Tuesday 11 March 2014

Aktiviti rasmi di Mac ini.



Memasuki bulan mac, kesibukan bertambah parah.  Tidak terasa siang tadi telah memasuki 11 mac, hari selasa.  Awal bulan mac, aku sibuk benar turun naik pejabat sumber manusia, cawangan di daerahku.  Pelbagai jenis dokumen aku perlukan dan lengkapkan untuk memohon pekerja asing.  Turun naik pejabat disamping tugas rasmi, membuatkan aku benar2 letih.

Alhamdulillah siang tadi 11, Mac surat kelulusan qota telah dikeluarkan untuk dibawa temuduga.
Esok hari rabu 12 mac, aku ke mini Putera Jaya cawangan  utk.menghadiri temuduga sebagai majikan mengenai pengambilan pekerja asing.  Doa kanlah aku berjaya.Aku perlukan 4 orang pekerja untuk melaksanakan kerja2 menanam buah buahan dan sayur sayuran..di tanah 'Lembah Seribu Bintang'
                                                   Diantara dokumen yg.diperlukan
                              Antara borang yg.perlu dilengkapkan.  Semua ini akan dibawa ke jabatan imegrisin unit Jabatan Tenaga Kerja.
Esok aku akan ditemani anakanda Lia dan anakanda Tini dan ibunya. Rashid melancong ke Bali, bersama rakan2nya....dah terbiasa Rashid ada dirumah, bila dia tak ada dibilik..terasa benar ketiadaannya. Semoga Allah melindungi Rashid dan rombongannya.  Rindu benar dengan Ayu, Ir Junior dan Ming Ming di Jitra.
Ok sekadar sebuah catatan kenangan. Salam ceria dan assalammualaikum.

11 comments:

  1. salam kak,
    semoga sehat hendaknya disana yer wpun sibuk ngan urusan lembah seribu bintang tuh..
    doa sy agar akak berjaya ngan projek tanah tuh dan tumpang gembira..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dik.
      Terimakasih atas ingatan dan doa itu.Sama samalah kita berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita bersama.Amin.

      Delete
  2. semoga segala urusan akak dipermudahkn...dan selamat berjaya dgn projek di lembah seribu bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nadia.Amin.
      'Lembah Seribu Bintang' hemm..benar2 aku ingin memajukannya..apakan daya..bintang tetaplah bintang nun jauh dilangit kan.hihihi..

      Delete
  3. AsSalam kak puteri,
    seronoknya...tak lama lagi meriah lah Lembah Seribu Bintang.
    Kalau la dekat nak juga mohon kerja di situ, buat part time. Boleh bawa para bodyguard sekali...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam adik.
      Dah sihat?..sebenarnya qota dah lulus tu, pekerja cari sendiri atas saranan, seorang abang yg.ada pengalaman..jadi akak bergantung kepada dia, tentang mencari pekerja ni, kalau guna ejen takut dapat yg.pandai lari dan tak ada kemahiran..nampaknya lambat lagi dapat pekerja ni..banyak benda lagi kena buat urusan visa dan pasport,insuran dan pemeriksaan kesihatan mereka. Kalau dekat2 akak dah minta bantuan warna sari cari pekerja saudara mara yg.ada dinegara jiran tu, dengarnya mereka sangat berkemahiran hal2 ternakan dan perkebunan. Terimakasih dik.

      Delete
  4. Semoga berjaya Tuan Puteri... selawat banyak2

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya Tuan Puteri... selawat banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terimakasih Mar. segalanya Allah telah permudahkan. Berjaya.Lulus dapat 4 orang. .cuma orangnya belum ada hihihi..

      Delete
  6. alhamdulillah...ada kerja,ada la upahnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah, mestilah ada kerja ada upahnya.Masa isi borang pun pihak imegresen dah bincangkan soal gaji pekerja tu, kalau tak, dia tak luluskan.Ada kadar yg.dah ditetapkan, paling tinggi sektor industri, kilang dan elektrikal mencecah RM 1,800. Pekebun sayur dan buah buahan sekitar RM800 ke atas.Tembikai sekitar 10 minggu dah boleh jual hasilnya..jadi tak berat sangat mengaji mereka ni.InsyAllah.

      Delete