dengan tupai dan beruk. tak pasti lah ada lagi atau tak pokoknya. sedapnya makan rambutan manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani tanam lah semula, rambutan jenis ini cepat berbuah, akak tanam pokok ini pada tahun 2011..masa menanam ada dalam entry yg.lepas2.

      Delete