Saat ini hujan lebat .Warna hitam mewarnai gelap malam.Jarum jam ke angka 10. Suasana sangat sunyi, hanya aku dan Lia masih setia mengadap skrin PC. Ahad siang tadi 16 februari, aku dan ir menghantar tiang pagar ke tanah pantai.Kerja2 memagar tanah pantai masih belum selesai.
Kelmarin 15 februari hari sabtu, aku dan anakanda Rashid menghadiri majlis perkahwinan anak gadis encik Jumin.Majlis dibuat di tepi pantai, kawasan tanah kepunyaan en Jumin. Kedudukan tanah ini sebaris dengan tanah pantai tempat aku, cuma tanah pantai kepunyaan ku terletak paling hujung.
Ini lah majlis pertama dibuat di kawasan tanah pantai sejak ia mula diteroka setahun yg.lalu.
Majlis agak meriah, ramai tetamu datang.
Jom tengok gambar kenangan.
Khemah tempat majlis diadakan.


Pasangan pengantin dari negara Jepun.Pengantin perempuan dari suku dusun kota belud, dusun krestian.Gambar atas rombongan jepun disambut oleh ayah pengantin lelaki juga dari jepun.Aku perhati adat mereka, mereka tak bersalam tapi saling tunduk hormat beberapa kali.

Anakanda Rashid, selesa berbual dengan wanita jepun, yg.memakai baju kurung songket hijau, suaminya guru pembimbing BI, di sekolah aku, orang British..hihihi..isterinya org.jepun.
ramai anak muda orang putih hadir,berpakaian kemeja putih, mungkin pekerja syarikat yg.menjadi rakan2 setugas pasangan pengantin.
Cikgu Zinin salah seorang cikgu dari sekolah aku bersama mr.David.
Anakanda Rashid berkesempatan bergambar dgn.En.Jumin, ayah pengantin perempuan, tak dapat ambik gambar pengantin perempuan, terlalu ramai orang..aku nak pinjam traktor pakcik Jumin ni..dia ada traktor sebab tu, dia cepat membangunkan tanah yg.dimilikinya..dia tanam kelapa sawit dan bahagian yg.dekat pantai dia buatkan rekreasi pelancongan, sedang dalam usaha persendirian. Aku tak dapat kejar usaha pakcik ni.
Biarlah anakanda aku ni, rehat sepuas hati sementara menunggu penempatan bertugas..masih dalam proses penyusunan penempatan.
Kanak2lah yg.riang bila jumpa air.
Irama gong bersahut sahutan dengan gendang dan gamilan, memecahkan
suasan sunyi di pantai itu..ombak tetap menyanyikan irama dari lautan
yg.terbentang luas.
Gadis2 pengapit pengantin perempuan,bergaun merah jambu, tak terlepas ingin bermain air dan pasir.
Ok.dah jam10.45 malam, nak tidur, sekadar catatan kenangan, salam ceria dan assalammualaikum.