Sunday 23 February 2014

Kasihan betik elbino.

24 Februari, hari isnin yg.panas berbahang.  Pergerakan hari ditahun 2014 ini terasa  beredar dengan pantas.  Kesibukan untuk menghadapi hujung mei dan awal jun menjadi keutamaan dalam mengisi aktiviti sepanjang tahun ini.
Gambar hari ini, jom kongsi tengok.
Tiang kongkrit telah siap didirikan

                                          Kasihankan betik elbino ini, kecil saja pokoknya dan semakin tak ada harapan nak tunggu ia berbuah banyak.Bila aktiviti menyimin lantai bawah dan atas, pokok2 ini terpaksa dibuang.

               Ini lah rupa bentuk buah betik ini, pokoknya sangat rendah dan buahnya besar dan panjang2

 Kedudukan bangunan yg.ditambah...dulu tempat ini menjadi taman bunga matahari yg.besar2 dan merimbun.
                              Buah betik elbino yg.terdesak untuk masak, 2 biji ini dah nak ranum. Besarkan buahnya.
Bila tengok betik ini jangan tanya, aku guna baja apa, sebab betik ini membesar dan berbuah besar dan panjang, baka betik ini memang begini, cuma warnanya tak menjadi elbino.  Masa mengalih kan ke tapak penanaman, aku gembur tanah yg.telah dicampur pasir, tanah tapak rumah dan tanah bakar, tanah kawasan tempat bakar sampah, siram dengan air kolam ikan hias di halaman rumah..

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan bahawa aku pernah memiliki betik esotik ini. Salam ceria selalu.

4 comments:

  1. Sayang juga tengok betik-betik tu, walau tak menjadi albino tapi buahnya besar dan panjang betul. Tapi tak pe la, masih ada ruang untuk disambung generasinya nanti. Komitmen untuk majlis mendatang lebih menjadi keutamaan. Mungkin bila kak puteri tanam untuk kali berikutnya, tetiba dia menjadi albino yang benar-benar albino...
    Kak puteri tentunya berdebar menanti kedatangan Mei/Jun nanti...bakal menerima menantu sulung...tentu meriah majlis itu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih warna sari, semoga begitulah hendaknya, akan ada betik elbino yg.menjadi bila ditanam semula digenerasi ke dua nanti hihihi..
      Majlis itu nanti jemput lah datang ya.

      Delete
  2. Terasa sayang jika dibuang...berbuah lebat..pokok pun rendah..tak susah utk petik nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terasa sayang Nadia, tapi apa nak buat.Nantilah tanam semula, nak tanam di tanah pantai kut2 jadi elbino.Terimakasih Nadia sudi terus berhubung.

      Delete